Tarikh Pilihan Raya Umum ke 13

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Seperti yang telah diumumkan oleh Pengerusi SPR pada 10/4/2013

Tarikh Pencalonan PRU13 : 20/4/2013

Tarikh Mengundi PRU13 : 5/5/2013

Senarai Calon Parlimen untuk BN, PAS, DAP dan PKR di SINI

demam Pilihan Raya Umum ke 13 semakin panas melanda Malaysia. Ini kali pertama dalam sejarah PRU Malaysia, Parlimen akan dibubarkan sehingga ke saat terakhir tempoh pemerintahan. Salah satu sebab mungkin kerana Pihak Pembankang telah membuat ketetapan untuk tidak membubarkan Dewan Negeri di bawah kuasa mereka tetapi sekarang tiada pilihan Pembangkang juga mesti mengikut membubarkan Dewan.

Tarikh Pilihan Raya Umum ke 13

Mengikut tempoh pemerintahan DUN Negeri Sembilan yang pertama akan terbubar secara automatik pada 27/3/2013 dan Parlimen Malaysia akan terbubar secara automatik pada 28/4/2012. PM DS Najib Razak pasti tidak akan membiarkan DUN dan Parlimen terbubar secara automatik. Maknanya pembubaran Parlimen akan berlaku sebelum 27/3/2013 dan Pilihan Raya Umum ke 13 akan berlansung sebelum 28/4/2013.

Pilihan Raya Umum Malaysia ke 13

Samada kita minat atau tak minat politik tanggungjawab kita adalah WAJIB memilih di Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan memerintah pemerintah Malaysia. Mengikut banyak kajiselidik kedudukan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat 50/50 dan pasti pengundi atas pagar akan menentukan Kerajaan yang akan mentadbiran Malaysia untuk lima tahun akan datang.

SURVEY PILIHAN RAYA UMUM 13

SEMAK DAFTAR PEMILIH

 Yang menjadi kerisauan sebahagian Rakyat Malaysia cara kempen yang akan dilakukan oleh kedua-dua pihak. Pasti berbagai rahsia sehingga rahsia dalam selimut akan didedahkan demi untuk meraih undi sebanyak yang boleh. Setiap undi Pilihan Raya Umum ke 13 sangat berharga tetapi jangan sampai Negara tergadai dengan berbagai janji yang belum tentu dapat ditepati.

Setiap Parti akan menggunakan berbagai strategi untuk menewaskan Parti yang lain tapi pasti ada yang akan tersilap langkah salah menggunakan strategi sehingga menyebabkan kekalahan. Rakyat akan menjadi saksi.

Mengundi adalah tanggunjawab setiap Rakyat Malaysia yang layak samada suka atau tidak suka pada politik. Setiap satu undi Pilihan Raya Umum ke 13 sangat penting untuk menentukan pemerintahan Malaysia lima tahun akan datang jadi jangan abaikan tanggungjawab sempurnakan tanggungjawab dan pilihlah Parti yang paling layak memerintah Malaysia.

Pasti Rakyat Malaysia inginkan Malaysia yang aman damai dan Merdeka daripada pengaruh asing.

Kongsikan harapan anda untuk Pilihan Raya Umum ke 13.


Spread the love

76 Comments

  1. kedua2 pihak tak kisah mana menang,yang saya concern adalah idea dan objektif leader tu sendiri.
    kita cari gak leader2 muda yang ada idea2 baru untuk terajui negara. setakat pemerhatian,masih ramai yang nak jawatan dari nak bawa misi sebenar sebagai pemimpin. kita tunggu dan lihat sebulan dua ni. fitnah? banyak sangat,tak tau nak rely source yang mana dah. – IMHO
    Curahan rasa Izwan @ ..Sepatutnya Berapa Kali Kena Update Blog?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!