Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Seperti yang telah diumumkan oleh Pengerusi SPR pada 10/4/2013
Tarikh Pencalonan PRU13 : 20/4/2013
Tarikh Mengundi PRU13 : 5/5/2013
Senarai Calon Parlimen untuk BN, PAS, DAP dan PKR di SINI
demam Pilihan Raya Umum ke 13 semakin panas melanda Malaysia. Ini kali pertama dalam sejarah PRU Malaysia, Parlimen akan dibubarkan sehingga ke saat terakhir tempoh pemerintahan. Salah satu sebab mungkin kerana Pihak Pembankang telah membuat ketetapan untuk tidak membubarkan Dewan Negeri di bawah kuasa mereka tetapi sekarang tiada pilihan Pembangkang juga mesti mengikut membubarkan Dewan.
Mengikut tempoh pemerintahan DUN Negeri Sembilan yang pertama akan terbubar secara automatik pada 27/3/2013 dan Parlimen Malaysia akan terbubar secara automatik pada 28/4/2012. PM DS Najib Razak pasti tidak akan membiarkan DUN dan Parlimen terbubar secara automatik. Maknanya pembubaran Parlimen akan berlaku sebelum 27/3/2013 dan Pilihan Raya Umum ke 13 akan berlansung sebelum 28/4/2013.
Samada kita minat atau tak minat politik tanggungjawab kita adalah WAJIB memilih di Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan memerintah pemerintah Malaysia. Mengikut banyak kajiselidik kedudukan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat 50/50 dan pasti pengundi atas pagar akan menentukan Kerajaan yang akan mentadbiran Malaysia untuk lima tahun akan datang.
Yang menjadi kerisauan sebahagian Rakyat Malaysia cara kempen yang akan dilakukan oleh kedua-dua pihak. Pasti berbagai rahsia sehingga rahsia dalam selimut akan didedahkan demi untuk meraih undi sebanyak yang boleh. Setiap undi Pilihan Raya Umum ke 13 sangat berharga tetapi jangan sampai Negara tergadai dengan berbagai janji yang belum tentu dapat ditepati.
Setiap Parti akan menggunakan berbagai strategi untuk menewaskan Parti yang lain tapi pasti ada yang akan tersilap langkah salah menggunakan strategi sehingga menyebabkan kekalahan. Rakyat akan menjadi saksi.
Mengundi adalah tanggunjawab setiap Rakyat Malaysia yang layak samada suka atau tidak suka pada politik. Setiap satu undi Pilihan Raya Umum ke 13 sangat penting untuk menentukan pemerintahan Malaysia lima tahun akan datang jadi jangan abaikan tanggungjawab sempurnakan tanggungjawab dan pilihlah Parti yang paling layak memerintah Malaysia.
Pasti Rakyat Malaysia inginkan Malaysia yang aman damai dan Merdeka daripada pengaruh asing.
Kongsikan harapan anda untuk Pilihan Raya Umum ke 13.
76 Comments
Jom ngundi. dah tak sabar ni.
rasa2 nya rakyat Malaysia dah pun membuat pilihan masing2 …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Forex Trading sebagai pendapatan ” Emergency “
aku yakin kebanyakan rakyat Malaysia dah ada siapa pilihan hati masing2 …
Memang boleh rasa kehangatan pilihan raya. Sudah melihat YB mula menunjukkan wajah mereka. 🙂
Entah la , harapan semoga orang2 politik yang bijak pandai berkelakuan selayaknya , jangan lah buat perkara pelik2 , kita disini berkempen pelik2 orang luar pandang sambil mengejek , malu sungguh ….
Curahan rasa puanbee @ ..Berapa harga sangkar kucing anda ?
Pilihan yang bijak dan tepat bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa akan datang
Curahan rasa wazy @ ..Tutorial Daftar Dropbox
hukum mengundi dah jatuh kepada wajib bagi. ia bukan lagi pilihan. calon2 yang jujur insyAllah didoakan menang untuk menggalas t.jawab memimpin jadi khalifah…
Semoga rakyat memilih dengan hati nurani…
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Menjaga Kesehatan Tubuh
Wah! Maklumat menarik ni.
Ramai sangat yang dah macam sakit jiwa bila tanya tarikh “Pilihanraya”. Rasanya tahun ni lagi istimewa, kerana pembangkang lebih banyak nak pertahan kerusi DUN daripada pilihanraya yang lepas. Keadilan, BN, PAS, DAP, semua dah sibuk nak turun sini dan sana. Jangan tersalah pula berkata aku nak kalahkan kau kali ni sbbnya dulu dia menang sekarang kau yang menang so kenalah pertahankan. p/s pekakkan sahaja kalau ada yang tanya aku parti apa.
masih ramai lagi rakyat Malaysia yg tak mahu mengundi dengan meletakkan “tak minat politik” sebagai alasan.
KENA mengundi untuk pilih pemimpin. Teliti kedua2 belah pihak, baru buat penilaian. ok? 🙂
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5 Gadget Impian
semoga PRU dengan aman dan lepas PRU minyak tak naik harga..
Curahan rasa KiD @ ..Nampak Serupa Tapi Bukan Dia
semoga pilihanraya nanti berjalan dengan aman…
Curahan rasa papa mifz @ ..Sedang Menyanyi, Disuruhnya Diam Pulak
Untuk Indonesia pemilihan Umum ini akan berlangsung tahun 2014
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Partai Peserta Pemilu 2014
May the best party wins!
Curahan rasa Elieza @ ..Cuti-cuti Malaysia Cameron Highland Part 1
Comments are closed.