Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “misteri perempuan berkereta MPV Honda merah“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah betapa kebelakangnya sistem Celcom.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang bukanlah orang yang suka gunakan sosial media untuk berkongsi hal-hal negatif sebab ianya akan menyebarkan tenaga negatif kepada rakan-rakan follower, tak adil untuk mereka semua. Pernah buat cerita khidmat Astro dan Smarttag sebab dah melampau.
Cuma kali ini nak kongsi apa yang terfikir untuk jadikan lebih baik itu pun kalau syarikat Gergasi ini nak dengar rasa tidak puas hati mr Jack.
Baru-baru ini Abang upgrade pakej Celcom yang sudah guna lebih 5 tahun, dari pakej lama ke Celcom FIRST. Upgrade akaun utama maka semua empat sub line pun automatik kena upgrade. Silap Abang tak minta penjelasan dengan adik kaunter, maka semua pakej internet sub line terbatal.
Kami anak beranak memang pengguna tegar internet. Sebelum ini bila tak cukup internet kami beli extra quota. Kali ni bila anak yang di UKM nak tambah quota, tak lepas dan jadi pending sebab sistem sudah berubah.
Abang pergi kaunter untuk selesaikan isu pakej internet sub line yang terbatal. Adik kaunter kata tak ada pilihan memang kena upgrade ke Celcom First Gold sebab sistem pakej internet lama sudah tidak ada. Tak ada pilihan Abang kena upgrade sub line kepada Celcom First Gold. Tiga akaun tak ada masalah boleh buat secara automatik. Masalah menjelma pada akaun sub line yang ada pending order tak boleh nak upgrade. Adik kaunter minta Abang call Celcom Call Center.
Call 1111 terpaksa dengar promosi marketing seminit baru dapat bercakap dengan krew bertugas. Setelah Abang cerita apa yang berlaku, adik tu kata perlu masa 24 jam untuk selesai, Abang minta cakap dengan pengurus, selepas mendengar muzik seminit yang jawab supervisor bertugas, dia pun kata kena tunggu 24 jam sebab kena hantar kes ini kepada bahagian IT.
Abang kata saya dah lama sangat jadi pengguna Celcom, bil pun dah bayar beribu riban tak kan masalah pending order pun nak mintak programmer yang selesaikan. Lepas bertegang leher beberapa minit akhirnya supervisor tu kata dia usaha selesaikan dalam 2 jam. Selepas dua jam dia call kata dah selesai. Boleh pulak!
Keesokkannya dapat call dari Celcom agen kata akaun subline terlibat masih tak boleh upgrade, ada lagi order pending dan perlukan 24 jam lagi. Kali ini malas nak bertegang leher dengan krew Celcom, maafkan sahaja sambil fikir nak sambung lagi ke guna khidmat Celcom?
Ini bukan balasan rasmi dari Celcom tapi pandangan dari salah seoarang krew Celcom (Mungkin)
Biasanya … mmg akan ckp 24jam, walaupun 5minit dh settle.. kena ckp 24jam… bkan sergah ke tak sergah. sbb boleh jadi lmbt n cepat . kena ckp 24jam… cncel pending order boleh buat serta merta . Kalau call dkt hq pun dia soh tggu 24jam. And should be that staff ckp proses dalam masa 5minit paling lambat 24jam gitu. 24jam tu ckp je .. sama mcm pertukaran talian.. walaupun 1jam dh ok, kena ckp 1-7hari. Kalau ckp 1jam tp dlm 1 jam tu tk settle.. kang marah customer. Dftr baru.. walaupun 5minit settle.. kena ckp 1jam baru boleh pakai… walhal dh siap 5minit tadi. Mmg kena ckp mcm tu.. tkleh watpe. Tp system if tkde prob ok je.. laju je. Kemungkinan system prob ada 1% je .
Abang faham kalau kita daftar akaun baru perlu tunggu 2 jam atau 24 jam tapi ini kes beli extra quota internet yang merupakan produk Celcom. Sebagai orang biasa mesti terfikir tak kan nak cancel order perlu programmer yang uruskan sehingga perlu masa 24 jam.
Kenapa Celcom mesti takut untuk sediakan KPI yang lebih pantas contohnya kalau dua tahun dulu janji 24 jam sekarang sudah 2017 tak kan nak janji 24 jam juga. Mana keberanian dan kecanggihan sistem Celcom?
Ini antara maklum balas pembaca Denaihati
Nurmujahidah Ismail : Muja dah byk kali bagi peluang kat Celcom. Sentiasa hampa. Jadi stay ngn Digi sekarang walaupun kawasan rumah ni, Digi kejap ada kejap tak de. STILL BETTER THAN CELCOM.
Izzat Abd Razak : Sekadar berkongsi rasa, saya telah pusing merasai semua telco, sekurang2nya 3 bulan. Apabila Celcom giliran kedua sebelum ke Digi, saya sempat komen pada Celcom ttg kelemahan nya. Saya masuk ke Digi bersama 2 Sub number. Di Digi, saya minta 2 number sub saya tidak dijadikan sub, dia jadi prinsipal supaya mudah masa akan datang. Kemudian saya sendiri keluar DiGi (2 no. lg kekal, wife & mak) , bukan sebab xbagus, tapi kekangan ekonomi, saya pilih umobile postpaid, plan 28. X larat lagi, masuk hotlink prepaid,top up je la. Bila ok sikit ekonomi, masuk Celcom semula. Saya lihat ada sikit perubahan, tapi masih ketinggalan & mengabaikan penambahbaikan yang sepatutnya wajar. Saya beralih kepada DiGi semula. Walaupun bukanlah terbaik, tetapi Digi dilihat konsisten dengan perkhidmatan. Maxis tak larat mahal. Wallahua’lam. Pandangan peribadi.
Norazzah Nordin : Maaf tuan, saya dah lama ban Celcom. Kurang serasi & malas nak gaduh.
Cari ketenangan jiwa sendiri.Lynn Penang : Saya lama dh x guna celcom..dulu n laa pn kelentong..laa guna onexox & digi walaupn adakalanya sentap dgn coverage tp tetap puas hati dgn feedback n jarang laa nk kena sergah bru jalan kerja…kikikiki…laa rasa tenang jiwa
Abang memang tak kenal CEO Celcom jadi tak boleh lah nak tag.
Semuga urusan semua pengguna Malaysia dipermudahkan kerana kita sudah keluarkan banyak duit untuk membayar tetapi rungutan jarang didengar. Masa ni pengguna Malaysia kena terima apa sahaja yg disuap tapi suatu hari nanti semua ni akan berubah sebab dunia sedang berubah dengan pantas.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
200 Comments
awal2 dulu memang ambil celcom, tp sebab mahal sangat jadi saya bertukar kepada maxis. sekarang dengan digi sahaja .
Curahan rasa raihanah @ ..Makanan Perlu Dielakkan Pesakit Dialisis Buah Pinggang Kronik
Celcom itu grupnya Axiata ya, di Indonesia namanya XL. Hhhmmm… kebetulan sekarang pakenya XL untuk jaringan internet di Pontianak. Jadi nanti kalau di KL tak perlu ganti nomor lagi lah ya Bang?
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..ASUS #GaAdaMatinya Rilis ZenFone 3 Max Warna Pink Khusus untuk Para Wanita Istimewa
setuju dengan nama gah, tapi servis huh! ayah saya ada pengalaman buruk dengan celcom ni, tapi sebab dah lama guna…masih tetap dengan celcom.
salah satu sikap kita yang susah nak ubah…..
setia..
hahahaha..
bagus juga tu..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Iktibar Dari Wanita Maut Ketika Kereta Rempuh Pokok
Kalau aku tak dpt line 4G , aku tak kisah.
sbb ada line 3G.
kalau line 3G lembab mcm 2G . mmng aku panas hati.
lebih baik aku cari line lain.
Saya pun antara pengguna CELCOM juga
Sesekali tu ada la buat hal
kalau masih boleh bersabar , saya sabar ,
Tapi kalau dah hilang sabar ,
terus tukar ke Telco lain gamaknya
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Kenapa Anda Harus Pilih Takaful Dan Medical Card Dari Zurich Takaful ?
Makin terkenal tapi servis tak bagus.. saya pakai celcom dan Digi.. SO far Digi punya terbaik servicenya…and line kat semua bandar ok laju.. kt kg je lah berhuhu je sama ngan celcom…
Curahan rasa Bahrain @ ..Perkara Paling Sengal Pernah Buat
sampai 2 lain, ada alternatif bila salah satu down, tu lah bila kat kampung kena guna celcom juga…
Curahan rasa Denaihati @ ..Zarul Husin memang best dalam Cik Serba Tahu
haha masih lagi setia dengan DIGI . Biasa lah kalau kita dah biasa pakai satu syarikat kita memang agak malas nak tukar – tukar syarikat lain
Curahan rasa onlajer @ ..Tiga tips terbaik untuk anda menempah tiket penerbangan online
yang untung syarikat telekomunikasi .
atas kesetiaan kita..
saya berharap syarikat telco menambah baik sistem dan servis mereka..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Iktibar Dari Wanita Maut Ketika Kereta Rempuh Pokok
Digi walau pun hantu kuning dah tak ada, tapi liputan masih berada dalam kawalan 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..9 Cabaran Pemandu Uber Yang Orang Tak Tahu
digi rata-rata orang kata laju kalau ada coverage, kalau servis baik mesti lah setia….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Kesusahan atau bencana adalah disebabkan apa yang kita lakukan
dulu saya guna maxis..lepas tu celcom ada le 2 tahun guna celcom…adui rasa hampeh. bayar dah le mahal bulan2 area rm170-rm190. dulu2 mane le sangat dok godeh tenet pun tp mahal. last2 patah balih maxis. skrg ONEXOX…dekat 3tahun gak guna alhamdullilah.
Dulu saya guna Celcom, selalu hilang signal. Hantar mesej hari ni, esok baru sampai. Masa tu saya juga guna Maxis. Tutup terus talian Celcom sebab amat menghampakan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bila Kali Terakhir Kau Bagi Duit Pada Mak Dan Ayah
Saya dah pakai celcom lebih 8 tahun
.
Memang hangin
.
Last last tukat umobile prepaid je. Rm30 10gb dan free call 30 minit
.
Tak de kerenah pakai celcom
.
Tuan Celcom, baik taubat sikit. Banyak telco lain kat luar sana tu
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Kaki Kebas Kencing Manis. Rawat Dengan Vivix Shaklee
fuh lamanya,
kalo dah lama kan…x de ke depa ni nak buat penghargaan ke kita. ? bukan minta kereta bmw ke cuma penghargaan lebih2 lagi servis
lama dah guna, pesanan tu mahal…hee. harap diaorang dengar rintihan ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Penjelasan Tuan Guru Hj Hadi maksud pindaan Akta 355
Lama. Tak dapat apa pun. Memang tak tahu jaga pelanggan
.
Buat panas hati je
.
Hmm
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Atasi Sembelit Ibu Mengandung Dengan 5 + 1 Cara Ini
ni sudah lebih.. tukar telco je HJ.. sammpai bila nak jadi mangsa mcm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Taman Tema Di Malaysia
Saya guna talain Toneexcel yang dikuat kuasakan oleh Tunetalk melalui prasarana Celcom,so far so good…..
Alhamdulillah bro takde masalah… banyak syarikat lain guna line celcom.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ghazal@Muar – Karnival kesenian dan kebudayaan Melayu
Huhuhu saya baru 3 tahun guna celcom tp lately line selalu slow … menci
Saya yang menggunakan Celcom sejak zaman belajar tahun 90an akhirnya telah menukar ke telco lain pada tahun lepas setelah kecewa dengan mutu khidmat pelanggan telco ni.
Apapun ‘thumb up’ untuk pemain industri telco yang sudah bercambah sekarang dengan demikian dapat menghasilkan persaingan dan pelbagai pilihan kepada pelanggan.
Curahan rasa Haidar @ ..Pinjaman Koperasi Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
CELCOM adalah syarikat gergasi telco di Malaysia..
namun servis masih tidak segah namanya..
saya merupakan pengguna CELCOM dan keluarga guna CELCOM…
sayangnya saya belum berpuas hati kerana signak tidak selalunya 4G
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Suami Anak Satu Jadi Orang Kaya
masih lagi ruang diaorang nak kena improve ni, kalau hari raya lagilah slow…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri perempuan berkereta MPV Honda merah
Comments are closed.