Sponsor contest terbesar Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku merancang nak buat contest paling besar untuk tahun 2011. Tujuan contest ini adalah untuk memenuhi impian Rakan Blogger yang ingin mempunyai gadget terkini tetapi belum berkemampuan. Antara gadget yang akan menjadi hadiah kepada pemenang adalah iPad 2, iPhone 4, Samsung Tab, Samsung Tab 2, Samsung Galaxy S 2 dan sebagainya mengikut jumlah sponsor yang terkumpul. Macam menarik tak?

Sehingga hari ini antara yang telah setuju menjadi sponsor adalah Al-Ansar Properties, eQurban.com, ServerFreak (Hosting Terbaik) dan paling terkini SILVERASIA (jadi orang pertama follow facebook SilverAsia).

Ada sesiapa lagi yang minat nak sponsor. Kami menerima sponsor individu atau syarikat dalam bentuk gadget dan wang tunai minimum RM200. Sebagai balasannya blog yang menjadi sponsor akan diberi ruang review percuma di blog Denaihati, link blog akan dimasukan di dalam setiap entri penyertaan blog peserta, dapat backlinks, trafik dan keistimewaan lain yang akan diumumkan kemudian. Kepada yang berminat sila email ke saya [at] denaihati [dot] com. Lagi banyak lagi bagus kerana lebih banyak hadiah akan disediakan.

Konsep contest akan diumumkan setelah semua sponsor dimuktamatkan. Yang pasti contest ini akan terbuka untuk semua rakan setia blog Denaihati walau dimana anda berada.


Spread the love

297 Comments

  1. Pingback: Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati | My Blog

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!