Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semenjak kes status HALAL coklat cadbury menjadi begitu hangat bukan sahaja di Malaysia malah menjangkau ke Arab Saudi, Indonesia sehingga ke London, blog Denaihati terus dikunjungi pencari informasi halal haram makanan. Ramai juga pembaca yang mencari informasi status halal coklat pepero walaupun kes ini sudah diberi penjelasan oleh JAKIM.
[box type=”shadow”]Mohon Bantuan
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
[/box]
Ramai blogger telah menulis berita terkini status halal produk pepero antaranya blog Eyriqazz dengan entri bertajuk “status halal coklat pepero – jawapan balas dari Hj Ismail Group Langkawi” yang memberi penjelasan jawapan daripada wakil syarikat Hj Ismail Group, syarikat yang membawa masuk produk pepero di Langkawi. Blogger Shakiddo telah membuat penyelidikan dengan entri bertajuk “Pepero tiada sijil halal” iaitu penjelasan jawapan yang diterima daripada JAKIM melalui soalan beliau di FB JAKIM. Blogger Anarm menulis entri bertajuk “Status halal coklat pepero” yang memberi penjelasan dari Syarikat Lotte Confectionery iaitu syarikat yang mengeluarkan produk pepero.
Sebenarnya JAKIM sendiri telah membuat penjelasan berkenaan status produk pepero di website Halal Malaysia seperti berikut.
[box type=”shadow”]TIPS JANA INCOME KEDUA YG LUMAYAN
Tips jana income kedua dengan jual AISKRIM! Klik Sini
Panduan Pembuatan Dan Perniagaan BAKERI Dari Rumah. Klik Sini
Tips jana income dengan jual Air Balang Klik Sini[/box]
Khamis, 03 April 2014 00:31
Pengguna yang dihormati sekalian,
Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea.
Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.
Disediakan oleh:-
Unit Perhubungan Awam (PRO):
03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)
03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).
Semuga dengan entri ini pembaca yang mencari informasi tentang status halal coklat pepero mendapat jawapan yang jelas. Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal Jakim secara online. Jika kita yakin dengan penjelasan JAKIM untuk kes status halal coklat pepero jadi kita juga kena yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk lain termasuk status halal coklat cadbury.
Hal yang melibat hukum hakam terutama halal haram makanan mesti dinilai dengan ilmu bukan emosi contoh isu DNA babi dalam makanan yang menurut ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan. Mengulas pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah. Kesimpulannya bila ada isu jangan cepat emosi seperti ahli politik tetapi cari, korek dan gali segala ilmu kerana setiap masalah dalam Islam ada jawapannya samada dalam Al Quran, Hadith juga kitab pendapat alim ulama. Emosi lebih banyak dipengaruhi oleh syaitan bukan kebijaksanaan minda.
187 Comments
Sedapkah coklat Pepero ni?…nampak macam sedap saja…hehe… nanti mahu beli satu lah… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
sapa yang pernah makan coklat pepero ni angkat tangan! hehe…apa rasa coklat tu..sedap ke tak…selalu beli kit kat je..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
kita buat sendiri jer la pepero ni..senang ja..dah taw halal tak halal hasil air tangan sendiri kan
Curahan rasa adna2029 @ ..Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
Betul tu. Bolehlah cuba buat coklat pepero ni nanti. Kena cari resepinya terlebih dahulu ya. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
tak penah aku makan coklat pepero ni..apapun sebelum beli check jela kandungannya..paling penting check expiry date
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Samalah. Saya pun tak pernah lagi makan coklat pepero ni. Sebab susah nak jumpa coklat ini. Bila dah ada isu ni, terus tak ingin dah. Hee ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
walaupon dah keluar entry begini masih ramai lagi yang syok makan pepero nih..lg baik dorang ni mkn Cadbury ke guana?
Curahan rasa shamiera osment @ ..Cons Project Kuala Lumpur
Betul tu. Katanya kalau yakin, boleh makan. Masalahnya memang takde logo halal kot, nak yakin macam mana lagi kan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
ramai yang kata sedap dan dah pernah makan tapi tak berapa nak sedap tak kena dengan cita rasa
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Yeke tak sedap sis? Ramai yang kata pepero ini sangat sedap rasanya, saya tak pernah makan pepero ni lagi ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
Aku baru je makan produk nie petang tadi…. Sedap memang sedap…. Hemmm, aku yakin kan diri yg produk ni halal di makan…
Assalam,inginkan keterangan..tampa sijil halal dr JAKIM MALAYSIA..tp bleh dimakan la ni..??
Padahal banyak benda yg jakim bg sijil halal pun tak halal. Blerrrgh.
Alamak, tak pernah pula makan coklat yang ni tau. Apa pun, pendapat PG, jika bukan coklat sekalipun, jika hati kita terdetik ada rasa was-was tentang sesuatu produk, maka elakkan lah untuk menggunakannya atau memakannya. Ada juga produk kecantikan yang tidak halal kan. Jadi, kita berbalik pada hati naluri kita sendiri. Was-was, maka jauhkan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Setuju! Kalau rasa was-was tentang sesuatu tu, sebaiknya kita elakkan sajalah kan. Kalau rasa yakin, makanlah. 🙂
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
Korang ingat takde sijil halal tu haram tengok kandungan nye macam cadburry tu halal tapi bile tengok kandungan die ade babi macam coklat ni takde halal mungkin kandungan die tak bende yang kurang menyenangkan
ramai yang cakap sedap tetiba tringin plak nak rasa pepero ni mana nak dapat ye? saya tak pernah tengok orang jual pepero
Rasanya ada orang jual kat Facebook kot coklat pepero ni. Cuma harga agak mahal sikitlah kalau beli secara online. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
Saya sebenarnya tak pernah jumpa dan tahu pasal coklat pepero ni. Apa keistimewaannya sehinggakan disukai ramai? Belilah produk buatan bumiputera yang sudah pasti terjamin halalnya… Dapat juga membantu ekonomi umat Islam.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
macam-macam produk di jual sekarang nie kena selalu terjah web site JAKIm la kan..takut pulak nak mkn..tp ada ja orang beli produk pepero ni untuk di buat kudapan..
Curahan rasa adna2029 @ ..A Day to Remember, Happy Malaysia Day!
jika JAKIM sudah sah kan,usah di ragukan lagi,kalau bab makan coklat ni saya lebih suka coklat kurma iaitu kurma di salut coklat,jika nak makan coklat semata tu tgk keadaan..apa yang penting jika JAKIM telah sahkan maka,kita wajar yakininya.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Biskut Galleta Terlaris Di Pasaran
Comments are closed.