Suasana Jamarat pada Haji Akbar 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kemuncak haji adalah Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Dengan izin ALLAH Hari Wukuf musim haji 2014 jatuh pada hari Jumaat yang juga dipanggil sebagai Hari Akbar. Haji Akbar memang menjadi dambaan setiap muslim yang tahu akan kelebihannya kerana ganjarannya berlipat kali ganda. Kali terakhir berlaku Haji Akbar pada tahun 2006.

gambar Mina dari Jamarat

Hari Wukuf bermula apabila matahari gelincir ke barat masuk waktu zuhur pada 9 Zulhijjah dimulakan dengan khutbah wukuf. Oleh kerana haji 2014 jatuh pada hari Jumaat iaitu Haji Akbar maka tiada khutbah dan solat Jumaat. Khutbah Jumaat diganti dengan khutbah wukuf diikuti dengan solat zuhur. Waktu wukuf adalah waktu paling terbaik untuk memohon keampunan dan berdoa  kerana ketika ini pintu langit terbuka luas.

gambar Jemaah Malaysia di Mina

Setelah selesai wukuf semua jemaah wajib mabid di Muzdalifah selepas gelincir matahari di waktu tengah malam 10 Zulhijjah. Mabid di Muzdalifah adalah wajib haji yang mesti dilaksanakan oleh semua jemaah haji walaupun hanya lalu sebentar pada waktu yang ditetapkan. Selepas mabid di Muzdalifah jemaah akan bergerak untuk mabid di Mina dan melontar jamrah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bermula dengan melontar jamratul aqabah.

Jemaah Haji sedang melontar

Majoriti jemaah akan menetap di khemah yang telah disediakan di Mina. Jarak khemah ke tempat melontar iaitu jamarat antara 3 km – 9 km. Sebahagian jemaah berulang alik dari hotel atau tempat kediaman mereka ke Jamarat. Mereka akan datang semula pada waktu tertentu untuk bermabid di Mina sekurang-kurangnya enam jam. Mereka akan bentang tikar di mana sahaja di sekitar jamarat untuk mabid di Mina. Memang mencabar dengan jumlah jemaah yang sangat ramai mencabar kesabaran para jemaah.

Jemaah Zahafiz berjalan menuju ke Mina

Ramai jemaah haji yang terkeliru dengan syarat-syarat mabid di Mina dan waktu melontar jamrah. Tidak kurang juga ramai jemaah yang tersesat kerana pergi melontar dalam kumpulan kecil di luar jadual yang telah ditetapkan. Kebiasaannya jadual melontar untuk jemaah Malaysia di sebelah malam untuk mengelakkan kesesakan. Suasana Jamarat pada musim haji memang tersangat sibuk kerana menjadi tumpuan berjuta-juta jemaah haji untuk menyempurnakan wajib haji.

Semuga semua jemaah haji 2014 mendapat haji mabrur yang menjadi asbab turunnya hidayah keseluruh alam.


Spread the love

455 Comments

  1. memang nampak mencabar, tapi bila tiba waktunya, semua jemaah melalui suasana dan perkara yang sama, di situ hadir kekuatan dan semangat untuk melaksanakan rukun islam ke 5

      1. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dpt menjejakkan kaki Tanah Suci tu..kan? Diusia muda inilah kita patut menjejakan kaki kita di Kota Suci Mekkah….

  2. Masih tak puas berkongsi tentang haji, walaupun saya tahu ibu saya sedih dengan pemergian ayahanda selepas menunaikan haji, namun saya dapat rasakan memori indah sewaktu mereka di tanah suci sangat bermakna.

    Sama-sama kita berdoa agar pengakhiran kita adalah yang terbaik
    Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?My Profile

  3. Saya sangat terkesan dengan peristiwa haji sebab ianya adalah sangat dekat waktu kehilangan ayah saya dan saya tidak dapat berada di sisi beliau kerana perjalanan flight agak panjang.

    Semoga ayahanda mendapat haji yang mabrur, juga semua jemaah yang lain
    Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?My Profile

  4. Lagi pengalaman arwah ayahanda, sewaktu di Mekah, tiba-tiba Allah uji kurang sihat, kaki bengkak dan terpaksa naik wheelchair.

    Sewaktu dekat Raudhah, ada guard yang jaga situ, tolak beliau sampai kat depan Raudhah. Allahurabbi, beliau kata, beliau doa puas-puas kat situ.
    Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?My Profile

  5. Suasana yang sangat tenang bila berada di sana, tapi kena kuat untuk menempuh segala dugaan yang mendatang. Semoga semua jemaah haji dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!