Sidang ADUN Perak

Spread the love

Wahai SANG Pemimpin, ALLAH swt sedang melihat ANDA semua. Kita manusia tiada kuasa untuk menentukan walau apa pun kerana sesungguhnya kita insan yang terlalu lemah. Insyallah ALLAH swt akan ilhamkan keputusan untuk penyelesaian masalah yang sudah berpanjangan ini. Dan setelah ALLAH swt memberi ilham penyelesaian pasti ada HIKMAH di sebaliknya untuk kita belajar samada keputusan itu akan membawa kebaikan atau bencana. Sudah banyak bencana yang ALLAH swt turunkan kepada umatnya yang terdahulu kerana lupa padanya untuk umat selepas itu belajar dari apa yang telah berlaku.

Gambar petikan dari Albanjari

Firman ALLAH swt Surah Al-Faathir ayat 43 yang ertinya :

Kerana rasa sombong dalam hidup di bumi ini, manusia merencanakan rencana yang jahat, sedangkan tiap rencana jahat itu pasti kembali kejahatannya kepada orang yang merencanakan rencana itu sendiri. Maka tidaklah mereka menunggu selain sunnah kejadian yang berlaku bagi bangsa-bangsa purbakala. Maka sesungguh tidaklah akan engkau dapat perubahan pada sunnah ALLAH, dan tidaklah engkau akan dapat perpalingan bagi sunnah Allah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa pada suatu hari kami bertengkar lalu datang Rasulullah saw lalu berkata yang ertinya :

Apakah pernah aku perintahkan kami bertengkar tentang ini dan apakah untuk pertengkaran ini aku diutus Tuhan kepada kamu? Ketahuilah bahawa sudah menjadi sesat banyak Kaum yang hidup sebelum kamu kerana pertengkaran tentang masalah ini. Aku ingin agar kamu jangan lagi bertengkar tentang masalah ini.

Semuga ada pengajaran untuk kita insan yang hanya hamba di sisi ALLAH swt.

[ad#advertlets336]


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!