Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kisah anak merajuk kepada ayah dan ibu masih menyentuh hati ini. Tidak boleh digambarkan dengan perasaan seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari kemudian si anak merajuk membawa diri kerana ditegur oleh ibu. Kisah benar seorang teman yang dikongsikan diruang komen entri “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” memang meruntun jiwa sesiapa yang membaca.
Salam buat semua. Setelah membaca cerita yg disampaikan diatas, saya terkenangkan ibu saya yg telah meninggal dunia pada 4 Nov 2011 (8 Zulhijjah). Saya teramat sedih kerana kakak sy (53thn) tidak pulang sejak 10 tahun lalu akibat kecil hati dgn kata2 arwah ibu saya. Bukan beliau shj dimarahi ketika itu, semua adik beradik yg lain terkena tempiasnya hanya krn tidak mengemas dapur lepas memasak (hari raya tahun 2002). Sehingga hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini walaupun bapa sy masih ada (tempat tinggal kakak saya di Sri Hartamas, arwah ibu dan bapa di Setapak).
Jika alasan beliau krn tidak diberitahu, amatlah sedih krn sejak arwah ibu menderita sakit kanser 3 tahun lepas pun beliau tidak bertanya khabar jauh sekali pulang menjengok. Walaupun kami sudah tidak kuasa utk memberitahu walau apapun perkembangan sejak itu, setidak2nya beliau sentiasa menjenguk ibu2 saudara yg ada dan semestinya mrk ada menyampaikan apa2 perkembangan dan menegur perbuatannya. Namun itu semua tidak diendahkan. Beliau skrg hidup bahagia krn kemewahan duniawi yg dikecapi berbanding kami adik-beradik yg lain. Mungkin itu dugaan buat beliau didunia ini.
Sy berdoa semoga beliau sedar dan diberi hidayah walaupun sudah terlambat utk memohon ampun dan maaf dari arwah ibu saya. “Mak, damailah mak disana dan semoga digolong bersama para mukminin. Kasih sayang dan pengajaran serta nasihat yang mak berikan kpd anak2 mak cukup sempurna utk kami jadikan pedoman bagi mengharungi kehidupan yg serba mencabar ini. Terimakasih mak, i love you from the deepest of my heart.. Al-Fatihah buat mak…..”
Baca kisah sedih ini teringat pulak kisah Si Tanggang seperti kisah mitos khayalan tetapi sebenarnya memang berlaku di keliling tanpa kita sedari. Terkedu tak terkata keras sungguh hati sehingga langsung tak sudi menjengok arwah ibu. Teringin melihat kesudahan kisah masa tua beliau adakah mungkin apa yang beliau lakukan kepada arwah ibu akan berulang sejarah kepada beliau.
Sedangkan anak kecil seperti dalam Video Iklan Raya Bernas kasih sayang pada ibu inikan kita. Ramai rakan-rakan sms meleleh air mata sebak menonton video Bernas apatah lagi membaca kisah tragis seperti ini.
Teringat kata seorang teman yang juga seorang ibu “air mata lebih banyak mengalir keluar bila anak-anak dah besar berbanding ketika mereka kecil“.
Baca juga : Rokok hukumnya haram dan antara sebab doa tak diterima
Mungkin pesanan Anuar ini boleh menjadi peringatan kepada kita :
Hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih hidup lagi.. Sebenarnya kita bersyukur kerana masih mempunyai mereka untuk kita saling sayang menyayangi..
Cubalah kita selami perasaan rakan-rakan kita yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Mereka pasti berasa sedih kerana tidak ada peluang lagi untuk mereka berkongsi saat-saat indah dalam hidup mereka bersama orang yang bertanggung jawab membesarkan mereka..
Seharusnya anda patut rasa bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada anda untuk menikmati saat-saat indah dalam hidup anda bersama mereka.. Jadi hargailah mereka, sebagaimana mereka memelihara kita semenjak kita kecil sehingga sekarang..
Sempena kehadiran bulan Syawal ini, eloklah kita bermaaf-maafan sesama kita.. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa.. Pohonlah kemaafan sebanyaknya daripada ibu dan bapa kita..
Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Doakanlah kesejahteraan mereka sewaktu berada “di sana”.. Kunjungilah pusara mereka.. Semoga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..
265 Comments
Kisah ini akan ku jadikan teladan buat diriku … Ya ALLAH Jgn Kau jadikan hatiku keras seperti batu dan bagilah hidayah pada kami agar tidak jadi anak yg derhaka….
Kisah dan teladan berhubung kait dgn kehidupan, jadikan cerita dongeng si tanggang yg derhaka pada ibunya juga harus diambil ikhtibar, supa kita kan menjadi anak yang taat pada ibu dan juga bapa kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Aammin Ya Allah aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..SMS Ucapan Selamat Idul Fitri
Semoga kita semua terhindar dari menjadi anak yang durhaka
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..SMS Ucapan Selamat Idul Fitri
Mereka selalu berpesan agar kehidupan kita lebih baik drp mereka, kerana mereka tahu, jika tidak dikawal semenjak awal lagi pasti kita akan hanyut.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Mereka selalu berpesan agar jaga ingkah-laku kita supaya sentiasa berada dlm landasan yg betul.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Nasihat dan pesan mereka banyak memberi kita kesedaran bertapa susahnya hidup di alam yg serba baru dan moden ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
segala nasihat yang diberikan oleh seorang ibu adalah untuk membimbing anaknya ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah..kadangkala kita terlalu mengikut ‘darah muda’ kita sampaikan kita hilang pertimbangan..hurrmmm..
Curahan rasa ad muhammad @ ..Cerita Doktor dan Guru Yang Tiada Bezanya…
sedih ngan sikap segelintir daripada kita
Curahan rasa Juan @ ..Kasih Ibu Ayah
Betul tu…anak2 muda dewasa ini kurang ambil berat terhadap ibu, lebih2 lagi yg terlibat dgn dadah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
As Salam, Ya ada betulnya apa yang saudara katakan tu. Apa yang berlaku kepada arwah mak saudara itu. akan berlaku juga kepada anak2nya. sejarah pasti berulang. bukan omongan kosong ya. sebab nenek sebelah emak saya pon mengalami nasib yg sama. bagaimana nenek saya memperlakukan arwah moyang saya. begitulah juga yang menimpa nenek saya sekarang.
Curahan rasa M’Rie R’Nie @ ..Should I Follow You ?
cukup banyak sudah cerita realiti yang patut kita jadikan tauladan..
Curahan rasa KiD @ ..Kenapa Anak Susah Nak Gosok Gigi?
Benar sekali sahabat KID, dan semoga kisah kisah tersebut menjadi bahan pembelajaran kita semua
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..SMS Ucapan Selamat Idul Fitri
Itulah dia sebahagian wajah manusia di akhir zaman ini…Nauzubillah!minta dijauhkan dari bersikap sedemikian dengan orang tua kita,sepatutnya semakin berusia semakin takut dengan azab Allah taala di akhirat kelak…berpesan-pesanlah wahai rakan blogger kita..
Curahan rasa keretahitam @ ..NASA Hantar Robotik ke Planet Marikh
moga dapat dijadikan pengajaran. di dunia ini, kemewahan juga ialah 1 ujian dari Allah. semoga dia mendapat hidayah. Biasanya ibu bapa tidak berdendam pada anak2.
Curahan rasa Sya Isya @ ..GENG SKODENG BLOG
Belilah sesuatu hadiah istimewa utk mereka di bulan Ramadan ini utk digunakan utk hari raya Aidilfitri sepeti kain tudung ke, baju raya ke, sebuah Al Quran dgn ada terjemahannya ke atau apa2 yg sesuai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
sgguh menyayat hati.. huhu
Curahan rasa Amir @ ..Stail Justin Bieber
owhhh…begitu menyentuh dan menyayat hati.
Curahan rasa faizfakhirin @ ..#TasikBerahi Yang Cantik Serta Kaya Dengan Bahan Kimia Merbahaya Menjadi Tumpuan
Kemaafan adalah sebaik-baik amalan yg mulia, lebih lagi ketika bulan Ramadan ini, segala dosa2 kita Allah akan hapuskan jika segala kebaikan yg kita lakukan mengikut kehendaknya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Anak yang baik adalah mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka, bertanya khabar jika berjauhan kerana skrg ni kemudahan telekomunikasi spt telefon dan internet ada.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Benar sekali Bang Kamil, tentunya orang tua bila berjauhan dan ditelp sekedar menanyakan kabar serta kesehatannya tentu akan senang sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..SMS Ucapan Selamat Idul Fitri
Comments are closed.