Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, antara keyword utama yang sampai ke blog Denaihati pada tahun 2013 adalah “Halal Jakim“. Secara tidak lansung cerita status Halal dan Haram makanan di Malaysia sudah menjadi sebahagian dari niche blog Denaihati. Itulah kekadang niche blog boleh ditentukan oleh pembaca dan Google berdasarkan sesebuah entri yang tertulis di blog pada suatu masa dahulu.
Setiap kali ada isu terbaru status halal haram sesuatu jenis makanan pasti blog ini akan menjadi perhatian seperti sebelum ini kisah “Isu Kod E472e Produk Kopiko” dan “Status Halal Coklat Pepero“. Untuk menjadi Blogger yang bertanggungjawab kepada masyarakat jadi aku tidak ada pilihan selain daripada berkongsi maklmut terkini isu semasa tentang status halal makanan terkini. Isu terkini adalah status halal Coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan status positif mengandungi DNA lemak babi.
Dari awal aku telah menerima whatsapp laporan status coklat Cadbury Diary Milk dengan lampiran surat dari KKM tetapi seperti biasa aku tidak mahu menyebarkan tanpa pengesahan sebab banyak sangat berita yang meragukan tersebar di sosial media sebelum ini sehingga menimbulkan keraguan status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Alhamdulillah pihak Cadbury Dairy Milk telah memberi maklumbalas dengan isu yang meresahkan pengguna Islam.
Penjelasan Isu Status Halal Coklat Cadbury Diary Milk Hazelnut dan Buah Badam
Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.
Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.
Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.
Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.
Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury. – Sumber
Berdasarkan penjelasan dari Cadbury Dairy Milk hanya Coklat Cadbury Hazelnut nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014 dan Coklat Cadbury Buah Badam nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015 sahaja yang terlibat dengan isu kesan positif DNA lemak babi.
[box type=”shadow”]Kenyataan status halal coklat Cadbury terkini oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan’. Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’. Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan. Umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah. – Sumber [/box]
Kerosakan nama baik Cadbury Milk sudah berlaku pasti sukar untuk dipulihkan. Ramai yang telah menyebarkan berita dan pasti tidak ramai yang rajin nak baca penjelasan dari Cadbury. Isteri aku pun marah kerana produk Malaysia ada masalah macam ini. Bagi aku orang Islam kena marah diri sendiri kerana sangat bergantung kepada orang bukan Islam untuk menghasilkan produk Halal. Ingat bukan Islam tidak akan pernah berpuas hati selagi kita mengucap kalimah ALLAH jadi salah satu yang dirosakan adalah makanan. Mungkin bukan pengurusan Cadbury Dairy Milk yang buat tetapi ada tangan-tangan jahat yang sentiasa berusaha merosakan Islam.
[box type=”shadow”]Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya. – Surah Al Ma’idah ayat 4 [/box]
Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal di Jakim secara online.
[box type=”shadow”]Penjelasan JAKIM isu status halal terkini coklat cadbury
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ujian Jabatan Kimia ke atas sampel dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd menunjukkan ia tidak mengandungi DNA babi seperti didakwa sebelum ini. Ujian dibuat ke atas sampel dari dua kelompok produk coklat dengan kacang hazel dan juga sampel dari satu kelompok produk coklat susu dengan buah badam keluaran syarikat tersebut. Sementara itu, laporan Berita Harian yang memetik satu lagi kenyataan Jamil Khir menyebut, analisis oleh Kementerian Kesihatan yang menyimpulkan bahawa ia mengandungi DNA babi melibatkan sampel yang tercemar. Sampel tersebut dikatakan tidak diambil terus daripada kilang syarikat Cadbury Confectionary, katanya seperti dipetik dalam lapor Berita Harian Online. – Sumber [/box]
192 Comments
tunggu setiap isu berbangkit melalui pengesahan penguasa yang berkaitan. Media sosial terlalu berlumba untuk menjadi orang pertama sampaikan berita atau isu
Curahan rasa kizmyself @ ..This Is Kuala Pilah Legend
Ya. Apabila isu yang tidak dipastikan dengan teliti, ia boleh mendatangkan lebih banyak keburukkan dari kebaikkan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Sejak keluar isi halal coklat cadbury ni, terus wawa dah tak beli. was-was juga kalau nak makan. Sepatutnya orang islam dah mulakan langkah baru untuk menghasilkan produk sendiri. Sekurang-kurangnya kita tidaklah bergantung sangat dengan makanan luar yang belum tentu halal.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Mungkin orang kita sendiri tak nak beli keluaran Islam atas beberapa faktor seperti harganya yang mahal sedikit dari produk lain. Apa-apa pun moga akan wujud lebih banyak produk Islam agar isu sebegini tidak berlaku.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Betul juga ya. Sepatutnya orang Islam hasilkan produk halal sendiri, bukan mengharapkan orang bukan Islam
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
masih belum mkn lagi cadbury lps berita yg mengejutkan tu.. huhu..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Jadi sekarang bagaimana status terkini produk ini? Dengar kata dh totally halal dah..
Curahan rasa amirnawawi @ ..AnCasa Royale : Hotel Pertama di Pekan Pahang Bertaraf 4 Bintang
Selepas ini kena berhati-hati sebelum makan, pastikan tiada perasaan was-was atau keraguan terhadap kehalalannya.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Dah tak beli dan makan Cadbury sejak kes ni tersebar. Lebih baik elakkan yang syubhah.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Ya. Mengambil jalan selamat agar kita tak termakan makanan yang mangandungi bahan-bahan yang tidak halal.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Dengan sering membaca di internet, banyak berita yang kita dapatkan. Berbagai perkembangan dunia saat ini bisa kita ketahui. Nah selamat membaca untuk rekan-rekan semua.
Curahan rasa Obat Kencing Manis @ ..Pengobatan Kencing Manis
Daripada apa yang saya faham … kemungkinan besar coklat C itu adalah produk import … itu sebab Kementerian Kesihatan yang periksa, sbb produk2 import memang akan diuji oleh kementerian kesihatan. Ia satu kemungkinan sahaja.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Hukum Hudud Tanya Artis?
perkongsian yang bagus,bernas dan bermanfaat sekali untuk umat islam,,
Curahan rasa Farid Laham @ ..Beraksi DI Clora Studio
apabila kenyataan tentang dna babi ini dibuat oleh pihak jakim, memang sukar masyarakat umum terima .sekajap halal sekejap haram
Curahan rasa faizal @ ..5 Pantang Larang Dalam Penyusuan Susu Ibu
macam biskut, sekejap ada sekejap ak ada
Curahan rasa KelipKelip @ ..Cara Mendaftar Dan Memohon Rumah PR1MA 1Malaysia Online
Ya betul. Keyakinan pelanggan terutamanya umat Islam untuk membeli pun menjadi teragak-agak.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
mereka kata, sample ambik dari pasaran tercemar, dari kilang xtercemar..tp yg dok makan adalah dibeli dari pasaran. camne 2..sbg pengguna, kita xbeli dari kilang.huhu..cuma pelik, cmne tercemar seandainya dah dibungkus dengan elok..
macam2 alasan boleh bagi, tapi isu ni dah sangat menjejaskan pasaran colkat berkenaan, jadi cepat2 kena counter balik, kalu tak nanti rugi besar, umat Islam harus sedar mereka merupakan KUASA PASARAN yang kuat, sepatutnya mereka yg boleh menentukan harga pasaran
Curahan rasa KelipKelip @ ..Cara Mendaftar Dan Memohon Rumah PR1MA 1Malaysia Online
Comments are closed.