Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak ke belakangan ini isu Status Halal Jakim menjadi bualan di sosial media dari isu status Frankfurter Ramly, status Halal Meatball IKEA, status Halal Secret Recipi dan Bir Arab, status Halal restoran Nando’s dan paling panas status Halal Kopitiam di Malaysia sehingga kepada status Halal coklat pepero. Rakyat Malaysia begitu perihatin dengan isu halal haram dan sentiasa mencari informasi dengan menyemak Status Halal Jakim secara online dan SMS.
Tahukah anda sejarah Status Halal di Malaysia bermula pada tahun 1972 apabila Kerajaan telah mengujudkan Akta Perihal Dagangan 1972 dengan memperkenaklan Surat Halal pada tahun 1974. Penggunaan Sijil Halal hanya mula diperkenalkan pada tahun 1994 yang diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 2008 kuasa memberi sijil halal telah diserahkan kepada Halal Development Corporation (HDC) yang kemudian diserah kembali kepada JAKIM pada tahun 2009.
[box type=”shadow”]Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman – Al Maidah ayat 88[/box]
Dari maklumat yang aku dapat dari 1972 sehingga sekarang pengusaha atau syarikat TIDAK DIWAJIBKAN untuk memohon sijil halal untuk produk atau permis mereka. JAKIM juga tidak ada kuasa untuk memeriksa status halal produk yang diimport dari luar negara. Ini yang ramai keliru dengan menyalahkan JAKIM tidak membuat serbuan kilang atau restoran atau menyekat produk dibawa masuk ke Malaysia yang tidak mempunyai Sijil Halal. JAKIM dan agensi yang berkenaan hanya mempunyai kuasa untuk memeriksa produk dari luar negara yang mempunyai label halal kerana hanya produk yang mempunyai label halal yang dibenarkan JAKIM sahaja dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia.
Yuran untuk memohon Sijil Halal tidaklah mahal sangat hanya RM100 untuk satu produk, RM100 untuk satu premis restoran dan RM100 untuk satu dapur hotel, untuk kadar yang lain boleh semak di yuran sijil halal JAKIM. Sijil Halal akan diluluskan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pembayaran yuran dibuat setelah semua dokumen dan syarat pensijilan telah dipatuhi. Masalah yang berlaku banyak pengusaha menggunakan orang tengah dengan bayaran yuran yang sangat mahal sehingga mencecah belasan ribu ringgit sedangkan sebenarnya pengusaha boleh memohonan Sijil Halal secara online di website e-Halal Jakim dengan kos yang sangat murah. Kepada pengusaha baguslah memohon sijil halal kerana menjadi satu kesalahan besar kepada pengusaha kilang, hotel dan restoran menipu logo Halal dan akan berdepan dengan hukum berat.
Pensijilan Halal JAKIM melalui berbagai peringkat dan audit yang sangat ketat dengan menggunakan makmal Jabatan Kimia Malaysia yang mempunyai akreditasi yang diiktiraf dunia untuk menganalisa produk, jadi dari sudut saintifiknya tidak sepatutnya pengguna meragui status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Sebelum ini beberapa kali JAKIM telah menjawab beberapa isu produk yang diragui sijil halalnya seperti isu halal McDonald, Starbuck dan Secret Recipi. Paling terbaru pengguna masih ragu dengan status halal coklat cadbury walaupun sudah disahkan halal oleh JAKIM. JAKIM hanya menarik sementara sijil halal Cadbury untuk siasatan dan bukannya dibatalkan.
[box type=”shadow”]Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)[/box]
Terdapat ramai pengguna yang tidak yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk tertentu contohnya Cadbury dan yakin pulak status halal produk yang lain. Pada pendapat aku soal halal haram makanan ini sangat sensitif apabila kita tidak mengiktiraf status halal JAKIM pada suatu makanan tertentu maka ini bermakna kita juga tidak mengiktiraf semua makanan lain yang menggunakan status halal JAKIM. Kita tidak boleh terlalu emosi dalam status halal sesuatu produk tanpa membuat menyelidikan dengan hanya bergantung pada informasi wassap dan facebook tanpa pengesahan. Sebarang persoalan dan maklumat atau keterangan isu status halal JAKIM, bagus kita terus hubungi Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 atau terus datang ke pejabat untuk penjelasan.
Blog Denaihati akan terus menulis dan berkongsi informasi yang berkaitan dengan Status Halal makanan untuk rujukan pembaca.
84 Comments
Banyak coklat lain yang tiada status halal langsung, boleh pula dimakan..Yang memang terang2 ada status halal JAKIM, kenapa perlu diragui pula kan?
Curahan rasa eyriqazz @ ..Pak John Steamboat & BBQ eCurve, Selangor
mudah-mudahan begitulah, halal bukan sekadar nama tapi dari aspek penyediaan dan isi makanannya,
Curahan rasa ikhwan @ ..Jaguh Dari Utara Rembat RM40000 Guna Blog
mungkin dengan kes sebegini kita perlu menambahbaik cara status halal itu disampaikan. boleh ambil contoh negara luar yang sedia telus dengan status halal yang dikeluarkan.
Curahan rasa sharmien @ ..Giveaway: Layan Video Ni Senang-senang Dapat Duit Geli-geli
assalamulaikum…. oooo…. panjang baca tentang asal status halal ni… terima kasih atas info ini…
Curahan rasa Cik Ash @ ..Pengomen Popular November 2014 Blog Cik Ash
Saya yakin JAKIM pasti dah buat kajian dan pemeriksaan yang teliti untuk setiap permohonan yang diterima. Prosesnya pasti rigid dan tak semudah ABC nak bagi pensijilan halal ni kot! Mesti prosedur nya pun sangat kritikal.
Curahan rasa Faezah @ ..Nak dapatkan kulit cantik dengan cara paling senang?
sekiranya pihak JAKIM sudah mengesahkan status HALAL, kita pun perlu yakin. yang penting jangan terpengaruh dengan info dari sumber yang kita tidak ketahui.
Curahan rasa fyna @ ..By: fyna
Alhamdulillah,saya sentiasa yakin dgn pengesahan sijil halal jakim,jika tidak yakin pd produk rujuk saja pd jakim bukan rujuk pd laman sosial 🙂
Curahan rasa ohpilihanku @ ..SUMBER MAKANAN KESIHATAN DAN RAWATAN HABBATUS SAUDA SERTA MINYAK ZAITUN
Pada saya kalau nak diikutkan coklat dari luar negara pun tiada pengesahan halal. Kita sebagai pengguna kena belajar serba sedikit maklumat asas ramuan yang meragukan.
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..SET BERSALIN YANG PASTI MENYESAL JIKA TIDAK DIGUNAKAN SEMASA DALAM PANTANG
sampai sekarang saya masih tak beli cokelat cadbury..rasa was-was susah nak hilang!
Curahan rasa Kakiblog @ ..Penjenamaan Semula Blog
Kalau JAKIM dah katakan Halal. maka Halal lah kan. Jangan diragui lagi status halalnya. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Nyumm ..nyum cadburry..ptg smlm bru lps mkn cadburry sbb jakim dah isytiharkan cadburry halal..
Tp skli skla je mkn coklat sbb suka mkn kismis dan yg seumpamanya 🙂
Curahan rasa ohpilihanku @ ..SUMBER MAKANAN KESIHATAN DAN RAWATAN HABBATUS SAUDA SERTA MINYAK ZAITUN
Bukan meragui kreadibiliti Jakim… tapi bila sesuatu produk telah diragui status halalnya, ia akan tersemat difikiran dan seterusnya mencari alternatif lain sebagai pilihan.
Jika Jakim dah kata ianya halal…ya! tiada keraguan lagi tetapi oleh kerana dah dapat pilihan lain… lupakan sahajalah produk yang sebelum ini…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
semua itu adalah berpunca dari sebaran di media sosial yang boleh dipertikaikan kesahihannya..
Curahan rasa KiD @ ..Blogger Hensem kembali Sibuk
Ada benarnya sesuatu sebaran umpama virus,Jakim sentiasa lakukan yg terbaik,untuk apa jakim di wujudkan jika kita sukar mahu percaya..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..SUMBER MAKANAN KESIHATAN DAN RAWATAN HABBATUS SAUDA SERTA MINYAK ZAITUN
Mereka buat kerja mereka. Pasti mereka dah buat sehabis baik.
Jadi, nak percaya atau tidak, terpulang kepada individu.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Tulis Entry & Menang iPhone 6
Terima kasih di atas perkongsian info. . Bagi saya senang sahaja. .. asalkan ada tanda halal jakim terdapat pada bungkusan produk, saya akan beli dan makan tanpa was was. . Sebab saya kena percaya dgn kerja yg dilakukan oleh kakitangan Jakim.. kalau ragu ragu barulah buat semakan di laman web Jakim untuk memastikan produk tersebut halal ataupun tidak. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Ramai yang lebih gemarkan khabar angin berbanding fakta.
Ramai juga yang mengambil sikap lepas tangan tentang status halal haram makanan yang mereka (dan anak-anak mereka) makan kepada kerajaan (JAKIM) semata-mata.
Sepatutnya kita sendiri siasat dulu apa yang kita nak makan (paling kurang, baca dan fahami ingredients), bukan semata-mata bergantung kepada logo halal atau khabar angin.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Indeks Persepsi Rasuah 2014: Keputusan Dan Ranking
isu cadbury tu aku rasa akan ambil masa untuk kembalikan keyakinan orang ramai…mas akan menentukan antara ia kembali di terima masyarakat atau berkubur begitu sahaja…isu halal di malaysia sebenarnya agak sensitif…walaupun adakalanya ramai yang tak faham tetapi sesaja nak buat kecoh dan tak tahu cerita dan fakta yang sebenar
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Bukan tak yakin dgn Cadbury ni… Jakim kata halal, maknanya halal lah… Tapi sebab sebelum ini meraguinya, maka orang ramai dah beralih ke produk lain…dan baru tau, produk lain juga sedap dan berkualiti maka bye2 le Cadbury
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Comments are closed.