Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah 114 Rakan Blogger telah mendaftar sebagai peserta contest Gadget Impian. Terima kasih kepada semua blogger yang telah menulis entri penyertaan contest Gadget Impian. Setelah diperiksa satu persatu penyertaan banyak juga blog yang tidak cukup syarat seperti yang telah ditetapkan. Team Denaihati telah menghubungi Rakan Blogger melalui email untuk update blog mengikut syarat yang telah ditetapkan dan hasilnya 103 blog layak menjadi peserta contest Gadget Impian dan 11 tidak layak kerana tidak lengkap.
Senarai Penuh @ Peserta Contest Gadget Impian.
Tugasan Contest Gadget Impian
1. 103 Peserta perlu menulis satu entri dengan memilih SATU gadget impian dan sebab mengapa gadget tersebut menjadi gadget impian dengan tajuk bebas. Jangan sesekali copy paste entri ini.
2. Entri mesti publish pada atau selepas jam 10.30 pagi waktu Malaysia atau 9.30 pagi waktu Indonesia Barat pada 19/11/2011. Peserta yang publish lebih awal akan terkeluar dari contest.
3. Di akhir setiap entri mesti ada ayat “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.
4. Tinggalkan komen “Gadget Impian saya adalah” dan letakan link entri tersebut diruangan commentLuv.
Syarat Contest Gadget Impian
1. 10 peserta akan dipilih ke peringkat akhir.
2. Pemilihan 10 peserta akhir berdasarkan jumlah markah yang paling tinggi diperolehi.
3. Setiap satu klik button RETWEET, FB like dan Google + 1 dikira satu markah.
4. Setiap satu komen di entri Gadget Impian tersebut akan dikira 1 markah.
5. Contoh sekiranya entri Gadget Impian tersebut mempunyai 10 klik Reweet, 15 klik FB like, 10 klik Google + 1 dan 20 komen maka jumlah markah adalah 55 markah.
6. Sekiranya terdapat peserta tertinggi mempunyai markah yang sama maka team Denaihati akan menilai kandungan entri dan sekiranya sama juga markah plugin Waktu Solat akan menjadi penentu.
7. Tugas peserta adalah mempromosi entri Gadget Impian yang telah dibuat semaksimum yang boleh untuk mendapat klik retweet, FB like, Google + 1 dan komen sebanyak yang mungkin.
8. Pemilihan 10 peserta terakhir juga tertakluk kepada gadget yang ditaja oleh sponsor. Kalau ada yang pilih komputer Sony Viao Z series confirm tak dapat.
9. Team Denaihati boleh mengubah syarat jika perlu pada bila-bila masa untuk kebaikan perjalanan contest Gadget Impian.
10. Contest pusingan pertama akan tamat pada 11.59pm, 4/12/2011.
Hadiah Contest Gadget Impian
1. 5 peserta pertama akan mendapat hadiah Gadget Impian pilihan mereka dan Makan Malam bersama team Deanaihati dan Sponsor.
2. 5 peserta kedua tertinggi mendapat sistem keselamatan blog tajaan Eizil.com, header blog tajaan Anarm.net dan Makan Malam bersama team Deanaihati dan Sponsor.
3. Semua peserta akan mendapat senaskah buku “Khalifah Ganti Superman” tulisan Tan Sri Ali Hashim.
4. Hadiah akan bertambah dari masa ke semasa bergantung kepada penambahan sponsor. Kepada yang nak sponsor boleh rujuk entri “Sponsor Contest blog Denaihati“. Sponsor masih diterima dan link blog atau websita anda akan dimasukan dalam senarai penaja yang akan ada pada setiap entri peserta contest Gadget Impian.
Semuga penjelasan ini jelas untuk semua peserta contest Gadget Impian. Sebarang persoalan boleh ditanya melalui contact atau pesanan melalui Facebook Denaihati. Semuga contest Gadget Impian akan menjadi platform kepada Rakan Blogger mencapai impian yang tersemat sekian lama. Semuga contest Gadget Impian memberi berbagai manafaat kepada sebarapa ramai Blogger yang sering bertandang ke blog Denaihati. Sukses semua.
771 Comments
Salam,
insyaallah akan mencuba macam biasa, tapi macam susah je tang FB LIKE tu hehe, takpelah cuba je dulu.
nie yang rasa nak tukar gadget impian nie hehehe 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Semak Keputusan UPSR 2011 melalui Online SMS
rasa nak tukar juga , boleh kot samsung note baru tu hehe
Curahan rasa puanbee @ ..Kelas Masakan Buat Sosej Gulung Yang Yummy
okey ada masa nak mengarang ni .. 19 yek…
Curahan rasa puanbee @ ..Kelas Masakan Buat Sosej Gulung Yang Yummy
Perah..jgn tak perah Bee.. Pas perah idea, promosi pulak.. 🙂
Curahan rasa zie fauzi @ ..SEMAK KEPUTUSAN UPSR MENERUSI MYSMS
Kena perah otak ni nak tulis entri sebagus mungkin 😉
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Website Hosting Malaysia Pilihan Ikhwan Shah [dot] Com
insyaallah akan cuba buat sebaik mungkin
Curahan rasa myvitrd @ ..Tinggal 31 Hari Lagi Dari Tarikh Jangkaan
fuh…mencabarnya syarat tu..hehe..kena challenge dengan top² blogger tuuu..xpe..boleh usaha
Curahan rasa cikgu naman @ ..Rabu Tanpa Kata- Gambar Bogel Cikgu Dari Kak Jie
Kena keluar sikit modak buat promosi. Kalau keluar rm200-300 dapat gadge rm1-2k kira berbaloi-baloi juga tu.
Tak apa, boleh juga kita mengukur kemampuan diri kita kan
Curahan rasa Steward John @ ..SEA Games 2011 Indonesia Medal Tally
agak2 kan samsung galexy note lepas tak … hiks
Curahan rasa namia @ ..UNTUK SEMUA SAYA MOHON MAAF
Insya Allah,akan cuba buat yang terbaik,selamat berjaya untuk semua
Curahan rasa wazy @ ..E-book KomputerSaya.com
tahniah kpd yg terpilih.
saya xterpilih, mungkin gajet impian mahal sgt. huhu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Pancake Floor Pillows: Set Bantal Lantai Berharga RM2365!
bro minta apa?
Curahan rasa ariff @ ..Kenapa Lelaki Suka Main Game?
macbook air 😛
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Pancake Floor Pillows: Set Bantal Lantai Berharga RM2365!
ada minta mbp boleh lepas. Mungkin ada silap di mana-mana ni..
Curahan rasa ariff @ ..Kenapa Lelaki Suka Main Game?
mungkin. xsmpt sgt nk check apa yg kurang. xpela, bukan rezeki gamaknya 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Renovasi Total Dapur Antik Kepada Moden
mmg tk de chance langsung la nampaknya…tk pe la..kita buat je entri nanti….huhuhu
Curahan rasa syamila @ ..Wordless Wednesday #13
Alhamdulillah, saya tercalon 🙂 Kiranya ini mengikut vote lah ya? 🙂 Jikalau berkesempatan, admin denaihati boleh senaraikan nama2 gatget di atas? Maksud saya jenama telefon bimbit tersebut 🙂 Itupun jikalau berkesempatan. Terima kasih 🙂
Curahan rasa Nurul Hanis Anasa @ ..AQUA LOMO CAMERA & MACAROON’S CONTEST
rasa-rasanya macbook air boleh lepas tak?
Curahan rasa ariff @ ..Kenapa Lelaki Suka Main Game?
serius saya nak tanya, saya mintak macbook pro lepas je, takde silap mana2 ke ni?
Curahan rasa afiqaiman @ ..Panduan Memperkenalkan Blog Berbilang Penulis
Rasanya lepas jer tu.. jangan jer harga macam sebiji kereta kancil dah la.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
tugasan dah keluar…. syaratnya mcm lebih kepada kepolularitian sesuatu blog.. blog yang femes maybe senang nak dapat klik n komen banyak…
ermmm… tak kisah la… yang penting cuba dulu..mana tau untung nasib boleh capai impian tu…. 🙂 Good luck untuk semua peserta….
Curahan rasa zie fauzi @ ..MANUSIA MEMANG TAK PERNAH PUAS KAN??
Gambate 🙂
Curahan rasa JebengOtai @ ..Ohaiyo Gozaimasu
Semoga berjaya.. tapi memang betul, kalau blog yang mempunyai network yang besar memang senang minta bantuan.. tapi tak apa, moga adanya contest macam ni boleh menambahkan lagi network kita tu
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
wow… nak kena fikir gadget ape nak rembat ni.. hehe..
ada had nilai ke gadget impian tu? kang x pasal² melebihi kemampuan sponsor.. 😀
Curahan rasa Fizz.My a.k.a. Mr.Bintang @ ..Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab…
kan dah tulis tu sony vaio z series tak lepas. yg tu lebih kurang 4k dah. melampau
Curahan rasa ariff @ ..Kenapa Lelaki Suka Main Game?
Bro kat Malaysia Z series terbaru cecah rm8k tu
hoho… patutlah. jadi macbook air boleh la lepas ni XD
Curahan rasa ariff @ ..Kenapa Lelaki Suka Main Game?
memandangkan aku belum ada laptop.. rasanya nak Macbook air gak lah.. hikhikhik..
Curahan rasa Fizz.My a.k.a. Mr.Bintang @ ..Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab…
Yang penting gadget tu memang berguna dan membantu kita pun dah cukup
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
tak tahu ler boleh buat ke tak ni.. huhu..
Curahan rasa Azizwan @ ..Wordless Wednesday #2 – Sampai Pun Kau
Kita cuba jer.. tak kisah kalah atau menang
Curahan rasa Steward John @ ..SEA Games 2011 Indonesia Medal Tally
selamat berjaya untuk semua peserta.
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 4
Terima Kasih… rasanya ramai yang dah bersungguh2 mempromosi blog masing-masing ni..
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
Comments are closed.