Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “misteri perempuan berkereta MPV Honda merah“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah betapa kebelakangnya sistem Celcom.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang bukanlah orang yang suka gunakan sosial media untuk berkongsi hal-hal negatif sebab ianya akan menyebarkan tenaga negatif kepada rakan-rakan follower, tak adil untuk mereka semua. Pernah buat cerita khidmat Astro dan Smarttag sebab dah melampau.
Cuma kali ini nak kongsi apa yang terfikir untuk jadikan lebih baik itu pun kalau syarikat Gergasi ini nak dengar rasa tidak puas hati mr Jack.
Baru-baru ini Abang upgrade pakej Celcom yang sudah guna lebih 5 tahun, dari pakej lama ke Celcom FIRST. Upgrade akaun utama maka semua empat sub line pun automatik kena upgrade. Silap Abang tak minta penjelasan dengan adik kaunter, maka semua pakej internet sub line terbatal.
Kami anak beranak memang pengguna tegar internet. Sebelum ini bila tak cukup internet kami beli extra quota. Kali ni bila anak yang di UKM nak tambah quota, tak lepas dan jadi pending sebab sistem sudah berubah.
Abang pergi kaunter untuk selesaikan isu pakej internet sub line yang terbatal. Adik kaunter kata tak ada pilihan memang kena upgrade ke Celcom First Gold sebab sistem pakej internet lama sudah tidak ada. Tak ada pilihan Abang kena upgrade sub line kepada Celcom First Gold. Tiga akaun tak ada masalah boleh buat secara automatik. Masalah menjelma pada akaun sub line yang ada pending order tak boleh nak upgrade. Adik kaunter minta Abang call Celcom Call Center.
Call 1111 terpaksa dengar promosi marketing seminit baru dapat bercakap dengan krew bertugas. Setelah Abang cerita apa yang berlaku, adik tu kata perlu masa 24 jam untuk selesai, Abang minta cakap dengan pengurus, selepas mendengar muzik seminit yang jawab supervisor bertugas, dia pun kata kena tunggu 24 jam sebab kena hantar kes ini kepada bahagian IT.
Abang kata saya dah lama sangat jadi pengguna Celcom, bil pun dah bayar beribu riban tak kan masalah pending order pun nak mintak programmer yang selesaikan. Lepas bertegang leher beberapa minit akhirnya supervisor tu kata dia usaha selesaikan dalam 2 jam. Selepas dua jam dia call kata dah selesai. Boleh pulak!
Keesokkannya dapat call dari Celcom agen kata akaun subline terlibat masih tak boleh upgrade, ada lagi order pending dan perlukan 24 jam lagi. Kali ini malas nak bertegang leher dengan krew Celcom, maafkan sahaja sambil fikir nak sambung lagi ke guna khidmat Celcom?
Ini bukan balasan rasmi dari Celcom tapi pandangan dari salah seoarang krew Celcom (Mungkin)
Biasanya … mmg akan ckp 24jam, walaupun 5minit dh settle.. kena ckp 24jam… bkan sergah ke tak sergah. sbb boleh jadi lmbt n cepat . kena ckp 24jam… cncel pending order boleh buat serta merta . Kalau call dkt hq pun dia soh tggu 24jam. And should be that staff ckp proses dalam masa 5minit paling lambat 24jam gitu. 24jam tu ckp je .. sama mcm pertukaran talian.. walaupun 1jam dh ok, kena ckp 1-7hari. Kalau ckp 1jam tp dlm 1 jam tu tk settle.. kang marah customer. Dftr baru.. walaupun 5minit settle.. kena ckp 1jam baru boleh pakai… walhal dh siap 5minit tadi. Mmg kena ckp mcm tu.. tkleh watpe. Tp system if tkde prob ok je.. laju je. Kemungkinan system prob ada 1% je .
Abang faham kalau kita daftar akaun baru perlu tunggu 2 jam atau 24 jam tapi ini kes beli extra quota internet yang merupakan produk Celcom. Sebagai orang biasa mesti terfikir tak kan nak cancel order perlu programmer yang uruskan sehingga perlu masa 24 jam.
Kenapa Celcom mesti takut untuk sediakan KPI yang lebih pantas contohnya kalau dua tahun dulu janji 24 jam sekarang sudah 2017 tak kan nak janji 24 jam juga. Mana keberanian dan kecanggihan sistem Celcom?
Ini antara maklum balas pembaca Denaihati
Nurmujahidah Ismail : Muja dah byk kali bagi peluang kat Celcom. Sentiasa hampa. Jadi stay ngn Digi sekarang walaupun kawasan rumah ni, Digi kejap ada kejap tak de. STILL BETTER THAN CELCOM.
Izzat Abd Razak : Sekadar berkongsi rasa, saya telah pusing merasai semua telco, sekurang2nya 3 bulan. Apabila Celcom giliran kedua sebelum ke Digi, saya sempat komen pada Celcom ttg kelemahan nya. Saya masuk ke Digi bersama 2 Sub number. Di Digi, saya minta 2 number sub saya tidak dijadikan sub, dia jadi prinsipal supaya mudah masa akan datang. Kemudian saya sendiri keluar DiGi (2 no. lg kekal, wife & mak) , bukan sebab xbagus, tapi kekangan ekonomi, saya pilih umobile postpaid, plan 28. X larat lagi, masuk hotlink prepaid,top up je la. Bila ok sikit ekonomi, masuk Celcom semula. Saya lihat ada sikit perubahan, tapi masih ketinggalan & mengabaikan penambahbaikan yang sepatutnya wajar. Saya beralih kepada DiGi semula. Walaupun bukanlah terbaik, tetapi Digi dilihat konsisten dengan perkhidmatan. Maxis tak larat mahal. Wallahua’lam. Pandangan peribadi.
Norazzah Nordin : Maaf tuan, saya dah lama ban Celcom. Kurang serasi & malas nak gaduh.
Cari ketenangan jiwa sendiri.Lynn Penang : Saya lama dh x guna celcom..dulu n laa pn kelentong..laa guna onexox & digi walaupn adakalanya sentap dgn coverage tp tetap puas hati dgn feedback n jarang laa nk kena sergah bru jalan kerja…kikikiki…laa rasa tenang jiwa
Abang memang tak kenal CEO Celcom jadi tak boleh lah nak tag.
Semuga urusan semua pengguna Malaysia dipermudahkan kerana kita sudah keluarkan banyak duit untuk membayar tetapi rungutan jarang didengar. Masa ni pengguna Malaysia kena terima apa sahaja yg disuap tapi suatu hari nanti semua ni akan berubah sebab dunia sedang berubah dengan pantas.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
200 Comments
Tak tau la nak pilih telco mana sekarang ni.. Selalu kalau masa promosi bukan main hebat lagi pakej2.. dan bila dah ramai dah beli simkad mereka, mula la tarik sikit2 pakej yang baik tu..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..5 Laman Terbaik Muat-Turun & Tonton Movie Online
itulah itu.
dah bertahun pakai celcom.
so far, memang ada masa ok..ada masa ko.
Curahan rasa titan @ ..Blogger tua.
Yang pasti tak akan pakai Tune Excel punya kan he he he.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Download Ebook Percuma Uber
tune excel pun ada hubung kait dengan Celcom..
susah juga nak lari jauh-jauh..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengajaran Dari 19 Penumpang Cedera Akibat Kemalangan
masa yang ko tu yang pening tu, kena ada urgent pulak…heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Kesusahan atau bencana adalah disebabkan apa yang kita lakukan
kalau ada KPI lebih mudah untuk menilai tahap prestasi dan mutu perkhidmatan mereka…
saya sangat mementingkan servis after sales
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengajaran Dari 19 Penumpang Cedera Akibat Kemalangan
Barang kali mereka lupa, syarikat gergasi juga boleh runtuh jika tak jaga pelanggan sedia ada.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Download Ebook Percuma Uber
saya dari hotlink ke xpax.. prepaid je. Setakat ni guna, belum ada masalah yang menyusahkan (belum sampai setahun pindah ke xpax), maybe sebab tak hardcore sangat guna internet kat luar.. banyak dok rumah buat keja… apapun kalau saya di tempat tuan… memang saya dah tukar ke telco lain
Curahan rasa imnajmi @ ..Tengok Bola di Stadium Darul Aman
Saya bermula dengan Celcom Xcel, kemudian guna Hotlink sampai sekarang. Dulu pakej starter RM98, hari ini RM10 sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Download Ebook Percuma Uber
Kalau ada peluang, tukar sahaja ke telco yang lain, tunggu lama lama pun belum tentu ada perubahan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bila Kali Terakhir Kau Bagi Duit Pada Mak Dan Ayah
baru bertukar ke Umobile bulan lepas. Servis & line ok tak banyak beza dari Celcom
Di sekitar rumah saya, Umobile amat menghampakan, liputan sangat teruk.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Download Ebook Percuma Uber
Sabar tuan.. saya pun dah lama tak jadi pengguna Celcom.. kali terakhir guna line celcome pada tahun 2011..
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat Blog
Jadi, dah lama tak ikuti perkembangan perkhidmatan Celcom… bila tuan share dalam blog ni barulah saya tahu..
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat Blog
Saya pengguna tegar Postpaid Digi sejak tahun 2006… Alhamdulillah… setakat ni servis tidak pernah mengecewakan..
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat Blog
Pada 2 tahun lepas saya cuba2 menggunakan prepaid onexox.. servis ok.. cuma agak leceh sebab nak guna data kena request dulu baru boleh guna..
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat Blog
Sekarang ni guna 2 simkad dalam satu smarphone.. postpaid Digi dan Prepaid onexox.. jadi tak ada lagi ada masalah dari segi penggunaan data dan untuk buat panggilan..
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat Blog
dah lama bertukar rupanya. guna 2 lain yg berbeza kira terbaiklah, boleh swith mana-mana yg baik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Penjelasan Tuan Guru Hj Hadi maksud pindaan Akta 355
Tak payah nak jadi setia sangat dengan syarikat telco ni
.
Kita bayar kan
.
Mana bagus kita tukar
.
Duit ditangan kita
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Panduan Makanan Terbaik untuk Kencing Manis 2017
bagus pendapat ni, saya pun ingat nak tukar juga line digi ni
Curahan rasa raihanah @ ..Selamatkan Buah Pinggang Dari Darah Tinggi
Kalau sayang nombor telefon dahulu, masih boleh kekalkan, bagitahu saja kedai telco untuk tolong buatkan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Download Ebook Percuma Uber
memang sayang nombor, pakai sejak zaman belajar universiti lagi. hajatnya memang nak tukar juga
Curahan rasa raihanah @ ..5 Patent Vivix Yang Anda Perlu Tahu
Saya pernah guna ketiga-tiga telco utama di Malaysia, iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Pada saya semuanya ada kekurangan. Tetapi sekarang masih setia dengan celcom.
Curahan rasa Perawat Islam @ ..Salah Faham Tentang Tangkal.
Saya kekal guna Tone Excel under Tune Talk. Jarang ada masalah . Cuma kat Korea hari tu pelik bila saja-saja nak test roaming tak lepas. Kat rumah apa apa guna wifi je jimat belanja. So far telco mana pun tak ada yang betul betul bagus.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Jom Tengok Apa Kelebihan Pocket Wifi Semasa Travel
Semoga permasalahannya cepat selesai dan aktivitas berselancar di duni maya bisa pulih lagi nggak ada gangguan lagi.
Curahan rasa ali afif @ ..Cerita Silat Mandarin Online : Seruling Sakti dan Rajawali Terbang 3 Tamat
saya berharap demikian supaya kerumitan yang dialami oleh tuan Denaihati dapat diselesaikan..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bersyukur Untuk Buka Pintu Rezeki
Banyak juga kawan yang merungut tentang kualiti servis syarikat-syarikat gergasi macam Celcom dan Maxis. Syukur sekarang banyak pilihan. Setakat nie saya masih setia dan selesa dengan UMobile. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Bahaya Penyakit Kencing Tikus | Apa Kita Boleh Buat Untuk Elak?
U mobile memang best. Ada kelemahan juga, tapi boleh maafkan sebab harga dia murah. Banyak feature free.
.
Tak macam celcom. Dah lah mahal. Lembap.
.
Tak hargai pelanggan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Panduan Makanan Terbaik untuk Kencing Manis 2017
saya pengguna setia celcom. makan duit tu pernah la.. mungkin satu hari nanti nak tukar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik The Fate Of The Furious
Pernah rasa Celcom, Maxis, Digi dan sekarang RedOne dan OneXOX. Celcom memang terbaik dari segi liputan tapi dari segi kualiti kadangkala menguji kesabaran juga. Digi pulak terbaik dari segi kualiti servis tapi masih ada masalah liputan terutama di kawasan kampung. Yang pastinya sekarang sudah banyak pilihan dan saya lebih selesa guna RedOne dan OneXOX dengan mengekalkan nombor lama.
Curahan rasa MOHD ADHA MOHD ZAIN @ ..Siaran MYTV di Dungun, Muadzam Shah dan Maran
tiada yang sempurna..apa yang penting kita rasa ia berbaloi dan tepat dengan keperluan kita..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bersyukur Untuk Buka Pintu Rezeki
kira mobile data belum ada yg terbaik, masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya… harap boleh baiki.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ghazal@Muar – Karnival kesenian dan kebudayaan Melayu
liputannya memang tak boleh lawan telco lain, balik kampung koman-koman pun ada lain hp walaupun internet takde.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri perempuan berkereta MPV Honda merah
saya company tanggung dan setakat ni tak aktif sangat facebook. blog x perlu sangat nak respon tang tu jugak.. suatu hari nak berniaga guna facebook kena fikir la mcm mana kalu line slow akan masalah la
Curahan rasa nikrohayu @ ..Rasa Diri Berguna : Slot Pesona D’Zahra
Comments are closed.