Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri majlis sepetang bersama blogger tahun-tahun lepas ini “Jutaan terima kasih penaja dan speaker sepetang bersama blogger 2017“. Kali ini Abang nak ucapkan Jutaan terima kasih kepada penaja dan speaker SBB2017.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah hari yang ditunggu tiba juga. Kami berkumpul beramai-ramai di Pusat Pelancongan Malasysia (MaTIC) untuk membina network besar dan menambah ilmu daripada panel-panel jemputan. Abang kongsikan-kongsikan gambar sepanjang majlis SBB2017.
Kenangan indah di majlis makan malam sepetang bersama blogger #SBB2017. Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Amir Denaihati dan pasukannya. Moga #SBB diteruskan lagi. Kami mendapat banyak manfaat daripada majlis ilmu. Makanan yang beraneka jenis sangat memenuhi selera kami. Semoga kita akan merebut setiap peluang dan ruang dalam ekonomi digital sebagaimana disarankan oleh Tuan Haji Amir Denaihati – Mat MacDean
Alhamdulillah Tahniah isteriku Mardhyah Nor dapat grand prize lucky draw TV LCD & HP GT Mobile sempena gala dinner dan award utk blogger terbaik. Ini Hal kelmarin tumpang seronok sampai sekarang dia mcm tak percaya, first time katanya bersengih dua hari. Terima kasih pada team Amir Denaihati telah menjayakan Sepetang Bersama Bloggers 2017. saya percaya, kepada sahabat lain yang hadir, mendapat ilmu amat berharga utk dimanfaatkan bersama #SBB2017 terbaik – Basha Basir
Sepetang Bersama Blogger 2017 atau #SBB2017 merupakan edisi ke-6 dan mungkin yang terakhir. Diadakan 2 dalam sesi kali ini iaitu petang untuk Sesi Perkongsian manakala sebelah malam pula Gala Dinner & Award Night 2017 – Nazlan Nasir
Ni jela yang sempat dirakamkan untuk Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017) kali ni. Harapan Qiya semoga majlis SBB2018 akan menyusul tahun depan dengan izin-Nya kerana intipati program ni sangat bermanfaat terutamanya untuk usahawan di era digital ni. Terima kasih yang tak terhingga buat team Tuan Haji Amir Denaihati – Siti Rokiyah Saad
3rd collection selfie bersama rakan blogger di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2017. 1st time jumpa blogger ARz MoHa yang selama ni like and komen. Sharing ilmu yang sangat berguna dari ND a.k.a Norman Danish. Bersama founder Denaihati Network yang menganjurkan #SBB2017 tuan haji Amir Denaihati. Dan rakan blogger since zaman komen-komen dalam blog adeq Feroz Othman a.k.a JiwarOsak.CoM. Semoga ukhwah ini akan kekal tidak kira rakan blogger, media influencer yang lama ataupun yang baru. Mengabadikan foto-foto yang diambil sebagai kenangan Naz menghadiri siri SBB yang ke-3 (2014, 2016 & 2017) – Izzara Qistina
Banyak perkongsian ilmu di #sbb2017. kenali readers dan penulisan dari generasi yang berbeza (ibu Anim). rebut setiap peluang dan ruang dlm ekonomi digital (Tuan Amir Denaihati). cipta penjenamaan yang baik ( Norman Danish). cari ruang untuk menarik pembaca ke blog dgn meletakkan booth2 di media sosial (Dr Wan). tips2 ke event dan kisah payment ( Cik Lily Putih dan Mahadi Mohamed Arifin). The best part : berjumpa dgn blogger-blogger awesome dari seluruh negara – Ana Jingga
Ringkasan Kehadiran Bro Framestone di #SBB2017 Kali Ini.
- Terima kasih kepada Tn Haji Amir Denaihati dan team #DenaihatiNetwork kerana sudi menerima kehadiran Bro disaat akhir.
- Maaf, sepanjang hari Bro terpaksa bergantung dengan ubat. Itu kenkadang nampak macam ok, kenkadang macam….. (mungkin ada yang perasan)
- Tahniah, kali ini Bro nampak lebih ramai muka baru berbanding muka lama. Paling menarik, ada juga bukan blogger turut hadir. Diharap dimasa lain, lebih banyak ‘bukan blogger’ hadir sebagai peserta.
- Pemilihan ahli panel agak bertepatan dengan kehendak semasa. Soalan tidak putus-putus diajukan oleh peserta. Begitu juga dengan tudung iBawal, tak putus-putus peserta cuba mendapatkannya.
- Cuma, kehadiran wakil dari pihak penaja tidak seperti yang Bro harapkan seperti tahun sebelumnya. Lebih banyak letak barang dari tampil dan dekati blogger secara lebih rapat.
- Masa sebenarnya agak terhad untuk rakan blogger terutamanya dari jauh untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan yang hanya dapat ditemui setahun sekali (sewaktu SBB sahaja).
- Bro dapati, ada beberapa blogger juga kurang sihat (sama seperti Bro) tetapi berusaha untuk hadir. Diharapkan kesihatan mereka kembali pulih, dan dipanjangkan usia olehNya.
- Terima kasih kepada team CVS Production & Firdaus Feeq kerana sedaya upaya mengumpulkan segala bukti kemeriahan SBB kali ini. Agak kecewa bila tiada photobooth sewaktu majlis malamnya.
- Goodies bag kurang meriah seperti tahun sebelumnya.
- Diharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan lebih pengisian dan lebih ramai orang boleh sertai.
- Rasanya dah boleh banned Rawlins Glam dari tercalon dalam mana-mana ‘acara yang beliau asik menang’. Bagi can la pada orang lain.
- Tiada istilah ‘SBB Terakhir’ bagi kami. Kalau rasa tahun depan pihak Denaihati xnak buat Sepetang Bersama Blogger. Diharapkan boleh pertimbangkan cadangan ini sama ada buat aktiviti Sepagi / Semalam / Seminggu Bersama Blogger.
Usai #sbb2017 semalam ada peserta datang jumpa. Dia beritahu, “Saya ada 5 soalan nak tanya Tuan. MC tak buka sesi soalan pula”. Saya senyum. Dalam hati ada taman. Dia mendengar dan ambil perhatian. Saya jawab, “Masa kita agak suntuk. Lalu MC terpaksa singkatkan”. InsyaAllah ada satu nota akan saya keluarkan. Sebagai panduan dan pelengkap bicara semalam.Terima kasih Tuan Amir Denaihati dan Tuan Hadihaizil Din di atas ruang dan peluang. Tahniah di atas penganjuran. Hebat dan sungguh gemilang. – Nota Dr Wan Yusof SBB2017
Tahniah Denaihati Network di atas penganjuran ke 6 “Sepetang Bersama Blogger 2017”. Satu usaha yang murni dan bukan mudah untuk mengumpulkan hampir 300 bloggers dan influencer dari Malaysia dan Indonesia. Setiap ilmu yang dikongsi sangat bermakna tapi akan sia-sia sekiranya tidak diamalkan. Rakan-rakan blogger sekalian, menulislah dengan penuh etika dan rasa tanggungjawab. Menulis untuk membantu dan menyenangkan orang lain adalah pahala yang paling mudah untuk diperolehi dari penulisan blog. Perasaan luar biasa dan rasa dihargai akan wujud bila penulisan kita dikongsi dan dimanfaatkan untuk kebaikan semua. Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang disanjungi kerana mereka adalah insan-insan terpilih yang menjalankan tanggungjawab dengan menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka dengan sempurna – Mohd Zarin
Sepetang Bersama Blogger’s event by Denaihati – Gala Dinner and Award Night 2017. As usual Majlis Sepetang Bersama Blogger mesti meriah seperti tahun-tahun yang lepas. This year more official & relax. Congrate team Denaihati Network for the Bloggers prestige event of the year 2017 & Thank you Tuan Hj Amir Denaihati always give the best. Hope this not the last event & see u all next year InshaAllah – Akma Omar
Sepetang Bersama Blogger’s event by Denaihati – Gala Dinner and Award Night 2017. I got Blogger of the Year Award and Best Dress Female’s Award. Ingatkan dapat award blogger tak geti nak pepencen or blogger kertu (13 years already in d blogging industry). Big congratulations to Abang Aji Amir Denaihati and crew members Hadihaizil Din and Hisyamudin Fadzil – Red Mummy
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
61 Comments
Tak berkesempatan nak join SBB lagi.
Niat nak join tu ada manalah tahu tahun-tahun akan datang kalau ada lagi In Sha Allah nak join.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Terima Kasih Cikgu Siti Hazreen
seronoknye. fina x tawlah bila boleh join event2 bersama-sama blogger lain. Insyaallah satu hari nanti. ^_^
Curahan rasa fyna @ ..Apakah Virus Ramsomware Wanna Cry
Amboi Bro Framestone banyak memberikan pendapat ye.
Tapi yang part best tu kalau SBB tidak dianjurkan lago mohon dibuat seminggu bersama blogger pun boleh juga diambil kira
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bacaan Tiroid Ibu Semakin Menurun dan Menghampiri Normal!
Kak Red Mummy memang sangat terkenal dengan ‘vogue’nya.
Memang patut menang pun. tahniah!
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bacaan Tiroid Ibu Semakin Menurun dan Menghampiri Normal!
Wah nampak sangat meriah dan semuanya teruja dapat pergi acara big macam ni
Tahniah DH
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bacaan Tiroid Ibu Semakin Menurun dan Menghampiri Normal!
Tahniah buat semua kakitangan Denaihati,terbaik untuk pertemuan yang hebat ini. Semoga ada lagi SBB 2018.
wah..bestnya. nampak semua muka yang hadir tu happy. hehehe. setiap tahun baca story mengenai SBB ni, tapi masih belum berkesempatan nak join. hmm
Curahan rasa Mrejoy @ ..5 perkara yang kadang-kadang buat peniaga online jadi malas nak meniaga
Samalah kita.
Setiap tahun asyik baca kemeriahan sambutan SBB sahaja.
InsyaAllah rezeki lain kali
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bacaan Tiroid Ibu Semakin Menurun dan Menghampiri Normal!
Masa ini la nak luaskan pengaruh dan jaringan bisnes dengan rakan rakan blogger yang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Uber
Betul.
Mana yang dah kenal boleh diakrabkan lagi.
Yang belum kenal saling tegur menegur panjangkan silaturrahim
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bacaan Tiroid Ibu Semakin Menurun dan Menghampiri Normal!
oh ni la sbb yg riuh diperkatakan..power power dah bertaraf networking dah ni
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Kisah Benar Francais McDonalds Hasil Rampasan Kuasa Ray Kroc ‘The Founder’ Terhadap Adik-Beradik McDonalds Asal
Memang boleh luaskan jaringan kalau join SBB anjuran DH ni.
Ramai blogger yang memang famous datang acara macam ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bacaan Tiroid Ibu Semakin Menurun dan Menghampiri Normal!
Allahukabar, best sangat Banyak network yang Pakcu dapat taw, kikii, sebelum ni berhenti jap berblogging, dekat 4 bulan kot, ni nak strat semula berblogging gara-gara terkena sumpahan SBB 2017. caiyoook. Allhamdulilah semoga pihak Denaihati dapat menganjurkan nya pada tahun 2018. Amin.
Curahan rasa Pakcu @ ..Sumpahan Sepetang Bersama Blogger 2017
wah, sampai terkena sumpahan SBB ye Pakcu!
Dahsyat betul penangannya
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bacaan Tiroid Ibu Semakin Menurun dan Menghampiri Normal!
Alhamdullillah. Uyul dapat sertai SBB2017. Banyak input yang Uyul perolehi sepanjang SBB2017 disamping jumpa rakan rakan blogger.
untungla Uyun dapat pergi..
boleh bertukar-tukar pendapat dan fikiran..
mudahan ada lagi pada tahun pada tahun hadapan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
Untungnya Uyun dapat sertai aktiviti santai yang formal macam ni.
tak rugi dapat berkenalan dengan ramai blogger yang bagus kan.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bacaan Tiroid Ibu Semakin Menurun dan Menghampiri Normal!
wajah wajah mereka yang terakam melalui lensa kamera jelas menggambarkan gembira dan puas hati..
tahniah semua..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
Wah ramai yang joint tu. Kalau tahun ni yang terakhir rugi juga rasanya.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Hotel Bajet Di Tokyo – New Tohoku Dekat Ameyoko
ada kemungkinan kerana tuan Haji Amir memang tegas orangnya..
namun keputusan bisa berubah jika semua blogger yang ada bersetuju untuk memberi sokongan terhadap event SBB pada masa yang akan datang
kita doakan agar tetap diteruskan pada tahun yang akan datang ..
doa ramai-ramai akan membantu mengubah keputusan tuan Haji Amir Denaihati
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
SBB 2017 terbaik dari Denaihati. Tak berkesempatan hadir jeles tengok gambar gambar menarik yang disajikan.
Tahun hadapan saya nak hadir sama inshaAllah.
Curahan rasa Haidar @ ..3 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
Usia SBB dah 5 tahun…
setiap kali diadakan memang gempak..
saya dah jadi blogger baru 4 tahun..
rezeki belum cukup dan tidak mengizinkan saya untuk pergi ke event tersebut
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
Kita sama-sama berazam untuk hadir SBB tahun depan tanda sokongan penuh terutama kepada Denaihati.
Curahan rasa Haidar @ ..3 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
Comments are closed.