Suasana Jamarat pada Haji Akbar 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kemuncak haji adalah Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Dengan izin ALLAH Hari Wukuf musim haji 2014 jatuh pada hari Jumaat yang juga dipanggil sebagai Hari Akbar. Haji Akbar memang menjadi dambaan setiap muslim yang tahu akan kelebihannya kerana ganjarannya berlipat kali ganda. Kali terakhir berlaku Haji Akbar pada tahun 2006.

gambar Mina dari Jamarat

Hari Wukuf bermula apabila matahari gelincir ke barat masuk waktu zuhur pada 9 Zulhijjah dimulakan dengan khutbah wukuf. Oleh kerana haji 2014 jatuh pada hari Jumaat iaitu Haji Akbar maka tiada khutbah dan solat Jumaat. Khutbah Jumaat diganti dengan khutbah wukuf diikuti dengan solat zuhur. Waktu wukuf adalah waktu paling terbaik untuk memohon keampunan dan berdoa  kerana ketika ini pintu langit terbuka luas.

gambar Jemaah Malaysia di Mina

Setelah selesai wukuf semua jemaah wajib mabid di Muzdalifah selepas gelincir matahari di waktu tengah malam 10 Zulhijjah. Mabid di Muzdalifah adalah wajib haji yang mesti dilaksanakan oleh semua jemaah haji walaupun hanya lalu sebentar pada waktu yang ditetapkan. Selepas mabid di Muzdalifah jemaah akan bergerak untuk mabid di Mina dan melontar jamrah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bermula dengan melontar jamratul aqabah.

Jemaah Haji sedang melontar

Majoriti jemaah akan menetap di khemah yang telah disediakan di Mina. Jarak khemah ke tempat melontar iaitu jamarat antara 3 km – 9 km. Sebahagian jemaah berulang alik dari hotel atau tempat kediaman mereka ke Jamarat. Mereka akan datang semula pada waktu tertentu untuk bermabid di Mina sekurang-kurangnya enam jam. Mereka akan bentang tikar di mana sahaja di sekitar jamarat untuk mabid di Mina. Memang mencabar dengan jumlah jemaah yang sangat ramai mencabar kesabaran para jemaah.

Jemaah Zahafiz berjalan menuju ke Mina

Ramai jemaah haji yang terkeliru dengan syarat-syarat mabid di Mina dan waktu melontar jamrah. Tidak kurang juga ramai jemaah yang tersesat kerana pergi melontar dalam kumpulan kecil di luar jadual yang telah ditetapkan. Kebiasaannya jadual melontar untuk jemaah Malaysia di sebelah malam untuk mengelakkan kesesakan. Suasana Jamarat pada musim haji memang tersangat sibuk kerana menjadi tumpuan berjuta-juta jemaah haji untuk menyempurnakan wajib haji.

Semuga semua jemaah haji 2014 mendapat haji mabrur yang menjadi asbab turunnya hidayah keseluruh alam.


Spread the love

455 Comments

  1. ramainya jemaah haji semoga haji di terima Allah serta selamat pergi dan balik, bila giliran saya dapat pergi sana, tingin nak tengok sendiri mekah

  2. Subhanallah langit yang sangat cantik.. teringin sungguh nak ke sana..bila melihat ribuan jutaan manusia di sana..agaknya begitulah ramainya manusia di padang mahsyar nanti..malahan sudah tentu ramainya berlipat kali ganda..seluruh umat manusia dari setiap generasi..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!