Suasana Jamarat pada Haji Akbar 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kemuncak haji adalah Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Dengan izin ALLAH Hari Wukuf musim haji 2014 jatuh pada hari Jumaat yang juga dipanggil sebagai Hari Akbar. Haji Akbar memang menjadi dambaan setiap muslim yang tahu akan kelebihannya kerana ganjarannya berlipat kali ganda. Kali terakhir berlaku Haji Akbar pada tahun 2006.

gambar Mina dari Jamarat

Hari Wukuf bermula apabila matahari gelincir ke barat masuk waktu zuhur pada 9 Zulhijjah dimulakan dengan khutbah wukuf. Oleh kerana haji 2014 jatuh pada hari Jumaat iaitu Haji Akbar maka tiada khutbah dan solat Jumaat. Khutbah Jumaat diganti dengan khutbah wukuf diikuti dengan solat zuhur. Waktu wukuf adalah waktu paling terbaik untuk memohon keampunan dan berdoa  kerana ketika ini pintu langit terbuka luas.

gambar Jemaah Malaysia di Mina

Setelah selesai wukuf semua jemaah wajib mabid di Muzdalifah selepas gelincir matahari di waktu tengah malam 10 Zulhijjah. Mabid di Muzdalifah adalah wajib haji yang mesti dilaksanakan oleh semua jemaah haji walaupun hanya lalu sebentar pada waktu yang ditetapkan. Selepas mabid di Muzdalifah jemaah akan bergerak untuk mabid di Mina dan melontar jamrah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bermula dengan melontar jamratul aqabah.

Jemaah Haji sedang melontar

Majoriti jemaah akan menetap di khemah yang telah disediakan di Mina. Jarak khemah ke tempat melontar iaitu jamarat antara 3 km – 9 km. Sebahagian jemaah berulang alik dari hotel atau tempat kediaman mereka ke Jamarat. Mereka akan datang semula pada waktu tertentu untuk bermabid di Mina sekurang-kurangnya enam jam. Mereka akan bentang tikar di mana sahaja di sekitar jamarat untuk mabid di Mina. Memang mencabar dengan jumlah jemaah yang sangat ramai mencabar kesabaran para jemaah.

Jemaah Zahafiz berjalan menuju ke Mina

Ramai jemaah haji yang terkeliru dengan syarat-syarat mabid di Mina dan waktu melontar jamrah. Tidak kurang juga ramai jemaah yang tersesat kerana pergi melontar dalam kumpulan kecil di luar jadual yang telah ditetapkan. Kebiasaannya jadual melontar untuk jemaah Malaysia di sebelah malam untuk mengelakkan kesesakan. Suasana Jamarat pada musim haji memang tersangat sibuk kerana menjadi tumpuan berjuta-juta jemaah haji untuk menyempurnakan wajib haji.

Semuga semua jemaah haji 2014 mendapat haji mabrur yang menjadi asbab turunnya hidayah keseluruh alam.


Spread the love

455 Comments

  1. Telah dikatakan bahawa jemaah haji yang kebetulan wuqufnya jatuh pada hari Jumaat, maka mereka akan mendapat pahala yang banyak dengan dilipat gandakan pahala melebihi 70 haji. Begitu bertuah para Jemaah haji berkenaan…
    Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: HantaranMy Profile

  2. Apa dalam fikiran teman, adakah giliran teman ke tanah suci nanti ketika usia menjengah tua? hanya Allah sahaja tau jawapannya.. moga dimurahkan rezeki untuk kesana diwaktu muda..
    Curahan rasa Tengkubutang @ ..FOLLOWER KE 2400My Profile

  3. seronok tengok orang mengerjakan haji. kami pun memang nak sangat tunaikan haji sementara umur masih muda, dan badan masih kuat n sihat. walaupun tak pasti bila peluang tue akan sampai, persediaan tetap kena mulakan dari sekarang.. 🙂 mudah2an kita semua berkesempatan untuk menjadi tetamu Allah n dikurniakan haji yang mabrur.
    Curahan rasa Oja Samid @ ..Panduan Set Kulit Cantik ShakleeMy Profile

    1. Kalau dapat jemputan ke sana, jangan lepaskan peluang, pasti ada masa nak belajar tentang rukun haji serta perkara yang membatalkan haji
      Berserah pada-Nya dan doa banyak-banyak kerana amalan kita diterima dengan rahmat Allah, mesti Dia tunjuk jalan
      Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?My Profile

  4. Ada sahabat saya perempuan, dapat ketanah suci mengerjakan umrah ketika umur 16 tahun. Sampai sekarang dia selalu ckp dia rindu nak pergi sana lagi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!