Sepetang Bersama Blogger 2017

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri majlis sepetang bersama blogger tahun-tahun lepas ini “Jutaan terima kasih penaja dan speaker sepetang bersama blogger 2017“. Kali ini Abang nak ucapkan Jutaan terima kasih kepada penaja dan speaker SBB2017.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Alhamdulillah hari yang ditunggu tiba juga. Kami berkumpul beramai-ramai di Pusat Pelancongan Malasysia (MaTIC) untuk membina network besar dan menambah ilmu daripada panel-panel jemputan. Abang kongsikan-kongsikan gambar sepanjang majlis SBB2017.

Kenangan indah di majlis makan malam sepetang bersama blogger #SBB2017. Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Amir Denaihati dan pasukannya. Moga #SBB diteruskan lagi. Kami mendapat banyak manfaat daripada majlis ilmu. Makanan yang beraneka jenis sangat memenuhi selera kami. Semoga kita akan merebut setiap peluang dan ruang dalam ekonomi digital sebagaimana disarankan oleh Tuan Haji Amir Denaihati – Mat MacDean

Klik untuk beli pek kenangan SBB2017 selagi stok masih ada

Alhamdulillah Tahniah isteriku Mardhyah Nor dapat grand prize lucky draw TV LCD & HP GT Mobile sempena gala dinner dan award utk blogger terbaik. Ini Hal kelmarin tumpang seronok sampai sekarang dia mcm tak percaya, first time katanya bersengih dua hari. Terima kasih pada team Amir Denaihati telah menjayakan Sepetang Bersama Bloggers 2017. saya percaya, kepada sahabat lain yang hadir, mendapat ilmu amat berharga utk dimanfaatkan bersama #SBB2017 terbaik – Basha Basir

Sepetang Bersama Blogger 2017 atau #SBB2017 merupakan edisi ke-6 dan mungkin yang terakhir. Diadakan 2 dalam sesi kali ini iaitu petang untuk Sesi Perkongsian manakala sebelah malam pula Gala Dinner & Award Night 2017 – Nazlan Nasir

Ni jela yang sempat dirakamkan untuk Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017) kali ni. Harapan Qiya semoga majlis SBB2018 akan menyusul tahun depan dengan izin-Nya kerana intipati program ni sangat bermanfaat terutamanya untuk usahawan di era digital ni. Terima kasih yang tak terhingga buat team Tuan Haji Amir Denaihati – Siti Rokiyah Saad

3rd collection selfie bersama rakan blogger di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2017. 1st time jumpa blogger ARz MoHa yang selama ni like and komen. Sharing ilmu yang sangat berguna dari ND a.k.a Norman Danish. Bersama founder Denaihati Network yang menganjurkan #SBB2017 tuan haji Amir Denaihati. Dan rakan blogger since zaman komen-komen dalam blog adeq Feroz Othman a.k.a JiwarOsak.CoM. Semoga ukhwah ini akan kekal tidak kira rakan blogger, media influencer yang lama ataupun yang baru. Mengabadikan foto-foto yang diambil sebagai kenangan Naz menghadiri siri SBB yang ke-3 (2014, 2016 & 2017) – Izzara Qistina

Banyak perkongsian ilmu di #sbb2017. kenali readers dan penulisan dari generasi yang berbeza (ibu Anim). rebut setiap peluang dan ruang dlm ekonomi digital (Tuan Amir Denaihati). cipta penjenamaan yang baik ( Norman Danish). cari ruang untuk menarik pembaca ke blog dgn meletakkan booth2 di media sosial (Dr Wan). tips2 ke event dan kisah payment ( Cik Lily Putih dan Mahadi Mohamed Arifin). The best part : berjumpa dgn blogger-blogger awesome dari seluruh negara – Ana Jingga

Ringkasan Kehadiran Bro Framestone di #SBB2017 Kali Ini.

  1. Terima kasih kepada Tn Haji Amir Denaihati dan team #DenaihatiNetwork kerana sudi menerima kehadiran Bro disaat akhir.
  2. Maaf, sepanjang hari Bro terpaksa bergantung dengan ubat. Itu kenkadang nampak macam ok, kenkadang macam….. (mungkin ada yang perasan)
  3. Tahniah, kali ini Bro nampak lebih ramai muka baru berbanding muka lama. Paling menarik, ada juga bukan blogger turut hadir. Diharap dimasa lain, lebih banyak ‘bukan blogger’ hadir sebagai peserta.
  4. Pemilihan ahli panel agak bertepatan dengan kehendak semasa. Soalan tidak putus-putus diajukan oleh peserta. Begitu juga dengan tudung iBawal, tak putus-putus peserta cuba mendapatkannya.
  5. Cuma, kehadiran wakil dari pihak penaja tidak seperti yang Bro harapkan seperti tahun sebelumnya. Lebih banyak letak barang dari tampil dan dekati blogger secara lebih rapat.
  6. Masa sebenarnya agak terhad untuk rakan blogger terutamanya dari jauh untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan yang hanya dapat ditemui setahun sekali (sewaktu SBB sahaja).
  7. Bro dapati, ada beberapa blogger juga kurang sihat (sama seperti Bro) tetapi berusaha untuk hadir. Diharapkan kesihatan mereka kembali pulih, dan dipanjangkan usia olehNya.
  8. Terima kasih kepada team CVS Production & Firdaus Feeq kerana sedaya upaya mengumpulkan segala bukti kemeriahan SBB kali ini. Agak kecewa bila tiada photobooth sewaktu majlis malamnya.
  9. Goodies bag kurang meriah seperti tahun sebelumnya.
  10. Diharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan lebih pengisian dan lebih ramai orang boleh sertai.
  11. Rasanya dah boleh banned Rawlins Glam dari tercalon dalam mana-mana ‘acara yang beliau asik menang’. Bagi can la pada orang lain.
  12. Tiada istilah ‘SBB Terakhir’ bagi kami. Kalau rasa tahun depan pihak Denaihati xnak buat Sepetang Bersama Blogger. Diharapkan boleh pertimbangkan cadangan ini sama ada buat aktiviti Sepagi / Semalam / Seminggu Bersama Blogger.

Usai #sbb2017 semalam ada peserta datang jumpa. Dia beritahu, “Saya ada 5 soalan nak tanya Tuan. MC tak buka sesi soalan pula”. Saya senyum. Dalam hati ada taman. Dia mendengar dan ambil perhatian. Saya jawab, “Masa kita agak suntuk. Lalu MC terpaksa singkatkan”. InsyaAllah ada satu nota akan saya keluarkan. Sebagai panduan dan pelengkap bicara semalam.Terima kasih Tuan Amir Denaihati dan Tuan Hadihaizil Din di atas ruang dan peluang. Tahniah di atas penganjuran. Hebat dan sungguh gemilang. – Nota Dr Wan Yusof SBB2017

Tahniah Denaihati Network di atas penganjuran ke 6 “Sepetang Bersama Blogger 2017”. Satu usaha yang murni dan bukan mudah untuk mengumpulkan hampir 300 bloggers dan influencer dari Malaysia dan Indonesia. Setiap ilmu yang dikongsi sangat bermakna tapi akan sia-sia sekiranya tidak diamalkan. Rakan-rakan blogger sekalian, menulislah dengan penuh etika dan rasa tanggungjawab. Menulis untuk membantu dan menyenangkan orang lain adalah pahala yang paling mudah untuk diperolehi dari penulisan blog. Perasaan luar biasa dan rasa dihargai akan wujud bila penulisan kita dikongsi dan dimanfaatkan untuk kebaikan semua. Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang disanjungi kerana mereka adalah insan-insan terpilih yang menjalankan tanggungjawab dengan menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka dengan sempurna – Mohd Zarin

Sepetang Bersama Blogger’s event by Denaihati – Gala Dinner and Award Night 2017. As usual Majlis Sepetang Bersama Blogger mesti meriah seperti tahun-tahun yang lepas. This year more official & relax. Congrate team Denaihati Network for the Bloggers prestige event of the year 2017 & Thank you Tuan Hj Amir Denaihati always give the best. Hope this not the last event & see u all next year InshaAllah – Akma Omar

Sepetang Bersama Blogger’s event by Denaihati – Gala Dinner and Award Night 2017. I got Blogger of the Year Award and Best Dress Female’s Award. Ingatkan dapat award blogger tak geti nak pepencen or blogger kertu  (13 years already in d blogging industry). Big congratulations to Abang Aji Amir Denaihati and crew members Hadihaizil Din and Hisyamudin Fadzil – Red Mummy

Klik untuk beli pek kenangan SBB2017 selagi stok masih ada

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

61 Comments

  1. Terbaik SBB edisi 2017 ni Tuan Haji. Semakin jelas hala tuju ni selepas menimba banyak ilmu dari SBB2017 terutamanya yang berkaitan dengan Personal Branding (Norman Danish – Misi Viral) dan Content Marketing ( Dr Wan). Tak dilupakan juga semangat berkobar-kobar yang ditonjolkan oleh Dato Ibu Hanim dan pencapaian beliau sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk terus maju ke depan sambil memberi sumbangan kepada masyarakat terutamanya berkaitan dengan kepentingan pendidikan.

    1. sama-sama kita berdoa dan buat perancangan untuk SBB2018..

      in shaa Allah kalau ada rezeki kita boleh berjumpa kat sana..

    1. saya harap juga begitu..

      ada lagi pada tahun-tahun yang mendatang..

      kepada yang dah pergi doakan serta usahakan supaya ada SBB2018

      mana yang belum pergi..kita terus berusaha mencipta kemampuan supaya boleh pergi ..

      in shaa Allah.
      Curahan rasa mrhanafi @ ..Doa Cepat Kaya Dan Murah RezekiMy Profile

  2. Tahniah Team Denaihati Network , walaupun saya tak dapat hadir ke SBB2017 ni , sempat juga usha-usha di facebook dan Instagram…Apa-apa pun saya harap SBB ni akan menjadi acara tahunan untuk semua blogger di malaysia dan rantau Asia , dengan kata erti lain , tahun depan dan tahun-tahun seterusnya tetap dianjurkan lagi
    Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Selamat Hari Ibu 2017My Profile

  3. tulah imej yang sangat sesuai dengan umur kita nie..

    saya,tuan Anuar dan tuan Haji Amir dalam jarak umur dekat sahaja..

    sebab persamaan kita adalah dah kahwin..hehehe.

    yang pasti saya rasa kerugian kerana belum tercapai impian untuk pergi ke majlis SBB tahun ini dan tahun sebelumnya
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Doa Cepat Kaya Dan Murah RezekiMy Profile

    1. perkara ini boleh berlaku lagi dan kita boleh promosikan selama setahun ..

      mungkin diadakan peraduan atau kontes untuk melayakkan mereka yang ‘ kurang mampu ‘ ditaja sepenuhnya oleh syarikat ..

      misalnya dijadikan anak angkat blogger kepada syarikat tertentu supaya semangat nak pergi sentiasa menyala-nyala ke SBB
      Curahan rasa mrhanafi @ ..Doa Cepat Kaya Dan Murah RezekiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!