Senarai Tarikh Cuti Umum di Malaysia 2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 memang banyak perancangan nak travel bukan sahaja diluar negara malah di dalam negara. Nostalgia mengembara di Europe tahun 2012 memang tidak dapat dilupaka. 2013 sudah ada perancangan untuk mengembara ke destinasi baru. Untuk merancang pengembaran khasnya cuti-cuti Malaysia kenalah tahu Jadual Cuti Umum Malaysia dan Negeri-Negeri di Malaysia untuk melancarkan perjalanan.

Senarai Tarikh Cuti Umum di Malaysia 2013

Senarai Tarikh Cuti Umum Negeri-negeri Malaysia 2013

Berikut disenaraikan tarikh-tarikh cuti umum yang boleh dijadikan hari bercuti bersama keluarga bawa makan angin di tempat-tempat menarik dalam negara atau luar negara. Mesti seronok dapat bercuti bersama keluarga sambil rehatkan fizikal dan mental. Untuk keluarga yang nak berlibur di Kuala Lumpur boleh menginap di antara Top 10 Hotel di Kuala Lumpur.

Senarai Tarikh Cuti Umum di Malaysia 2013

TARIKH PERISTIWA SAMBUTAN
1 Januari (Selasa) Tahun Baru 2013 Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari (Isnin) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan sahaja
20 Januari (Ahad) Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah sahaja
24 Januari (Khamis) Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) Semua negeri
27 Januari (Ahad) Hari Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, N.Sembilan, Perak, P.Pinang & Selangor sahaja
1 Februari (Jumaat) Hari Wilayah Persekutuan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja
10 Februari (Ahad) Tahun Baru Cina Semua negeri
11 Februari (Isnin) Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua negeri kecuali Kelantan & Terengganu
4 Mac (Isnin) Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu sahaja
29 Mac (Jumaat) Good Friday Sabah & Sarawak sahaja
15 April (Isnin) Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka sahaja
19 April (Jumaat) Hari Keputeraan Sultan Perak Perak sahaja
26 April (Jumaat) Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu sahaja
1 Mei (Rabu) Hari Pekerja Semua negeri
7 Mei (Selasa) Hari Hol Pahang sahaja
17 Mei (Jumaat) Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Perlis sahaja
24 Mei (Jumaat) Hari Wesak Semua negeri
30 & 31 Mei (Khamis & Jumaat) Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) WP Labuan & Sabah sahaja
1 Jun (Sabtu) Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semua negeri
1 & 2 Jun (Sabtu & Ahad) Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak sahaja
6 Jun (Khamis) Israk dan Mikraj Kedah, N.Sembilan & Perlis sahaja
7 Julai (Ahad) Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia P.Pinang sahaja
10 Julai (Rabu) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Melaka sahaja
13 Julai (Sabtu) Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang P.Pinang sahaja
26 Julai (Jumaat) Hari Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Selangor & Terengganu sahaja
8 Ogos (Khamis) Hari Raya Puasa * Semua negeri
9 Ogos (Jumaat) Hari Raya Puasa (Hari Kedua) * Semua negeri
31 Ogos (Sabtu) Hari Kebangsaan Semua negeri
14 September (Sabtu) Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak sahaja
16 September (Isnin) Hari Malaysia Semua negeri
5 Oktober (Sabtu) Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabaha sahaja
12 Oktober (Sabtu) Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka sahaja
15 Oktober (Selasa) Hari Raya Qurban * Semua negeri
16 Oktober (Rabu) Hari Raya Qurban (Hari Kedua) * Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu sahaja
24 Oktober (KHamis) Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang sahaja
2 November (Sabtu) Hari Deepavali * Semua negeri kecuali WP Labuan & Sarawak
5 November (Selasa) Awal Muharam (Maal Hijrah) Semua negeri
11 & 12 November (Isnin & Selasa) Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan sahaja
22 November (Jumaat) Hari Keputeraan Sultan Johor Johor sahaja
9 Disember (Isnin) Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor sahaja
11 Disember (Rabu) Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor sahaja
25 Disember (Rabu) Hari Krismas Semua negeri

 

Merancang percutian dengan baik dapat memberi kepuasan pada diri kita. Oleh itu, buatlah persiapan awal dan rancang percutian tahun 2013 dengan sebaik mungkin. Masa itu EMAS, jangan dipersia-siakan. Perancangan yang baik boleh menjimatkan perbelanjaan.


Spread the love

48 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!