Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Seperti yang telah diumumkan oleh Pengerusi SPR pada 10/4/2013
Tarikh Pencalonan PRU13 : 20/4/2013
Tarikh Mengundi PRU13 : 5/5/2013
Senarai Calon Parlimen untuk BN, PAS, DAP dan PKR di SINI
demam Pilihan Raya Umum ke 13 semakin panas melanda Malaysia. Ini kali pertama dalam sejarah PRU Malaysia, Parlimen akan dibubarkan sehingga ke saat terakhir tempoh pemerintahan. Salah satu sebab mungkin kerana Pihak Pembankang telah membuat ketetapan untuk tidak membubarkan Dewan Negeri di bawah kuasa mereka tetapi sekarang tiada pilihan Pembangkang juga mesti mengikut membubarkan Dewan.
Mengikut tempoh pemerintahan DUN Negeri Sembilan yang pertama akan terbubar secara automatik pada 27/3/2013 dan Parlimen Malaysia akan terbubar secara automatik pada 28/4/2012. PM DS Najib Razak pasti tidak akan membiarkan DUN dan Parlimen terbubar secara automatik. Maknanya pembubaran Parlimen akan berlaku sebelum 27/3/2013 dan Pilihan Raya Umum ke 13 akan berlansung sebelum 28/4/2013.
Samada kita minat atau tak minat politik tanggungjawab kita adalah WAJIB memilih di Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan memerintah pemerintah Malaysia. Mengikut banyak kajiselidik kedudukan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat 50/50 dan pasti pengundi atas pagar akan menentukan Kerajaan yang akan mentadbiran Malaysia untuk lima tahun akan datang.
Yang menjadi kerisauan sebahagian Rakyat Malaysia cara kempen yang akan dilakukan oleh kedua-dua pihak. Pasti berbagai rahsia sehingga rahsia dalam selimut akan didedahkan demi untuk meraih undi sebanyak yang boleh. Setiap undi Pilihan Raya Umum ke 13 sangat berharga tetapi jangan sampai Negara tergadai dengan berbagai janji yang belum tentu dapat ditepati.
Setiap Parti akan menggunakan berbagai strategi untuk menewaskan Parti yang lain tapi pasti ada yang akan tersilap langkah salah menggunakan strategi sehingga menyebabkan kekalahan. Rakyat akan menjadi saksi.
Mengundi adalah tanggunjawab setiap Rakyat Malaysia yang layak samada suka atau tidak suka pada politik. Setiap satu undi Pilihan Raya Umum ke 13 sangat penting untuk menentukan pemerintahan Malaysia lima tahun akan datang jadi jangan abaikan tanggungjawab sempurnakan tanggungjawab dan pilihlah Parti yang paling layak memerintah Malaysia.
Pasti Rakyat Malaysia inginkan Malaysia yang aman damai dan Merdeka daripada pengaruh asing.
Kongsikan harapan anda untuk Pilihan Raya Umum ke 13.
76 Comments
Tak boleh nak buat ramalan… Bahaya… Nanti kena gantung kerja…
Curahan rasa Anuar @ ..10 Blogger Terbaik Malaysia
Dah tak sabar nak tunggu Tarikh pilihan Raya ke 13 diumumkan… 😉
Tak cukup umur lg. hehehe
mungkinkah tahun ni sejarah bakal tercipta? 😀
Yup ! Tidak kira di bandar atau di kampung isu PRU 13 memang jadi bualan…masing2 tidak sabar nak PRU
kena mengundi utk menntukan hala tuju negara kita
Curahan rasa auc @ ..Selangor vs Pahang | Liga Super 2013 | Keputusan Terkini
Ditempat saya juga akan ada pilihan raya tanggal 22 Januari 2013
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Lengkap Perempat Final Copa del Rey 2012/13
nak undi diri sendiri boleh tak?hehehehe.. InshaaAllah kali ni saya pasti akan keluar mengundi 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..Boni Kacak Vs Abang Ensem
Saya pengundi atas pagar..tidak pernah mengundi sebelum ini walaupun sudah dua kali layak..InsyaAllah kali ini bakal mengundi tapi masih belum buat keputusan nak undi parti mana…
Sentiasa bersedia untuk PRU13 Tn.. kami yang bekerja di bahagian Media ni.. lagi pening kepala.. hehehe
Bersedia untuk mengundi kali ke 4 🙂
Curahan rasa azman @ ..Rangup!
Undilah yang menurut pilihan hati Rakyat yang bisa membawa negara ke arah perubahan yang lebih baik dalam segala bidang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penerimaan CPNS Tahun 2013
yang pertama sudah tentu Islam menjadi keutamaan. kedua2 pihak nampaknya hampir sm rata.
yang kedua sudah tentu pihak mana yang akan memastikan keamanan negara. yang suka huru harakan negara sudah tentu bukan menjadi pilihan 😀
Curahan rasa d0d0l @ ..Makna tersirat disebalik ucapan #MerryChristmas
Benar… kami mahu Malaysia lebih aman + success + lebih dihormati terutama ISLAM
Curahan rasa nurmisnan @ ..Empat tahun beraya tanpa anak tersayang – Part 2
Semakin dramatik dan mendebarkan. siapakah bakal kerajaan malaysia selepas PRU13
Comments are closed.