Dr. Zulkifli: Tidak ada pengumuman rasmi kebenaran menunaikan umrah

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Musim haji baru sahaja selesai baru-baru ini dan hanya yang terpilih sahaja yang dapat laksanakan haji di tanah suci Mekah.

BACA: Ibadah Haji tahun ini dibenarkan untuk umat Islam di Arab Saudi sahaja

Sehubungan itu, jika di ikutkan tahun-tahun sebelum ini, apabila selesai sahaja musim haji, ramai orang dari seluruh negara akan datang ambil peluang untuk menunaikan umrah.

Walaubagaimana pun, Tiada sebarang pengumuman rasmi dari Kerajaan Arab Saudi berhubung kebenaran menunaikan umrah setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata perkara itu disentuh beliau dalam pertemuannya dengan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussein Saeed Qattan, empat hari lepas.

“Saya bertemu dengan Duta Arab Saudi lebih kurang empat hari lepas, saya ada utarakan, rasa-rasa bila (agaknya) visa umrah secara rasmi dibuka, dan beliau nyatakan setakat ini tidak ada pengumuman rasmi mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa ‘Sehati Sejiwa’ 2020 di sini, hari ini.

Mengenai program berkenaan, Zulkifli berkata ia merupakan projek perintis sebagai sebahagian daripada insiatif bagi mengurangkan kadar penceraian dalam negara.

Kursus yang dihadiri 15 pasangan suami isteri itu diadakan khusus bagi memantapkan ilmu dan pengetahuan peserta ke arah mengukuhkan keharmonian rumah tangga bagi mendepani pelbagai cabaran kehidupan termasuk ujian pandemik COVID-19.

Sumber: BERNAMA


Spread the love

One Comment

  1. Untuk tahun ini bersabarlah. Tahun depan boleh pergi bagi mereka yang berniat untuk pergi. Cuma yang tidak sabar mungkin pengendali pakej umrah ini. Ini sumber kewangan kepada mereka.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!