Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kemuncak haji adalah Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Dengan izin ALLAH Hari Wukuf musim haji 2014 jatuh pada hari Jumaat yang juga dipanggil sebagai Hari Akbar. Haji Akbar memang menjadi dambaan setiap muslim yang tahu akan kelebihannya kerana ganjarannya berlipat kali ganda. Kali terakhir berlaku Haji Akbar pada tahun 2006.
Hari Wukuf bermula apabila matahari gelincir ke barat masuk waktu zuhur pada 9 Zulhijjah dimulakan dengan khutbah wukuf. Oleh kerana haji 2014 jatuh pada hari Jumaat iaitu Haji Akbar maka tiada khutbah dan solat Jumaat. Khutbah Jumaat diganti dengan khutbah wukuf diikuti dengan solat zuhur. Waktu wukuf adalah waktu paling terbaik untuk memohon keampunan dan berdoa kerana ketika ini pintu langit terbuka luas.
Setelah selesai wukuf semua jemaah wajib mabid di Muzdalifah selepas gelincir matahari di waktu tengah malam 10 Zulhijjah. Mabid di Muzdalifah adalah wajib haji yang mesti dilaksanakan oleh semua jemaah haji walaupun hanya lalu sebentar pada waktu yang ditetapkan. Selepas mabid di Muzdalifah jemaah akan bergerak untuk mabid di Mina dan melontar jamrah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bermula dengan melontar jamratul aqabah.
Majoriti jemaah akan menetap di khemah yang telah disediakan di Mina. Jarak khemah ke tempat melontar iaitu jamarat antara 3 km – 9 km. Sebahagian jemaah berulang alik dari hotel atau tempat kediaman mereka ke Jamarat. Mereka akan datang semula pada waktu tertentu untuk bermabid di Mina sekurang-kurangnya enam jam. Mereka akan bentang tikar di mana sahaja di sekitar jamarat untuk mabid di Mina. Memang mencabar dengan jumlah jemaah yang sangat ramai mencabar kesabaran para jemaah.
Ramai jemaah haji yang terkeliru dengan syarat-syarat mabid di Mina dan waktu melontar jamrah. Tidak kurang juga ramai jemaah yang tersesat kerana pergi melontar dalam kumpulan kecil di luar jadual yang telah ditetapkan. Kebiasaannya jadual melontar untuk jemaah Malaysia di sebelah malam untuk mengelakkan kesesakan. Suasana Jamarat pada musim haji memang tersangat sibuk kerana menjadi tumpuan berjuta-juta jemaah haji untuk menyempurnakan wajib haji.
Semuga semua jemaah haji 2014 mendapat haji mabrur yang menjadi asbab turunnya hidayah keseluruh alam.
455 Comments
Pengalaman tiada penempatan di Mina pada musim haji tahun 2010 yang lalu takkan dilupakan. kami terpaksa bersesak2 dalam khemah orang lain, bila melepasi jam 12 malam baru kami keluar menaiki bas dan pulang ke hotel yang terletak di Azizia. tiga malam kami begitu. apa2pun syukur Alhamdulillah semua dipermudahkan Allah
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Quiz Magika #8; Menangi original totebag ZURICH!!
Masa ni perlu bersabar kan, ujian kat sana tak kira masa, biasanya orang pesan, jangan bersungut dan sentiasa beringat
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
ujian allah untuk menguji hambanya. mudah-mudahan saudari mendapat haji mabrur dan segala ibadah diterimanya.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
tersimpan hasrat nak hantar mak ayah ke sana, mudah2n tercapai dan dipermudahkan
Curahan rasa nur razali @ ..Menu Diet Sarapan Pagi Popular
Amin. InshaAllah.. Kita yang tengok hanya pada gambar saja dah rasa teringin nak pergi menunaikan ibadah haji inikan pulak jemaah haji yg berada disana
Aameen, inshaa Allah, saya pun teringin nak bawa mak ke sana. Kalau Allah izinkan, bawa bersama suami dan mertua.
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
alhamdulillah mak abah saya sudahpun ke sana. kena kumpul duit untuk diri sendiri pulak. hehehhe..insyallah ada rezeki boleh lah pergi sementara masih muda.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
InshaAllah.. sy pun menyimpan hasrat yg sama. Teringin sgt bawak mak ayah pergi mekkah tunaikan haji
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan. Beruntung wukuf jatuh pada hari Jumaat
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Kan, akan ada waktu doa tanpa hijab pada hari Jumaat. Berada di Malaysia pun rasa bertuah,apa lagi berada di Tanah Suci Mekah
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Setuju sgt. Hari Jumaat penghulu segala hari. Wukuf jatuh hari jumaat. alhamdulillah
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
Jumaat hari permulaan dan pengakhiran. bertuah sungguh jemaah haji tahun ni. ibadah mereka dilipatgandakan pahalanya..
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Saya berharap semoga segala urusan di sana dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin
Setiap muslim pasti tidak akan melepaskan peluang ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji, tambahan pulak haji akbar yang ganjarannya berlipat kali ganda
Benar sekali, ayuh kita rebut peluang yang ada ini untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Gembiranya tak terkata bila tengok suasana kat sana. Teringinnya… Harap suatu hari nanti dapat saya ke sana jugak. InshaAllah…
Memang tak tergambar rasa gembiranya apabila dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Sama-sama kita berdoa agar dipermudahkan rezeki untuk ke sana. Boleh bawa ahli keluarga sekali pun lagi bagus
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Betul tu, tengok gambar atau video jer pun kita dah terasa getarannya, apatah lagi kalau kita dapat merasa dan melihat sendiri suasana di sana, melihat kaabah lagi.
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
insyallah akan sampai masanya bila giliran kita kesana. semoga dipanjangkan umur untuk menunaikan ibadah haji. aminn
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
amat beruntunglah mereka yang mengerjakan Haji mendapat Haji Akbar…AllahuAkbar
Curahan rasa Hj Iqbal Safwan @ ..Pakej Menjejak Wali Songo di Surabaya
Memang beruntung sekali kita, semoga kita juga berjaya bertemu dengan Haji Akbar. In sha Allah.
Semoga mendapat Haji Mabrur..kenangan manis sebagai Petugas Haji Zahafiz tersimpul indah dalam memori…
Aameen, beruntung Tuan Haji berpeluang ke sana, semoga Allah turut mempermudahkan rezeki kami ke sana juga nanti.
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
mantap gan , semoga tuhan memperlancarkan haji akbar Anda gan 😀
Wahh! Ramainya orang kat gambar yang first-first tu! Nampak dari gambar kecik-kecik je semuaaa
suasana disana mmg ramai..kalo cakap besar skit kat sana gerenti sesat..
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Tempat yang semua orang nak pergi.teringin sangat nak kesana dalam usia muda.semoga dipermudahkan segala urusan.
Curahan rasa huda @ ..Perkongsian daripada adik – Jerawat hilang,kulit gebu dan mulus..Apakah Rahsianya???
teringin jugak nak jejak kaki di sini sambil menunaikan ibadah.. insya Allah
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Samalah kita, kalau dapat pergi dan bawa semua ahli keluarga kan best? Semoga Allah permudahkan,aameen.
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Bestnye tengok gambar gambar ni. Tak sabar nk.tunaikan haji. Doakan kami tiba di tanah suci pada tahun 2016, seisi keluarga
Curahan rasa Safiya @ ..Antenatal Check upThat Turns Into A Journey of 10 000 steps
amin, insya Allah, kalau ada jodoh, dapat laa pergi kat sana untuk tunaikan rukun yang kelima 🙂
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Amin ya rabbal alamin, inshaAllah awak sekeluarga dapat menunaikan ibadah haji nanti ya
alhamdulillah gembira melihat suasana di sana. insyaAllah akan diriku menjejaki tanah suci.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Petua Untuk Mengelak Kucing Berak Merata
saya juga berkeinginan untuk pergi ke tanah suci ..
insyaallah ini mash menabung untuk bisa ke sana 😀
masing masing ada cita cita nak jejak kaki kat sini.. kalau ada izin, moga kita semua dapat pergi jua 🙂
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
syukur dapat khabaran gembira sepupu dah selamat balik ke tanah air, cuma kurang sihat (batuk2) mungkin cuaca kat sana panas dan asyik minum air sejuk. Ada seorang lagi belum sampai sebab penerbangan dia lambat lagi. ape pun tumpang gembira 🙂
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
alhamdulillah.. syukur dah selamat pulang.. moga yang sorang lagi elok2 je sampai..
Curahan rasa paly @ ..Nak berniaga biar bersih !
Alhamdulillah..semoga mereka semua berada dalam kesihatan yang baik hendaknya…
amin… saye dan sekluarga juga inign pergi haji..
saye doakan semoga mbak juga diberi kesihatan yang juga ^_^
Ane doakan supaya lancar gan, dan semoga ente dapat kesehatan dan sejahtera 😀 , dan jangan lupa untuk dengan YME
Curahan rasa Bentrok TNI VS Polri @ ..Hasil Laga Persahabatan Portugal Vs Argentina 19 November 2014
Alhamdulillah,mungkin faktor perubahan serta kelainan cuaca yang sebabkan ramai mudah terkena batuk-batuk sekembalinya dari Tanah Suci Mekah
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
tidak sangka bumi bersinar putih itu jarak jauh adalah bumi Makah.Subahallah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 25/2014_Proton Iriz PCC
Ayatmu buat diriku ingin ke sana juga, melihat sendiri bandar terhebat di dunia,bumi Mekah yang paling barakah, juga bangunan yang paling hebat di dinia,Kaabah
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Comments are closed.