Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 memang banyak perancangan nak travel bukan sahaja diluar negara malah di dalam negara. Nostalgia mengembara di Europe tahun 2012 memang tidak dapat dilupaka. 2013 sudah ada perancangan untuk mengembara ke destinasi baru. Untuk merancang pengembaran khasnya cuti-cuti Malaysia kenalah tahu Jadual Cuti Umum Malaysia dan Negeri-Negeri di Malaysia untuk melancarkan perjalanan.
Berikut disenaraikan tarikh-tarikh cuti umum yang boleh dijadikan hari bercuti bersama keluarga bawa makan angin di tempat-tempat menarik dalam negara atau luar negara. Mesti seronok dapat bercuti bersama keluarga sambil rehatkan fizikal dan mental. Untuk keluarga yang nak berlibur di Kuala Lumpur boleh menginap di antara Top 10 Hotel di Kuala Lumpur.
Senarai Tarikh Cuti Umum di Malaysia 2013
TARIKH | PERISTIWA | SAMBUTAN |
1 Januari (Selasa) | Tahun Baru 2013 | Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
14 Januari (Isnin) | Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan sahaja |
20 Januari (Ahad) | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah sahaja |
24 Januari (Khamis) | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | Semua negeri |
27 Januari (Ahad) | Hari Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, N.Sembilan, Perak, P.Pinang & Selangor sahaja |
1 Februari (Jumaat) | Hari Wilayah Persekutuan | Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja |
10 Februari (Ahad) | Tahun Baru Cina | Semua negeri |
11 Februari (Isnin) | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Semua negeri kecuali Kelantan & Terengganu |
4 Mac (Isnin) | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu sahaja |
29 Mac (Jumaat) | Good Friday | Sabah & Sarawak sahaja |
15 April (Isnin) | Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka sahaja |
19 April (Jumaat) | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak sahaja |
26 April (Jumaat) | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu sahaja |
1 Mei (Rabu) | Hari Pekerja | Semua negeri |
7 Mei (Selasa) | Hari Hol | Pahang sahaja |
17 Mei (Jumaat) | Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis | Perlis sahaja |
24 Mei (Jumaat) | Hari Wesak | Semua negeri |
30 & 31 Mei (Khamis & Jumaat) | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | WP Labuan & Sabah sahaja |
1 Jun (Sabtu) | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Semua negeri |
1 & 2 Jun (Sabtu & Ahad) | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak sahaja |
6 Jun (Khamis) | Israk dan Mikraj | Kedah, N.Sembilan & Perlis sahaja |
7 Julai (Ahad) | Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia | P.Pinang sahaja |
10 Julai (Rabu) | Awal Ramadan * | Johor, Kedah & Melaka sahaja |
13 Julai (Sabtu) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | P.Pinang sahaja |
26 Julai (Jumaat) | Hari Nuzul Al-Quran | Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Selangor & Terengganu sahaja |
8 Ogos (Khamis) | Hari Raya Puasa * | Semua negeri |
9 Ogos (Jumaat) | Hari Raya Puasa (Hari Kedua) * | Semua negeri |
31 Ogos (Sabtu) | Hari Kebangsaan | Semua negeri |
14 September (Sabtu) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak sahaja |
16 September (Isnin) | Hari Malaysia | Semua negeri |
5 Oktober (Sabtu) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah | Sabaha sahaja |
12 Oktober (Sabtu) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka | Melaka sahaja |
15 Oktober (Selasa) | Hari Raya Qurban * | Semua negeri |
16 Oktober (Rabu) | Hari Raya Qurban (Hari Kedua) * | Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu sahaja |
24 Oktober (KHamis) | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang sahaja |
2 November (Sabtu) | Hari Deepavali * | Semua negeri kecuali WP Labuan & Sarawak |
5 November (Selasa) | Awal Muharam (Maal Hijrah) | Semua negeri |
11 & 12 November (Isnin & Selasa) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan sahaja |
22 November (Jumaat) | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor sahaja |
9 Disember (Isnin) | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor sahaja |
11 Disember (Rabu) | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor sahaja |
25 Disember (Rabu) | Hari Krismas | Semua negeri |
Merancang percutian dengan baik dapat memberi kepuasan pada diri kita. Oleh itu, buatlah persiapan awal dan rancang percutian tahun 2013 dengan sebaik mungkin. Masa itu EMAS, jangan dipersia-siakan. Perancangan yang baik boleh menjimatkan perbelanjaan.
48 Comments
Tarikh cuti umum biasanya dihabiskan bersama dengan keluarga
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Demensia
Selamat bercuti-cuti di Tahun 2013.. 🙂
Curahan rasa Aya @ ..Video Paling Banyak Ditonton di YouTube, Lebih 1 Billion View?
Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia.. rugi org MELAKA.. hehe
teringin juga nak bercuti ke luar negara…sedang berusaha ke arah itu…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Watak Utama Blog PapaMifz.com
tak pernah bercuti ke luar negara, jika ada rezeki nanti insya-Allah teringin juga…
Assalam, dengan adanya jadual nie senanglah kita nak merancang apa yg patut… tak lah kita huru-hara nanti..
nak gak bercuti tapi masalahnya orang rumah keje n9, saya keje melaka. mana la sama cuti negeri. wuuuu
Curahan rasa arelan @ ..BaLiK KaMPuNg
Bercuti bersama keluarga adalah detik terindah 🙂 Memang ada plan nak bercuti gather dengan family tapi tak tau lg bila..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Berehat dari Dunia Blog
Rasanya raya cina (hari kedua) pun cuti kat Teganu.
sejak bertugas sebagai pendidik ni mudah sikit nak merancang cuti..
Curahan rasa pipoq @ ..Dilema merotan
Cuti umum ini akan banyak dimanfaatkan untuk bisa berlibur bersama keluarga pula
bulan 1 je dah banyak cuti umum.. memang dah plan nak balik cuti dikampung.. tenangkan fikiran.. 🙂
Balik kampung pun bisa dijadikan alternatif untuk mengisi cuti umum ini
bulan satu je pun dah banyak cuti dah..hehehehe
terima kasih… jadual cuti ni agak penting bila ada anak2 dah bersekolah 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Sahabat Palestin saya yang pertama
selamat bercuti kawan kawan
Comments are closed.