Suasana Jamarat pada Haji Akbar 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kemuncak haji adalah Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Dengan izin ALLAH Hari Wukuf musim haji 2014 jatuh pada hari Jumaat yang juga dipanggil sebagai Hari Akbar. Haji Akbar memang menjadi dambaan setiap muslim yang tahu akan kelebihannya kerana ganjarannya berlipat kali ganda. Kali terakhir berlaku Haji Akbar pada tahun 2006.

gambar Mina dari Jamarat

Hari Wukuf bermula apabila matahari gelincir ke barat masuk waktu zuhur pada 9 Zulhijjah dimulakan dengan khutbah wukuf. Oleh kerana haji 2014 jatuh pada hari Jumaat iaitu Haji Akbar maka tiada khutbah dan solat Jumaat. Khutbah Jumaat diganti dengan khutbah wukuf diikuti dengan solat zuhur. Waktu wukuf adalah waktu paling terbaik untuk memohon keampunan dan berdoa  kerana ketika ini pintu langit terbuka luas.

gambar Jemaah Malaysia di Mina

Setelah selesai wukuf semua jemaah wajib mabid di Muzdalifah selepas gelincir matahari di waktu tengah malam 10 Zulhijjah. Mabid di Muzdalifah adalah wajib haji yang mesti dilaksanakan oleh semua jemaah haji walaupun hanya lalu sebentar pada waktu yang ditetapkan. Selepas mabid di Muzdalifah jemaah akan bergerak untuk mabid di Mina dan melontar jamrah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bermula dengan melontar jamratul aqabah.

Jemaah Haji sedang melontar

Majoriti jemaah akan menetap di khemah yang telah disediakan di Mina. Jarak khemah ke tempat melontar iaitu jamarat antara 3 km – 9 km. Sebahagian jemaah berulang alik dari hotel atau tempat kediaman mereka ke Jamarat. Mereka akan datang semula pada waktu tertentu untuk bermabid di Mina sekurang-kurangnya enam jam. Mereka akan bentang tikar di mana sahaja di sekitar jamarat untuk mabid di Mina. Memang mencabar dengan jumlah jemaah yang sangat ramai mencabar kesabaran para jemaah.

Jemaah Zahafiz berjalan menuju ke Mina

Ramai jemaah haji yang terkeliru dengan syarat-syarat mabid di Mina dan waktu melontar jamrah. Tidak kurang juga ramai jemaah yang tersesat kerana pergi melontar dalam kumpulan kecil di luar jadual yang telah ditetapkan. Kebiasaannya jadual melontar untuk jemaah Malaysia di sebelah malam untuk mengelakkan kesesakan. Suasana Jamarat pada musim haji memang tersangat sibuk kerana menjadi tumpuan berjuta-juta jemaah haji untuk menyempurnakan wajib haji.

Semuga semua jemaah haji 2014 mendapat haji mabrur yang menjadi asbab turunnya hidayah keseluruh alam.


Spread the love

455 Comments

  1. Assalamualaikum ….Pengalaman menunaikan fardhu haji pada musim haji tahun lepas masih tak dapat dilupakan. Rindunya untuk menjejakkan kaki ke sana. Semoga diizinkan Allah lagi. InsyaAllah.

    Yang pastinya ketika berada di Tanah Suci kita perlu banyak bersabar dan berdoa agar Allah permudahkan segala urusan. Jangan sesekali sombong, bangga diri dan rasa diri kita hebat. Rendahkan diri kita ke hadrat Allah.

    Selain itu, seboleh2nya jika ada kemampuan pergilah ketika usia masih muda kerana banyak yang diperlukan terutamanya semasa di Mina untuk berulang alik bagi melontar di jamrah dan juga untuk berulang alik ke Masjidil Haram. Kalau hotel dekat mudah untuk pergi setiap waktu solat.(Alhamdulillah saya dpt hotel yg dekat )

    Yang paling utama pasanglah niat untuk ke sana sekarang. Mulalah buat tabungan di Tabung Haji dan daftarlah segera…semoga jemaah haji tahun ni mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.
    Curahan rasa ummi naimie @ ..BAJET 2015: APA YANG KITA DAPAT???My Profile

  2. KISAH SUKSES Ida Yati : lolos PNS guru lingkungan PEMDA medan

    Assalamu Alaikum wr-wb, Saya ingin berbagi cerita kepada anda, Bahwa dulunya saya ini cuma seorang Honorer di sekolah dasar sumatra, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 30 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah,namun teman saya memberikan no tlp Bpk JOKO SUTRISNO Selaku petinggi di BKN pusat yang di kenalnya di jakarta dan juga mengurusnya jadi PNS, saya pun coba menghubungi beliau dan beliau menyuruh saya mengirim Berkas saya melalui Email, alhamdulillah No Nip dan SK saya akhirnya keluar, Jadi apapun keadaan anda skarang jangan pernah putus asa dan terus berusaha, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasih jalan, itu adalah kisa nyata dari saya, jika anda ingin seperti saya Hubungi saja Bpk Drs JOKO SUTRISNO SH,Msi Atau >>KLIK DISINI<< Siapatau Beliau Masih Bisah Bantu.
    .

  3. Sesaknya keadaan di sana. Almaklumlah ni kan musim haji, umat Islam pasti nak mengerjakan haji dan berharap dikurniakan haji mabrur

  4. Subhanallah alangkah indahnya dapat menjejakkan kaki ke bumi suci Allah. Mudah mudahan berkesempatan untuk menziarahi Mekah suatu hari nanti insya Allah

  5. Walaupun terpaksa bersesak-sesak,niat untuk sempurnakan ibadah dan memperolehi haji mabrur mesti meluap-luap dikalangan jemaah haji.Dari info yang saya baca, jemaah haji dari Malaysia antars yang berdisiplin.
    Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wordless Wednesday #98My Profile

    1. Kalau info tu sahih, bagus la. Memang berbangga dengan kumpulan jemaah haji dari Malaysia. Yela kita kan merantau di bumi suci Allah, kena la berdisiplin dan bersopan santun

    1. Insya Allah kalau ada rezeki yang melimpah ruah boleh la pergi menunaikan haji. Jangan lupa mendaftar dulu sebab sementara tunggu giliran dipanggil tu, boleh la kumpul duit dulu

    1. Betul tu, dah jadi impian setiap muslim untuk menunaikan haji di Mekah dan mendapat haji yang mabrur. Baru la sempurna hidup sebagai umat Islam rasanya

    1. Betul tu, dengan jutaan umat Islam yang ada, tak mustahil kumpulan jemaah haji ni boleh sesat. Dah la tak biasa dengan kawasan lepas tu bersesak dengan orang lain pula. Mesti susah

    1. Betul tu, alangkah indahnya kalau dapat menjejakkan kaki ke sana. Mesti rasa teramat tenang, bagaikan dilahirkan semula ke dunia

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!