Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger 2016

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Majlis tahun kelima buat Sepetang Bersama Blogger yang menjadi himpunan rakan penulis blog dan juga aktivis sosial media. Pada tahun 2012 dan 2013, ia berlangsung di Hotel Singgahsana manakala tahun 2014 berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Untuk tahun lepas di mana SBB2015 dilaksanakan di Putrajaya Ekstreme Park dan aktiviti outdoor telah dijalankan.

Sambutan setiap tahun untuk program Sepetang Bersama Blogger ini tidak mengecewakan. Ratusan penulis blog berhimpun di bawah satu bumbung untuk mendengar perkongsian hebat dari mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Pada tahun 2016 ini, majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) akan diadakan :

Tarikh: 16.4.16 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Pendaftaran telah dibuka dan rebutlah peluang ini untuk daftar segera dengan yuran promosi RM30 seorang dan nantikan berita-berita terkini di blog denaihati.com ini. Selain perkongsian ‘mini forum’, sudah tentu ada cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh ratusan orang pada majlis ini. Di samping itu juga, rebut peluang untuk membuat jaringan bersama rakan-rakan yang lain dan barisan penaja yang hebat!

SBB2016 promo

Syukur alhamdulillah, pelbagai syarikat besar dan kecil sudi untuk berganding bahu menjadi penaja majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Kesemua penaja ini ingin berjumpa dengan anda dan ratusa penulis blog yang lain pada hari tersebut. Jutaan terima kasih kepada semua penaja bersama iaitu:

  1. Multimedia Development Corporation (MDEC) – Penaja Utama
  2. Amna Home
  3. Richworks Academy
  4. Jopana
  5. Oceanlife Marketing (Ephyra)
  6. Zeeta Magis Aura Mawar
  7. Aleeya’s Kitchen
  8. Les Copaque Production (Upin & Ipin)
  9. Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
  10. Yeos Malaysia
  11. eQurban
  12. Jemaah Bisnis Denaihati
  13. Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
  14. Firdaus Azizi Training & Consultancy
  15. AE Consultancy Services
  16. PenMerah Network
  17. Sohaini Cookies
  18. Jus Bob Nanas
  19. CVS Production
  20. Kotak Lensa
  21. Jam Tawaf Denaihati

Penaja utama telah dikemaskinikan iaitu Multimedia Development Corporation (MDEC). Sesuatu yang amat istimewa untuk jaringan penulis blog dan aktivis sosial media yang ingin mencari dan menjana pendapatan dari blog. Kepada semua rakan blogger dan aktivis sosial media, cepat-cepat daftar di laman http://sbb.my


Jika mengikut pengalaman lalu, apabila kuota pendaftaran telah ditutup maka tiada apa yang dapat kami lakukan. Kerana pada tahun ini, himpunan 500 orang di Sepetang Bersama Blogger 2016 akan berlangsung dan ia sesuatu yang perlu direbut secepatnya.

Sepetang Bersama Blogger 2016

Jom, ajak semua rakan-rakan untuk DAFTAR SBB2016


Spread the love

147 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!