Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, harini dunia politik kita dikejutkan dengan rombakan kabinet yang telah dilakukan. Ianya diharapkan dilakukan untuk memberi kesan yang lebih baik dalam pentadbiran negara kita, Malaysia ini.
Berikut adalah senarai ahli kabinet baru yang telah dilantik dalam rombakan kabinet yang diumumkan pada jam 3 petang tadi:
Senarai jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015
- Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak
- Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
- Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
- Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
- Datuk Mah Siew Keong
- Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
- Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
- Datuk Azalina Othman
- Nancy Shukri
- Datuk Seri Abd Wahid Omar
- Datuk Dr Wee Ka Siong
- Datuk Paul Low Seng Kuan
- Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
- Senator Datuk Seri Idris Jala
- Tan Sri Panglima Joseph Kurup
- Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
- Datuk Razali Ibrahim
- Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Hal Ehwal Agama)
- Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin - Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:- Senator Datuk Lee Chee Leong
- Datuk Ahmad Maslan
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan
- Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit - Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Timbalan Belia dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Saidique - Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari - Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan: P. Kamalanthan
Senator Chong Sin Woon - Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan KPDNKK: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah - Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Ir Hamim Samuri - Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan II: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub - Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican - Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Azizah Mohd Dun
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun - Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin - Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Timbalan Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Ismail Muttalib - Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan - Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan: Datuk Yap Kain Ching
Berikut adalah beberapa gambar semasa sidang media mengumumkan rombakan kabinet petang tadi.
Sumber : Astroawani.com
85 Comments
Semoga dengan pelantikan menteri yang baru ini, peraturan jadi lebih ditegakkan.. Semangat untuk RIku tercinta..
Semoga Indonesia semakin maju kedepannya. Mengingat sering resuffle mentri, tapi kinerjanya biasa-biasa saja 🙁
kerajaan harus menumpukan kepada janji-janji yang diberikan masa PRU13 dulu…kena berusaha dengan keras untuk memenuhi janji tersebut….
Curahan rasa berita semasa online @ ..Tribunal Jenayah MH17 Gagal Ditubuh Akibat Kuasa Veto Rusia
Tiada apa yang boleh kita lakukan ketika ini, hanya terima spa yang berlaku. Kita hanya boleh buat perubshan pada PRU14 nanti. Itu pun jika kita bertekad beramai-ramai untuk bertukar ketika mengundi nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015
Kita tunggulah masa menggundi nanti, biar rakyat tentukan yang mana yang buat kerja atau tidak buat kerja..
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
Mana kawan mana lawan. Lawan terus bukan kawan.
Biasalah resam politik meamng macam ni. Baik pembangkang baik kerajaan.
Kita yang bawah2 ni usahalah sungguh2. Tingkatkan keupayaan diri dan ekonomi, dalam keadaan semasa yang mencabar.
Bak kat pakcik kat kampung saya: aku mana-mana parti menang, mana-mana YB menang pun, kalau tak pergi menoreh getah tak dapat bagi makan anak bini.
Curahan rasa zul onexox @ ..ONEXOX : Kadar MA Onexox Terbaru Lebih Jimat
Dalam politik kawan jadi lawan dan lawan jadi kawan. Begitulah yang selalu kita lihat. Sementara yang berkuasa semakin gila kuasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015
Itu memang betul, sesispa pun yang menang jadi YB, kita tetap bekerja juga untuk mencari rezeki tetapi ia dapat mberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan terbabit seperti surau, derma, sekolah, jalan raya dan sebagainya. Ia untuk kemudahan rakyat di sesebuah kawasan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015
siapa yang dapat peperiksaan online kelolaan SPA wajib tahu senarai ini, mungkin masuk periksa 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Susah Payah Jadi Jutawan
Memang betul tu ini soalan juga akan ditanya masa peperiksaan online SPA atau offline bukan begitu tuan Ikhwan?
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
dalam politik…. hampir tiada kawan sejati .. tiada musuh yg abadi…
terkesan jugak menteri pendidikan berubah lagi… entah apa pulak sistem pendidikan yg baharu ni nanti… budak2 akan jadi eksperimen lagi kah??
Curahan rasa muhammad nizam @ ..FAIL PPB INDIVIDU , PARTITION DAN APA YANG PERLU ADA
Nizam: Sepatutnya bagi jawatan Meteri pendidikan tu pada orang yang ada pengalaman sebagai pendidik dan pengalaman menguruskan system pendidikan supaya pendidikan Negara kita standing dengan Negara maju..
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
Politik kat Malaysia pada masa sekarang ni dah macam drama tamil hiks!
Curahan rasa Mrs. A @ ..Wordless Wednesday #47
Lain yang diharapkan tetapi lain pula yang jadi..semoga cepat la masa berlalu untuk rakyat buat penentuan baru…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
Aiii… Dalam maksud tu.. Apa yang diharap dan apa pula yang jadi? Kurang faham dengan maksud tersirat….
Curahan rasa Anuar @ ..Menu Terbaru Di Perkenalkan Di Restoran Pak Ya Nasi Pandan
Maksud tersirap tu apa ya? Adakah ia sesuatu yang kita tidak jangkakan. Apa pun kritikan yang kita lskukan tidak didengari oleh PM. Jalan yang paling berkesan tukar undi pada PRU14.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015
semoga mereka yang diamanahi jabatan bisa mengemban amanahnya dengan adil dan profesional dalam menjalankan tugasnya
Curahan rasa teh hitam blesstea @ ..Agen Blesstea Tasikmalaya
Harapannya macam tulah… Mereka masih ada amanah rakyat yang perlu dilaksanakan sepanjang tempoh memerintah…
Curahan rasa Anuar @ ..Menu Terbaru Di Perkenalkan Di Restoran Pak Ya Nasi Pandan
semoga barisan menteri baru ni dapat memperkukuhkan pentadbiran malaysia. biar lebih baik dari sebelum ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Mak Cun di Tv3
Macam tu yang kita harapkan dari pemimpin yang dilantik..berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
BN kena kembalikan kepercayaan rakyat setelah apa yg berlaku. isu 1mdb tak selesai lagi ni hoho!
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Mak Cun di Tv3
Sampai bila la nak selesai kes 1MDB ni kan, yang kita nampak isu ni semakin di putar belitkan tanpa ada penyelesaian pun
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
Masih susah nak terima hakikat polltik yg berlaku sekarang ini..sudah pening
Curahan rasa mrhanafi @ ..Telefon Pintar Tidak Menerima Isyarat
Rakyat yang semakin pening dengan kerenah pemimpin kan, rakyat pastinya berdoa untuk kesejahteraan negara..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
Noriza: Orang kampong pun sudah boleh menilai yang mana betul dan yang mana yang salah..
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
Ramai yang tahu banyak yang terjadi sesuatu yang kita boleh pertikaikan tentang PM ketika kini tetapi siapalah kita untuk mendesak beliau (PM) letak jawatan. Malahan beliau telah melantik konco-konconya dalam kabinet baru ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015
Berlaku kejutan dengan rombakan kabinet dengan pertukaran timbalan perdana menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi. Semoga Tan Seri Muhyiddin Yassin menerima krombakan ini dengan hati terbuka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Masih Setia Bersama Nuffnang
Sensasi2020: Terbuka atau tak tu kita lihatlah nanti. Biar masa menentukan, lama-lama tembelang akan pecah juga akhirnya..
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
Sani: Yup…. banyak ketidakadilan berlaku di bawah PM DS Najib tetapi kita hanya boleh buat perubahan pada PRU14 saja jika rakyat kehendaki dia diturunkan kerusi yang dipegangnya.
Kita lihat nanti…. masa yang menentukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Rombakan Kabinet Baru 2015
Semoga kabinet baru ini lebih baik dan negara kita terus aman, makmur dan damai walaupun ada kejutan dengan rimbakan tersebut.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Kelantan vs ATM Liga Super 28 Julai 2015
Comments are closed.