Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pagi ini aku dan beberapa teman investor melawat projek ternakan ikan Arowana yang kami usahakan di Hulu Langat. Setelah selesai makan tengahari kami pulang melalui jalan batu 14, Hulu Langat. Jalan agak sesak dan tiba-tiba beberapa ambulance bergegas pantas menuju jalan yang bertentangan. Terdetik dihati apakah yang telah berlaku, mungkin kemalangan jalanraya.
Segalanya terjawab apabila terbaca Breaking News, kisah sedih tragedi Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa, batu 14, Hulu Langat. Sehingga berita ini ditulis diberitakan hampir 30 anak yatim telah tertibus dan sehingga jam 4.30 pm 6 mangsa telah dapat ditarik keluar 2 disahkan meninggal dan beberapa lagi yang cedera parah telah dihantar ke hospital Kajang.
Penduduk kampung, ahli bomba dan polis sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang lain. Semuga Allah permudahkan. Kepada semua pembaca sila update berita terkini di ruangan komen untuk update kita bersama.
Kepada yang terlibat Tanah Runtuh Rumah anak yatim Al-Takwa harap bersabar pasti ada HIKMAH disebalik ujian berat dari ALLAH SWT.
AL-FATIHAH mungkin kita BLOGGER 1MALAYSIA boleh lancarkan tabung sumbangan kepada mangsa.
Update TERKINI Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa
1. Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.”Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian – Bharian.com.my
2. Kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim – Bharian.com.my
3. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku. “Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. “Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya – Bharian.com.my
4. Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan – Mstar.com.my
5. Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini – Bharian.com.my
6. Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat ialah 10 orang. Sembilan orang berjaya diselamatkan dan enam lagi dilaporkan masih tertimbus – Bharian.com.my
Klik @ Berita Terkini Tragedi Tanah Runtuh
[ad#eQurban300]
53 Comments
same2 la mendoakn agar mangsa2 len dpt dcari….sedih plak tgk gmbr mereka…bagai jatuh ditimpa tangga….al-fatihah kpd yg mangsa yg pergi ke rahmatullah….yg masih hidup harus teruskn perjuangan….
Subhanallah…Al-Fatihah kepada mangsa
Curahan rasa Shahrulsite @ ..Desak Petronas Bayar Royalti Minyak Kelantan
Al fatihah untuk semua mangsa2 dan dimati
semoga dipermudahkan segala urusan
dan disihatkan tubuh badan mereka yg cedera
kepada yang telah pergi insyaAllah
Allah lebih mengasihi mereka…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Daun sirih penawar batuk
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raji’uun Allohumma’jurnii fi mushiibati wa akhlif li khoiron minha
Curahan rasa Bang Iwan @ ..103 Tahun Kebangkitan Nasional
musibah merupakan salah satu sebab seorang dicintai oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, bahkan semakin besar musibah yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala berikan, maka semakin besar pula pahala dan kecintaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hamba tersebut.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cerita Dewasa Ajakan Pesta Seks Anak SMA Usai Penentuan Kelulusan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menguji di antara hamba-hambaNya, siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya? Siapakah di antara hambaNya yang mau menyikapi musibah tersebut dengan rasa sabar dan rela atas takdir yang telah ditentukanNya, dan siapakah diantara mereka yang tetap istiqamah sekalipun musibah demi musibah selalu menerpa silih berganti seakan-akan tidak pernah ada kesudahannya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Surat Kecil Untuk Tuhan
tidak ada musibah yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala timpakan kepada hambaNya, melainkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menakar kadar musibah tersebut sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..103 Tahun Kebangkitan Nasional
Salam takziah kepada waris2 mangsa.
Latest Entry: Free Latest Infomation
Al-Fatihah utk yg meninggal. Kita doakn supaya mereka diselamatkan & dilindungi oleh Allah. Amin.
semoga penghuni yang tertimbus tu dpt diselamatkan. amin
Curahan rasa firdaus @ ..SimplexMag Blogger Template
ya allah…kesiannya..semoga allah mempermudahkan segala urusan dan kerumitan yg ad..
Salah seorg anak yatim disitu adalah anak kepada seorg guru tadika.Setakat ini masih belum ditemui.Semoga beliau tabah..
Moga Allah permudahkan kerumitan nie..
semoga lebih ramai dpt diselamatkan,
Alfatihah buat yg telah pergi
Curahan rasa kakyong @ ..Menang strawberry white coffee GA Eyriqazz@GTO
Ramai lagi ke yang terkambus.. harap2 semuanya selamat.. amin..
Curahan rasa decrewz @ ..Bandwidth Limit Exceeded Kerana Temuduga MEdSI 2011
setakat ini ***Kini tujuh mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera, mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
Curahan rasa suffer8zine @ ..Gambar Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa
Moga yang cedera bisa pulih secepatnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Links for 2011-05-19 delicious
sedikit update pada entri Gambar Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa http://bit.ly/iSRQWy
– Seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
– Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
– Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
– Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
Curahan rasa suffer8zine @ ..Gambar Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa
baru je lalu area tu tadi,antar student balik rumah..ingtkn accident.bila tgk fb, twitter.baru tau tanah runtuh..kesiannye..smoga budak2 tu slamat..huhu
semoga yang belum dijumpai tu harap2 selamat la semuanya, Nauzubillah
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Inspirasi Hiasan Dalaman Futuristik Daripada Filem TRON
Comments are closed.