COVID-19: Perlu dos penggalak, kadar imuniti badan mungkin berkurang – Dr Annuar

SIBU: Akhir-akhir ini, Sarawak mencatatkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 harian mendadak, malah menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi di Malaysia, selain Selangor.

Menurut Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapaee, hal ini disebabkan oleh varian Delta yang sangat mudah merebak dan kemungkinan kadar imuniti badan yang berkurang setelah divaksin.

Ini kerana, Sarawak merupakan negeri yang terawal menerima vaksinasi di negara ini.

Annuar berpendapat, suntikan dos penggalak (booster shot) adalah diperlukan bagi meningkatkan lagi kadar imuniti badan seseorang terhadap jangkitan COVID-19.

“Saya dah beri penjelasan, pertama, ia disebabkan oleh varian Delta. Kedua, seperti yang dikatakan Menteri Kesihatan, mungkin imuniti tubuh kita berkurangan selepas suntikan vaksin.

“Sebab, kita dahulu yang pertama selesai memberi suntikan (vaksin). Kerana itu, secara peribadi, saya selalu menekankan, kita perlukan dos penggalak,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, jelas Annuar, semuanya terletak di tangan pakar untuk membuat keputusan bagi menentukan jenis dos penggalak yang bakal digunakan.

Tambahnya, meskipun beliau sering menekankan agar tidak terlalu fokus kepada jumlah kes harian, sebaliknya turut mempertimbangkan parameter lain, namun jumlah itu penting bagi mengetahui sejauh mana jangkitan COVID-19 terhadap komuniti.

Mengulas mengenai kes COVID-19 di bandar ini, Annuar berkata, kebanyakan kes yang dicatatkan adalah jangkitan dalam kategori 1 dan 2.

Sementara itu, kes di kategori 3 sangat minimal manakala kes kategori 4 dan 5 tiada langsung selama enam hari berturut-turut, iaitu daripada 12 hingga 17 September.

Baca: Vaksin COVID-19: Pharmaniaga sudah bersedia untuk PICK Remaja

Sumber: Awani

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!