SOP dan mekanisme penghantaran jemaah umrah November ini – Ahmad Marzuk

KOTA BHARU: Kerajaan akan memuktamadkan keputusan mengenai kuota, prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme penghantaran jemaah Malaysia mengerjakan umrah, November ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata perkara berkenaan akan dibincangkan dengan mendalam susulan kebenaran kuota 100,000 jemaah sehari oleh kerajaan Arab Saudi.

“Kerajaan pada hujung tahun ini akan memutuskannya… saya difahamkan bulan 11 final tentang bagaimana mekanisme untuk menghantar jemaah umrah… termasuk mengizinkan pihak tertentu menjalankan operasi bawa jemaah.

“Kuota bergantung kepada Arab Saudi… kalau dah bagi 100,000 sehari… itu jumlah besar dan kita akan mematuhi apa yang dtetapkan oleh Arab Saudi, barangkali ada pecahan untuk Asia dan itulah yang kita akan bincangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berhubung kapasiti harian bagi jemaah umrah yang dinaikkan kepada 100,000 bermula 1 Oktober lalu.

Selain itu bilangan had solat fardhu berjemaah di masjid juga dinaikkan kepada 60,000 orang pada satu-satu masa.

Ahmad Marzuk ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kota Bharu di sini pada Ahad.

Sumber: Awani

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!