Fanpage Facebook atau Google Friend Connect

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada blogger yang tanya untuk berblog bagus guna platform Blogspot atau Wordpress? Aku bermula dengan Blogspot dan awal tahun 2010 aku berhijrah ke dunia Wordpress. Sehingga hari ini masih lagi maintain beberapa blog yang menggunakan platform Blogspot. Setelah menggunakan kedua-dua platform pasti ada bezanya mana yang lebih baik tetapi untuk entri ini aku belum nak komen. Begitu juga ada blog yang pasang Fanpage Facebook atau Google Friend Connect dan ada juga blog yang pasang kedua-duanya sekali.

Secara peribadi aku mempunyai visi dan misi yang jauh dalam dunia blog ini jauh sekali aku meremehkannya. Blog kalau diolah dengan baik dan sabar merancang penjenamaan pasti suatu hari nanti akan menjadi platform yang mahal nilainya. Bagi mencapai misi dan visi tersebut aku menjadikan beberapa blogger profesional luar dan dalam negara sebagai idola. Bukan sekadar membaca dan mengikuti setiap entri yang mereka tulis tetapi juga memerhati cara mereka menyusun atur blog supaya kelihatan profesional dan berkarisma.

Daripada pengamatan aku hampir kesemua blog yang popular ini tidak meletakkan widget yang merapu malah widget alexa pun mereka tak letak walaupun ranking mereka ini memang tip top. Begitu juga hampir kesemua top blog ini memasang Fanpage Facebook berbanding Google Friend Connect. Apa yang top blogger ni pasang di blog mereka pasti ada tujuan yang ianya boleh membantu meningkatkan prestasi bukan sekadar kosmetik untuk mencantikan blog tetapi membebankan loading time yang akhirnya memberi kesan negatif kepada blog.

Apa pandangan teman-teman blogger?

Nota : antara fav blog yang selalu aku singgah problogger.net, johnchow.com, hongkiat.com, paultan.org, bloggersentral.com, atniz.com, kujie2.com dan banyak lagi. Banyak ilmu yang dah aku sedut dari diaorang ni.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

45 Comments

  1. Nice tip..mekaseh bro..baru skrg aku phm erti berblog sbnr..baru tau widget yg pnting dan yg xpnting utk diletakkan dlm blog..huhuhu..hurmm..ckp pasal ranking alexa tu, mgkin aku akan buang nt..betul tu xd gne pun..stkt hnye nk tnjuk kt org baik takyah letak..baru aku sedar ngn sikap ak nih..akan aku cuba lagi utk mantapkan blog aku nih..bro, sbrnya aku ni salu je kaji blog luar dan dlm malaysia nih..tp ak amek yg mana ak phm je..slh satunya dr blog denaihati ni pun byk kasi aku perubahan yg bsr terhadap pemikiran pd blog utk lebih matang.. terima kasih skli lagi bro 🙂
    Curahan rasa fakhrul @ ..Manusia Semakin Kejam!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!