Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kisah anak merajuk kepada ayah dan ibu masih menyentuh hati ini. Tidak boleh digambarkan dengan perasaan seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari kemudian si anak merajuk membawa diri kerana ditegur oleh ibu. Kisah benar seorang teman yang dikongsikan diruang komen entri “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” memang meruntun jiwa sesiapa yang membaca.
Salam buat semua. Setelah membaca cerita yg disampaikan diatas, saya terkenangkan ibu saya yg telah meninggal dunia pada 4 Nov 2011 (8 Zulhijjah). Saya teramat sedih kerana kakak sy (53thn) tidak pulang sejak 10 tahun lalu akibat kecil hati dgn kata2 arwah ibu saya. Bukan beliau shj dimarahi ketika itu, semua adik beradik yg lain terkena tempiasnya hanya krn tidak mengemas dapur lepas memasak (hari raya tahun 2002). Sehingga hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini walaupun bapa sy masih ada (tempat tinggal kakak saya di Sri Hartamas, arwah ibu dan bapa di Setapak).
Jika alasan beliau krn tidak diberitahu, amatlah sedih krn sejak arwah ibu menderita sakit kanser 3 tahun lepas pun beliau tidak bertanya khabar jauh sekali pulang menjengok. Walaupun kami sudah tidak kuasa utk memberitahu walau apapun perkembangan sejak itu, setidak2nya beliau sentiasa menjenguk ibu2 saudara yg ada dan semestinya mrk ada menyampaikan apa2 perkembangan dan menegur perbuatannya. Namun itu semua tidak diendahkan. Beliau skrg hidup bahagia krn kemewahan duniawi yg dikecapi berbanding kami adik-beradik yg lain. Mungkin itu dugaan buat beliau didunia ini.
Sy berdoa semoga beliau sedar dan diberi hidayah walaupun sudah terlambat utk memohon ampun dan maaf dari arwah ibu saya. “Mak, damailah mak disana dan semoga digolong bersama para mukminin. Kasih sayang dan pengajaran serta nasihat yang mak berikan kpd anak2 mak cukup sempurna utk kami jadikan pedoman bagi mengharungi kehidupan yg serba mencabar ini. Terimakasih mak, i love you from the deepest of my heart.. Al-Fatihah buat mak…..”
Baca kisah sedih ini teringat pulak kisah Si Tanggang seperti kisah mitos khayalan tetapi sebenarnya memang berlaku di keliling tanpa kita sedari. Terkedu tak terkata keras sungguh hati sehingga langsung tak sudi menjengok arwah ibu. Teringin melihat kesudahan kisah masa tua beliau adakah mungkin apa yang beliau lakukan kepada arwah ibu akan berulang sejarah kepada beliau.
Sedangkan anak kecil seperti dalam Video Iklan Raya Bernas kasih sayang pada ibu inikan kita. Ramai rakan-rakan sms meleleh air mata sebak menonton video Bernas apatah lagi membaca kisah tragis seperti ini.
Teringat kata seorang teman yang juga seorang ibu “air mata lebih banyak mengalir keluar bila anak-anak dah besar berbanding ketika mereka kecil“.
Baca juga : Rokok hukumnya haram dan antara sebab doa tak diterima
Mungkin pesanan Anuar ini boleh menjadi peringatan kepada kita :
Hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih hidup lagi.. Sebenarnya kita bersyukur kerana masih mempunyai mereka untuk kita saling sayang menyayangi..
Cubalah kita selami perasaan rakan-rakan kita yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Mereka pasti berasa sedih kerana tidak ada peluang lagi untuk mereka berkongsi saat-saat indah dalam hidup mereka bersama orang yang bertanggung jawab membesarkan mereka..
Seharusnya anda patut rasa bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada anda untuk menikmati saat-saat indah dalam hidup anda bersama mereka.. Jadi hargailah mereka, sebagaimana mereka memelihara kita semenjak kita kecil sehingga sekarang..
Sempena kehadiran bulan Syawal ini, eloklah kita bermaaf-maafan sesama kita.. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa.. Pohonlah kemaafan sebanyaknya daripada ibu dan bapa kita..
Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Doakanlah kesejahteraan mereka sewaktu berada “di sana”.. Kunjungilah pusara mereka.. Semoga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..
265 Comments
wah…. terharu. saya selalu gaduh dgn ibu saya juga tapi tak kemana. biasalah ank beranak…
Curahan rasa azza azman @ ..Nikah Muda Sweet!
Marah Ibu kerana sayangkan kita, tak guna kita berkecil hati..
Hargailah mereka selagi mereka masih ada…
Curahan rasa Myra jay @ ..Rindu nak makan nasi ulam
BETUL TUH…..mak dan ayam marah adalah hendak mendidik kita menjadi manusia yg berguna dan pandai berdikari
Curahan rasa hafizal @ ..Ops Selamat Dan Lokasi Speed Trap
Terkenang arwah ibu saya yg telah pergi 4 tahun lalu, walaupun kini ibu telah tiada namun masih terasa kasih sayang masih terasa, sebagai anak setiap tahun kami akan mengenang hari perginya ibu tercinta….mama, namamu tetap mekar di hati anak2mu…..sayang mama smpai bila2….semoga mama aman di sana….love u mama….
Apapun keadaannya, beliau tetap ibu yang harus dihormati dihargai oleh anak-anaknya
Curahan rasa Dadan @ ..Logo Google Olimpiade 2012 Masih Bisa Dimainkan
Tak ada alasan untuk tidak hormat kepada ibu
Curahan rasa Dadan @ ..Logo Google Olimpiade 2012 Masih Bisa Dimainkan
sedih… perkara seumpama ini terjadi dlm family sy sndiri… :(( tp ada kaitan dgn menantu juga yg x suka balik ke rumah mertua…
semoga mereka diberikan kesedaran sebelum terlambat… (kes dlm entri ni mmg dah terlambat, ibu sudah meninggal)
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Komisen dari Rahsia Mudah Hamil
saya mencintai ibu saya DH,,tapi gimana kalo ayah saya telah mengecewakan dan membuat ibu saya menangis,,harsukah saya bertingkah seperti biasanya pada Ayah..?
Sebagai seorang Ibu,dia berhak untuk menegur anaknya apabila anak itu bersalah dan sebagai anak,ia haruslah menerima teguran atau mengakui kesalahannya…..mereka menegur untuk memperbetulkan….
Curahan rasa galut @ ..Free Forex Account Untill August 27, 2012
Ambil cerita ini sebagai peringatan utk kita yang masih mempunyai mak dan abah.. Jgn ambil hati jika teguran itu baik walaupun mak sedikit terkasar bahasanya.
Curahan rasa nurmisnan @ ..Khasiat daun kaduk merawat demam malaria
sedihnya baca kisah ini, semoga dia sedar akan kesilapan nya itu
Curahan rasa azriMy @ ..Eyriqazz VS Denaihati Untuk Semua
nyentuh banget kata2nya gan.
makasih atas postingannya,,,,,
Curahan rasa harvan @ ..Cara mengetahui sebuah blog atau website dofollow atau nofollow
memang benar.
semoga kita dapat memahami dan menyadari, teh mengingarima kasih telah mengingatkan.
Curahan rasa jenal @ ..Suplemen Buat Ibu Hamil
The origin of the child is a mother and is a woman. One shows a man what love, sharing and caring its all about.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Asal mula seorang anak adalah seorang ibu yang juga merupakan seorang wanita, seseorang yang mengajarkan seorang anak manusia tentang makna kasih sayang, sosok manusia yang senantiasa membagi dan menjaga seluruh kasihnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Sebening kaca hatimu ibu Teduh sejuk menyimpan sejuta kasih Kau ajak aku dalam hidupmu Yang sarat akan perjuangan dan pengorbanan Kubersyukur terlahir kedunia ini melalui rahimmu Kau ajari aku berdoa tuk setiap keluh dan kesah
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Cinta ibu adalah peneguhan tanpa syarat terhadap hidup dan kebutuhan seorang anak. Cinta ibu akan mengajarkan tentang makna pemeliharaan dan tanggung jawab yang tentunya sangat penting bagi kelanjutan hidup dan perkembangan anak.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Cinta ibu pulalah yang akan menanamkan rasa syukur pada Tuhan dalam diri setiap anak atas kehidupan yang diterimanya, atas jenis kelaminnya, dan atas kelahirannya di muka bumi. Rasa syukur setiap anak tersebut pada akhirnya akan membuat ia mencintai kehidupan dan bukan hanya berkeinginan untuk tetap hidup.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Ibu seringkali dilambangkan sebagai tanah atau alam, oleh karena itu muncul istilah, mother land atau mother nature. Hal ini terjadi karena ibu adalah sosok yang subur seperti halnya tanah dan alam yang menawarkan kelimpahan susu dan madu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
kata-kata ibu biar sepedih manapun adalah azimat buat anak-anak untuk dijadikan panduan dan pedoman. Tiada makna kekayaan andai tiada restu dan doa ibu mengiringi….
Curahan rasa yangbaik @ ..Ucapan Hari Raya Buat Ibu
Tak ada seorang ibu yang menginginkan anaknya bernasib tidak baik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Cinta kasih ibu memang sulit untuk dicapai, karena cintanya yang bersifat sangat altruis dan tanpa syarat. Cinta dalam keadaan di mana satu pihak memerlukan segala bantuan dan pihak lainnya memberikan segalanya. Namun ketulusan dan kesabaran ibu dalam mencintai semua anak-anaknya telah membuat cintanya dikategorikan sebagai jenis cinta yang tertinggi dan sebagai suatu ikatan emosional yang paling luhur.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Ya Allah Ya Rabbi, Lapangkanlah kuburnya. Terangilah ia dengan cahaya-Mu yang tiada pernah pudar. Datangkanlah sosok mulia di hadapannya, sebagai wujud amal kebaikan beliau selama ini. Kutitipkan ia pada-Mu
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Ya Allah … Rabbi, Rahmatilah hamba sebagai anak shaleh, agar mampu mendoakan kedua orang tua hamba. Sampaikan kepadanya, larik yang belum sempat kuverbalkan di hadapannya, bahwa Aku mencintainya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
doa ibu bapa penentu hala tuju hidup kita, tanpa mereka walau dgn kejayaan setinggi mana pun tiada gunanya…. tanpa keberkatan hidup…
Curahan rasa auc dot com @ ..Isteri Lepuk Kepala Suami dengan Lesung Batu sebab Tak Beli Baju Raya
Comments are closed.