Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semenjak kes status HALAL coklat cadbury menjadi begitu hangat bukan sahaja di Malaysia malah menjangkau ke Arab Saudi, Indonesia sehingga ke London, blog Denaihati terus dikunjungi pencari informasi halal haram makanan. Ramai juga pembaca yang mencari informasi status halal coklat pepero walaupun kes ini sudah diberi penjelasan oleh JAKIM.
[box type=”shadow”]Mohon Bantuan
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
[/box]
Ramai blogger telah menulis berita terkini status halal produk pepero antaranya blog Eyriqazz dengan entri bertajuk “status halal coklat pepero – jawapan balas dari Hj Ismail Group Langkawi” yang memberi penjelasan jawapan daripada wakil syarikat Hj Ismail Group, syarikat yang membawa masuk produk pepero di Langkawi. Blogger Shakiddo telah membuat penyelidikan dengan entri bertajuk “Pepero tiada sijil halal” iaitu penjelasan jawapan yang diterima daripada JAKIM melalui soalan beliau di FB JAKIM. Blogger Anarm menulis entri bertajuk “Status halal coklat pepero” yang memberi penjelasan dari Syarikat Lotte Confectionery iaitu syarikat yang mengeluarkan produk pepero.
Sebenarnya JAKIM sendiri telah membuat penjelasan berkenaan status produk pepero di website Halal Malaysia seperti berikut.
[box type=”shadow”]TIPS JANA INCOME KEDUA YG LUMAYAN
Tips jana income kedua dengan jual AISKRIM! Klik Sini
Panduan Pembuatan Dan Perniagaan BAKERI Dari Rumah. Klik Sini
Tips jana income dengan jual Air Balang Klik Sini[/box]
Khamis, 03 April 2014 00:31
Pengguna yang dihormati sekalian,
Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea.
Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.
Disediakan oleh:-
Unit Perhubungan Awam (PRO):
03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)
03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).
Semuga dengan entri ini pembaca yang mencari informasi tentang status halal coklat pepero mendapat jawapan yang jelas. Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal Jakim secara online. Jika kita yakin dengan penjelasan JAKIM untuk kes status halal coklat pepero jadi kita juga kena yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk lain termasuk status halal coklat cadbury.
Hal yang melibat hukum hakam terutama halal haram makanan mesti dinilai dengan ilmu bukan emosi contoh isu DNA babi dalam makanan yang menurut ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan. Mengulas pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah. Kesimpulannya bila ada isu jangan cepat emosi seperti ahli politik tetapi cari, korek dan gali segala ilmu kerana setiap masalah dalam Islam ada jawapannya samada dalam Al Quran, Hadith juga kitab pendapat alim ulama. Emosi lebih banyak dipengaruhi oleh syaitan bukan kebijaksanaan minda.
187 Comments
Setakat ini saya belum pernah lagi makan coklat pepero ini. Cuma pernah tengok orang post kat Instagram je. Yang penting, sebelum kita nak beli sesuatu tu, kena pastikan dulu tanda halalnya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..OST Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
isu timbul bila pihak yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu perkembangan secara meluas melalui media massa. Kebanyakkan hanya akan disahkan jika ada isu yang ditimbulkan bukan sebelum isu timbul
Curahan rasa kizmyself @ ..This Is Kuala Pilah Legend
Setakat ni saya tak pernah lagi rasa yang produk ni kalau tak silap saya atau mungkin dah terlupa. Yang penting kalau nak makan kena sentiasa berjaga-jaga dan pastikan ada halal.
Curahan rasa adarain @ ..Keluaran Terbaik Samsung : Galaxy Note 4
sekarang ni nak membeli makanan haruslah berhati hati, check betul betul status halalnya..
saya tak pernah makan pepero seumur hidup..hihihi..jadi x perlulah risau.. 🙂
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Samalah kita Nurul Aina. Pernah teringin nak makan coklat pepero ni cuma susah nak didapati di tempat saya ni. Tetapi bila isu ini timbul, terus tak ingin nak beli dah. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..OST Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
isi halal coklat pepero ni memang femes sangat. Sampai wawa nak beli pun rasa was-was sebab tak ada tanda halal. Better tak payah beli kalau perasaan rasa was-was atau tak ada logo halal jakim. Sekarang, macam-macam makanan pelik dijual.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Maaf kesilapan saya dalam menaip, pembaikian *isu halal coklat pepero
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
sebelum membeli barang makanan kena check dulu status. kalau tiada cop halal dan dikhuatiri tidak halal better jangan beli.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
satu lagi coklat yang dikhuatiri status halalnya. sedap dan cukup terkenal di langkawi
Status pepero sama dengan famous amos….. tiada sijil halal…lepas ni, yang mana x halal wajib letak logo xhalal….kan senang sikit…
(Ekekekekekeke….sesuka ati je aku ni bg cadangan…)
famous amous takde sijil halal ke? tak tahu pulak sebab biskut ni mmg femes
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Segala kebaikan dan kemudaratan adalah tanggungjawab diri kita sendiri
Sama sama kita cari manfaat dengan berpandukan ilmu yang sahih
Curahan rasa Hasnul Mutawif @ ..Hukum Umrah Tidak Wajib Pergi ?
Tak pernah makan, tapi kalau dah secara rasmi diwartakan tak halal, baik jangan teruskan
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
Samalah. Alhamdulillah, tak pernah termakan. Harap yang masuk ke mulut kita semuanya baik.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
tu lah. banyak sangat makanan yang meragukan dekat kedai. harap harap apa yang masuk dalam mulut kite halal semuanya
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Memamng menyedihkan bila kita marah mebuta tuli tanpa sebarang usul periksa
Kita mesti lebih matang dalam isu ini
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Beli Tudung Labuh Koshibo Dari Kota Kinabalu
Tak pernah makan jugak. pelik jugak pepero ni menjadi viral dan kegemaran orang ramai sekarang.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
banyak lagi pilihan coklat dipasaran. tapi itu lah taksedap macam yang ni..
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
pernah makan sekali je pepero ni. lepas keluar isu status halal terus tak makan. takut
kalau ragu-ragu dengan status halal sesuatu tu lebih baik kite tinggalkan
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
slalu akn cek ingredient by google.. kalo ade ingredient yg was2 so mmg akn stop utk gna barg itu.
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
saya pun kalau ada nampak kandungan yang meragukan, lebih rela tak ambik
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Tu la.. Saya pernah tengok kat Aeon Taman maluri, coklat ni diletakkan di bahagian yang tidak halal..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Penjimatan Berganda dengan PricePanda Malaysia
benda mcm ni tak boleh ambik mudah. kena hati2
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
Langkah yang baik untuk pelanggan Islam menentukan pilihan barangan.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
bagus jugak die letak terus tempat tak halal. tak adalah orang islam yang nak ambil di bahagian tersebut
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Hmmm, saya tak pernah dengar jenama Pepero ni. Semakin merisaukan apabila banyak produk makanan yang tiada sijil halal JAKIM yang sah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Jenama ni memang femes sekarang bro. Tapi sayang ramai yang beli tanpa tahu halal haram produk ini..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Penjimatan Berganda dengan PricePanda Malaysia
Hmmm, baiklah, saya akan search fasal coklat ni. Saya dah tak ingat bila kali terakhir saya makan coklat lepas fenomena Cadbury dulu tu. :v
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
sama lah. dah tak makan coklat sejak kes cadbury dulu
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
bagi saya, mereka lebih kepada trend. bila pepero tu tengah hot, semue orang nak makan pepero.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
makin banyak produk yg xde sijil halal masuk malaysia. kena berhati hati
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
Yup. Susah kalau tak ada logo halal Jakim. Takut was was.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
logo jakim pun ada yang nak tiru. boleh beza logo jakim yang betul dengan yang fake
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
produk luar nak mendapatkan sijil halal dari jakim kene melalui process yang panjang.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Saya rasa ramai yang masih tak ambil kisah pasal halal haram makanan ni. mungkin sebab rasa duduk dalam Malaysia ni, semua benda halal. seingat saya, tak pernah lagi makan pepero ni. tapi, saya tengok ramai kawan-kawan yang post gambar dan status betapa sedapnya pepero ini. pada saya, pepero ni sedap bermusim. waktu tengah hot, semue orang nak makan. nanti-nanti, dah tak glamor, orang beralih pada makanan hot yang lain pulak.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Bila ambil mudah sesuatu pekara tu yang susah tuh. Tak berapa kisah apa yang masuk dalam perut
Curahan rasa amirnawawi @ ..Pengalaman Bersama Nuffnang
betul. mereka lebih suka ikut rasa dari ikut halal haram.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Harap-harap lepas ni coklat yang akan datang tak ada unsur was-was lagi dah kan.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
harap-harap nya begitu la. kite kene jaga pemakanan kite untuk mendapatkan hati yang bersih
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Comments are closed.