SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, angin satu badan bila gajet smartTAG baru buat hal lagi. Bulan lepas sangkut kat lorong smartTAG exit keluar UPM dan exit keluar Kajang, di digital board lorong smartTAG keluar perkataan “tiada smartTAG” sedang terpacak smartTAG kat cermin depan kereta, baki pun ada banyak lagi. Pertugas rumah TOL Kajang cakap mungkin bateri dah low tapi bila aku periksa masih bertanda HIGH. Aku ada kongsikan masalah ini di status Facebook, rupanya ramai yang beri maklumbalas menghadapi masalah yang sama. Ada yang cadangkan aku pergi kaunter PLUS minta tukar gajet baru.

gambar smartTAG baru

Semalam jadi lagi masalah yang sama di dua rumah TOL lebuhraya LATAR balik dari Sabak Bernam. Bukan aku sahaja ada masalah di lorong smartTAG highway LATAR tetapi ramai pemandu lain yang senasib dengan aku dan semuanya menggunakan smartTAG baru. Bukan setakat di rumah TOL highway LATAR, di rumah TOL Guthrie nak masuk ke PLUS highway pun tersangkut lagi dengan masalah yang sama “tiada smartTAG”. Mak Datin sebelah aku yang bawa kereta Audi pun senasib dengan aku. Pertugas TOL datang bantu dan dia kata sebab bateri lemah tapi aku balas balik aku dah periksa bateri banyak lagi. Rupanya masalahnya bateri longgar yang menyebabkan smartTAG tidak berfungsi jadi alat pengesan tidak dapat mengesan kehadiran smartTAG.

gambar bateri smartTAG baru

Masalah ini bukan masalah aku seorang tetapi masalah semua mengguna smartTAG baru. Kepada pihak pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go tolong ambil tindakan sebelum ada pengguna yang baling smartTAG kat muka CEO anda. Aku harap pihak PLUS highway dan Touch ‘n Go bertindak segara dengan menarik balik semua penggunaan smartTAG  baru yang telah dijual dengan menganti smartTAG lain yang berkualiti. Setakat minta pengguna pergi kaunter tukar baru dan dapat semula smartTAG yang ada masalah bateri tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau TOYOTA, HONDA dan banyak lagi syarikat boleh tarik balik produk yang ada masalah kenapa tidak Touch ‘n Go.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia PayPal Untuk Perniagaan Online. Klik Sini

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik Sini

Panduan Lengkap Temuduga. Klik Sini[/box]

Kami pengguna yang sudah membayar RM120 dan top up duit setiap kali hendak menggunakan smartTAG inginkan perkhidmatan yang bagus tidak mahu lagi ada masalah di lorong smartTAG sehingga kena hon oleh pemandu lain yang tidak faham masalah yang berlaku. Kalau kami yang menggunakan smartTAG terpaksa mengundurkan kereta untuk masuk ke lorong Touch ‘n Go kemudian kena maki dengan pemandu lain hanya kerana smarTAG tidak berfungsi memang tidak berbaloi sebab kami sudah bagi banyak duit in advance kepada PLUS highway dan Touch ‘n Go.  Tolong ya Lembaga Lebuh RayaPLUS highway dan Touch ‘n Go jangan buat bodoh dengan masalah pengguna.

smartTAG baru komplen dari pengguna

smartTAG baru komplen dari pengguna

Ini sebahagian dari komen rakan-rakan Facebook ada beratus lagi komen tentang smartTAG baru di SINI jadi aku bukan keseorangan menghadapi masalah ini.

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

SmartTAG baru harap je cantik kecil molek tapi banyak masalah lebih baik guna yang lama besar gedabak tapi jarang ada masalah. Kepada semua pengguna yang ada masalah dengan smartTAG mari kita Viralkan di Facebook sebagai tanda protes dengan produk yang bermasalah dan rendah kualiti sehingga pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go mengambil tindakan.


Spread the love

236 Comments

  1. yup! same experience…”tiada smartTAG” only after 1 week. siap tukar bateri mahal lagi….rupa-rupanya bateri longgar…siot betul laaaa………

  2. Yes agree..new smart tag is a lousy material compared to those old type. Cheap made in China.

  3. PERNAH KENA DISMART TAG HIGHWAY ‘LEKAS’ DARI SEREMBAN KE KUALA LUMPUR. PERJALAN JADI LEBIH BESERABUT MENYAKITKAN HATI BILA PETUGAS-PETUGAS ASYIK MEMERHATI DAN TIDAK MEMBERI SEBARANG BANTUAN. AKHIRANYA MEBERI ALASAN BATTERY ROSAK SEDANGKAN BARU DUA HARI DIGANTI.PETUGAS BANYAK CAKAP DARI MEMBANTU……NAK LEKAS JADI LAMBAT .

  4. Sy pernah kena tapi lagi mengarut…rm50 hilang dr smart tag…kisahnya pd masa tu sblm balik kampung di port dickson, sy telah top up rm50 di petronas seksyen 15 bangi…seperti biasa sy akan check jumlah sblum memulakan perjalanan… jumlah ada rm50 lebih ( x ingat brapa lebih)… masuk tol bangi, jumlah masih sama…kemudian smpai kluar tol port dickson, telah pun tertolak rm5.70. Kadar standard bangi-port dickson…masih ada baki rm40 lbih…dengan confident sy masuk pula tol highway teluk kemang yg kadar tolnya rm3.20…tapi apa yg mengejutkan, masuk je lorong smart tag, jumlah tertera di skrin adalah rm0…sy panggil pegawai bertugas n nyatakan masalah…dgn mudah, dia jwp sy tak top up lagi…padahal sy dh top up di bangi n jumlah tiada masalah shingga tol PD…

  5. saya pernah mengalami kejadian yang sama diplaza tol kulai.pada 15.11.14.smart tag x baca bagitahu duit dah abis.bila pergi office plus.kesalahan plus berlaku.bodohnya`sistem plus menyusahkan orang.

  6. masa mula2 saya baru beli smartag dulu selalu sangkut jgk. asyik keluar tiada smartag je. rupa2nya bila cek, bateri dia x attach betul2. saya selit dgn kertas baru ok then lepas tu xpernah ada masalah. Dah setahun saya pakai. xtukar2 lg bateri tu. selalu masalah smartag ni bateri die loose kot. kadang2 kita bwk kereta lalu jalan lopak2, mana la tau, kot2 die effect smartag tu.. mungkin..

  7. Pernah kena kat highway Senai-Desaru…
    masa tu masuk lorong SmartTag di Bandar Penawar…
    palang terbuka…
    jalan je la…
    then wife tegur…
    td masa sy tengok baki kad kat platform tu,dia tulis “tiada smarttag…”
    sy ckp camane camtu pulak,kenapa palang terbuka kalau tiada smarttag…
    rupanya betul…
    masa keluar tol Cahaya Baru,sy di cas Rm7.60,biasanya rm5.90 je…
    hampeh betulla…

      1. Mslh smart tag bkn mslh plus….smart tag adalah dbwh pgwsn touch n go sdri….plus xde kaitan….klu x puas ati ke ape blh trs g opis smart tag touch n go kt bangsar south…..hrp maklum….

        1. Takkan ceo plus jwb mcm tu je nk lepas tangan terus.. bkn kah touch n go mou dgn plus…klu x mcmna tngo blh guna d hway plus… itu kan tggwjb bersama compny… jgn bgi jwpn bodoh…plz.. svc kami byr bkn free… dh trima duit bgi la svc terbaik pd pelanggan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!