Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat entri “Kontroversi Pusat Fitlot Nasional” yang terus menghantui politik Malaysia. Berbagai dokumen telah didedahkan oleh Pembangkang terutamanya Rafizi Ramli kepada umum ada yang betul dan ada yang tersilap. Setelah berjuang beberapa bulan akhirnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Keputusan Shahrizat berundur adalah keputusan tepat walaupun keluarga beliau belum dihukum bersalah oleh makamah. Shahrizat merupakan pemimpin politik wanita kerajaan paling tinggi sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional seharusnya lebih berhati-hati dalam apa juga hal termasuk urusan perniagaan keluarga.
Dalam politik hukum salah atau tidak bersalah makamah tidak begitu penting berbanding PERSEPSI NEGATIF RAKYAT. Rakyat merasa pelik bagaimana Shahrizat membiarkan suami dan anak-anak menguasai NFC yang diselubungi dengan berbagai keputusan bisnis yang penuh dengan kontroversi. Rakyat pasti mengharapkan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Barisan Nasional menasihati keluarga supaya tidak melibatkan diri dengan perniagaan yang melibatkan kepentingan Kerajaan kerana pasti akan dituduh mengamalkan nepotism.
Kontroversi sudah berlaku jadi keputusan terbaik adalah mengundur diri daripada Kerajaan yang sedang berjuang untuk mengekalkan kuasa dalam PRU 13. Shahrizat boleh membersihkan nama jika benar-benar tidak bersalah dan insyallah kalau ada rezeki boleh kembali semula sebagai Menteri Kabinet apabila semua kontroversi NFC sudah selesai dan paling penting Barisan Nasional menang pada PRU 13.
Manusia tidak pernah alpa daripada kesilapan yang penting mengambil iktibar dah berubah menjadi lebih baik. Setiap kontroversi adalah ujian daripada ALLAH SWT untuk manusia menjadi lebih baik jika diterima dengan ikhlas dan redha. Belum tentu mereka yang memulakan kontroversi lebih baik daripada yang tertuduh.
Update Terkini : Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya. Kesalahan yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan dua pertuduhan pecah amanah kerana menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 1 dan 4 Disember, 2009. Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009. Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC yang menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965 – Malaysiakini.
122 Comments
semoga kebenaran yang betul² benar akan terbongkar
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW – solat sunat tahiyatul masjid
berundur je la..da pening ngan politik malaysia ni..
lebih baik berundur, daripada terus dicemuh.. nanti semakin ramai yg dpt dosa asyik mengata
Curahan rasa kakyong @ ..Jatuh cinta dengan VC Sesaat kau datang
keputusan yg terbaik….bukan mudh utk org yg berjawatan tinggi nk berundur…hrp dijadikn cth kpd pemimpin lain sama ada dr pemimpin kerajaan or pembkg..
Curahan rasa kim mie @ ..New Song from Big Bang – BAD BOY
pemimpin yang baik kalaua ada cela dan kesalahan selalu mundur,jauh sekali yang ada di indonesia
Curahan rasa asuransi Prudential @ ..PRUlink Assurace Syari’ah
Tak aci la camni… duit rakyat camne…
takkan harta tu pun dibeli …. duit yang dikumpul dari keciiiiiiikkk lagi..
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Gambar Tempat Nurul Dibakar Dan Sebab Dibunuh
Mmg ptut brundur pun.mkn duit rakyat jer.haha
Curahan rasa budakserius @ ..Pelakon Lelaki Gila Seks.Pelakon Tambahan Pun Dibedalnya.
ar ar ar ar yer
Curahan rasa x lupa dot com @ ..Kubur Paling Tinggi Di Dunia
memang patut la dia berundur sebab kes penyelewengan suami dia tu..
Curahan rasa Luqman Hakim @ ..Vanilla Coklat Episode 13 ( Akhir )
Berundur sebelum sampai masanya,mungkin ini jalan terbaik buat beliau
Curahan rasa wazy @ ..Hari Sabtu Punya Cerita La…
Memang kita harus berani mengambil keputusan walaupun mungkin menyedihkan
Curahan rasa PruProteksi @ ..Menggugah Kesadaran Pentingnya Asuransi
sukati die la nk benti..huhu
masa yang sesuai untuk beliau lakukan tindakan ini..
Curahan rasa KiD @ ..Sponsor Contest
keputusan yang terbaik!hehe
Curahan rasa budakserius @ ..Artis Nampak Puting Payudara Ketika Malam Pratonton Filem Adnan Sempit 2?
semoga keputusan yang dilakukan itu terbaik untuk negara
Curahan rasa yangbaik @ ..Lagi gambar dalam banglo contoh
Comments are closed.