Sambutan Aidilfitri 2015 bersederhana

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri 1436H, sibuk beraya tak sedar sudah hampir seminggu tak update blog. Alhamdulillah tahun ini anak-anak dapat cuti sekolah lebih panjang jadi dapatlah kami menyambut Aidilfitri 2015 lebih lama bersama. Kami pulang ke kampung di Segamat malam raya selepas pengumuman hari raya olehย Penyimpan Mohor Besar Raja Raja. Alhamdulillah terlepas daripada kesesakan trafik jalan raya yang memang menjadi satu tradisi setiap kali hari raya.

Aidilfitri 2015 Masjid KLK
Jamuan di masjid selepas solat sunat Aidilfitri
Aidilfitri 2015 marhaban di rumah
Marhaban muda mudi singgah di rumah Segamat
seronok beraya dengan anak-anak muda di kampung
seronok beraya dengan anak-anak muda di kampung

Seronoknya berhari raya di kampung sendiri pada Syawal pertama apabila dapat bertemu dengan kawan-kawan kampung yang balik setahun sekali. Bukan senang nak jumpa kawan-kawan kampung kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing dan Syawal pertama adalah satu-satu peluang untuk berjumpa. Selain bertemu kawan-kawan kampung, kami menziarahi pak cik dan mak cik adik beradik abah dan emak di Segamat dan Muar. Memang seronok apabila dapat bertemuย sanak saudara.

Wan cik, atok saudara sebelah atok emak.
Wan cik, atok saudara sebelah atok emak.
Pak Long aziz di Kundang Ulu memang setiap tahun kami ziarah.
Pak Long Aziz di Kundang Ulu memang setiap tahun kami ziarah.
Beraya di Panchor Muar memang wajib setiap tahun.
Beraya di Panchor Muar memang wajib setiap tahun.
Beraya di rumah Tok Chik
Beraya di rumah Tok Chik

Raya kali ini tak semua adik beradik balik serentak. Malahan salah seorang adik sedang berada di Sepanyol keluar empat bulan atas maksud dakwah. Semuga ALLAH permudahkan urusan adik dan seluruh jemaah yang bersama. Beberapa tahun dulu adik keluar di Jordan dan kirimkan gambar pohon yang pernah Rasulullah SAW berteduh. Semuga suatu masa nanti aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti adik yang korban masa dan tenaga untuk agama ALLAH.

Sempat juga sambut hari jadi adik di rumah Pak Su
Sempat juga sambut hari jadi adik di rumah Pak Su
Ni sebahagian keluaga adik beradik Segamat
Ni sebahagian keluaga adik beradik Segamat
Ni sebahagian adik beradik di Sabak Bernam
Ni sebahagian adik beradik di Sabak Bernam

Kami pulang ke kampung Sabak Bernam pada Syawal ke tiga untuk berhari raya bersama dengan keluarga sebelah isteri. Keluarga Sabak Bernam memang besar, anak saudara je dah lebih 60 orang jadi nak jumpa semua memang susah sangat. Paling penting dapat bertemu bapak dan emak mertua yang dah mencecah usia lebih 80 tahun tetapi masih sihat dan kuat. Raya tahun ini tak sangka-sangka pulak dapat beraya dengan rakan-rakan Projek 2015 sehingga ke Sekinchan dan Sungai Nipah.

Dapat juga beraya rumah Ustazah Noor Aini
Dapat juga beraya rumah Ustazah Noor Aini
Beraya di Sungai Nipah rumah mertua Blogger Shakiddo
Beraya di Sungai Nipah rumah mertua Blogger Shakiddo
Beraya dengan rakan-rakan Projek 2015 di Sabak Bernam
Beraya dengan rakan-rakan Projek 2015 di Sabak Bernam

Kepada sahabat dan pembaca jemput datang ke rumah kami. Kalau tanya bila kami buat buat rumah terbuka … jawapannya hari-hari rumah kami terbuka. Tahun ini kami menyambut aidilfitri secara sederhana sahaja.

57 Comments

  1. wow, meriah sekali ya.. lalu untuk idul fitri 2016 ini gimana rencananya ? pasti lebih meriah dan mengesankan,,,, meski menurut anda sangat sederhana, menurut saya luar biasa… ๐Ÿ™‚

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!