SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, angin satu badan bila gajet smartTAG baru buat hal lagi. Bulan lepas sangkut kat lorong smartTAG exit keluar UPM dan exit keluar Kajang, di digital board lorong smartTAG keluar perkataan “tiada smartTAG” sedang terpacak smartTAG kat cermin depan kereta, baki pun ada banyak lagi. Pertugas rumah TOL Kajang cakap mungkin bateri dah low tapi bila aku periksa masih bertanda HIGH. Aku ada kongsikan masalah ini di status Facebook, rupanya ramai yang beri maklumbalas menghadapi masalah yang sama. Ada yang cadangkan aku pergi kaunter PLUS minta tukar gajet baru.

gambar smartTAG baru

Semalam jadi lagi masalah yang sama di dua rumah TOL lebuhraya LATAR balik dari Sabak Bernam. Bukan aku sahaja ada masalah di lorong smartTAG highway LATAR tetapi ramai pemandu lain yang senasib dengan aku dan semuanya menggunakan smartTAG baru. Bukan setakat di rumah TOL highway LATAR, di rumah TOL Guthrie nak masuk ke PLUS highway pun tersangkut lagi dengan masalah yang sama “tiada smartTAG”. Mak Datin sebelah aku yang bawa kereta Audi pun senasib dengan aku. Pertugas TOL datang bantu dan dia kata sebab bateri lemah tapi aku balas balik aku dah periksa bateri banyak lagi. Rupanya masalahnya bateri longgar yang menyebabkan smartTAG tidak berfungsi jadi alat pengesan tidak dapat mengesan kehadiran smartTAG.

gambar bateri smartTAG baru

Masalah ini bukan masalah aku seorang tetapi masalah semua mengguna smartTAG baru. Kepada pihak pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go tolong ambil tindakan sebelum ada pengguna yang baling smartTAG kat muka CEO anda. Aku harap pihak PLUS highway dan Touch ‘n Go bertindak segara dengan menarik balik semua penggunaan smartTAG  baru yang telah dijual dengan menganti smartTAG lain yang berkualiti. Setakat minta pengguna pergi kaunter tukar baru dan dapat semula smartTAG yang ada masalah bateri tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau TOYOTA, HONDA dan banyak lagi syarikat boleh tarik balik produk yang ada masalah kenapa tidak Touch ‘n Go.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia PayPal Untuk Perniagaan Online. Klik Sini

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik Sini

Panduan Lengkap Temuduga. Klik Sini[/box]

Kami pengguna yang sudah membayar RM120 dan top up duit setiap kali hendak menggunakan smartTAG inginkan perkhidmatan yang bagus tidak mahu lagi ada masalah di lorong smartTAG sehingga kena hon oleh pemandu lain yang tidak faham masalah yang berlaku. Kalau kami yang menggunakan smartTAG terpaksa mengundurkan kereta untuk masuk ke lorong Touch ‘n Go kemudian kena maki dengan pemandu lain hanya kerana smarTAG tidak berfungsi memang tidak berbaloi sebab kami sudah bagi banyak duit in advance kepada PLUS highway dan Touch ‘n Go.  Tolong ya Lembaga Lebuh RayaPLUS highway dan Touch ‘n Go jangan buat bodoh dengan masalah pengguna.

smartTAG baru komplen dari pengguna

smartTAG baru komplen dari pengguna

Ini sebahagian dari komen rakan-rakan Facebook ada beratus lagi komen tentang smartTAG baru di SINI jadi aku bukan keseorangan menghadapi masalah ini.

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

SmartTAG baru harap je cantik kecil molek tapi banyak masalah lebih baik guna yang lama besar gedabak tapi jarang ada masalah. Kepada semua pengguna yang ada masalah dengan smartTAG mari kita Viralkan di Facebook sebagai tanda protes dengan produk yang bermasalah dan rendah kualiti sehingga pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go mengambil tindakan.


Spread the love

236 Comments

  1. Assalamualaikum………..malu nyaaaaaaaaaa kalau tersangkut orang lain beranggapan yg kita ni kehabisan duit:((……

  2. betul betul memang masalah,,,,,,,tak kasi duit masalah,,,,, kasi duit pun masalah,,,,,,yg dpt dan bagi kontrak buat smart tag tak de masalah,,,masukkkkkk

  3. assalamualaikum..just agree tntang apa yg diperkatakan..sy pun dh bnyak kali mengalami benda yg sama..malu sangat rasa..macam kita ni x tau guna ke apa bila org pndang semacam and pernah orang belaknag sampai hon..please la..ambil perhatian benda ni..

  4. Yang aku pny bli x smpai sthun lg..,skrin digital xkuar nmbor…Klau kete 2 aku sorg yg bwak xde mslah..,blh thu bakiny ada brape…Mslah btul la smart tag yg bru ni…

  5. Aku tengok semenjak 2 menjak kebelakangan nie PLUS betul betul bangang , bebal, tongong dan yg seangkatan dengannyer. Bab cekik wet laju kedepan, tapi kualiti perkhidmatan lak cam sial!!!! Dulu sebuah smart tag berharga hanya RM100 jer, skang berharga RM120, tambah mahal, tetapi kualitinyer cam barang karung guni!!!!! Jangan jangan tukang belinyer dapat harga murah, tapi claim kat PLUS berganda ganda, ptui ptui ptui………

  6. kadang kadang kelakar jugak tengok keadaan macamtu. kita ingat diorang zuuupppp laju je bawak keta nak langgar tol. maklum lah. boleh detect. tapi yang jadi kelakar bia da sampai tol kena bawak slow pulak,. padahal smart tag dicipta untuk mempercepatkan.
    Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..BAHASA MELAYU BAHASA MUNDURMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!