Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam pindahkan abang dari Madrasah Arabiah Kluang ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam atas permintaan untuk menyambung STAM. Selagi anak belajar kami sebagai keluarga akan sentiasa menyokong kerana berapa ramai anak-anak Melayu yang sudah putus asa untuk menyambung pelajaran pada usia muda. 28 Januari 2015 akan terjawab segala pengorbanan selama setahun. Di SAMTTAJ jugalah kali pertama aku bertemu dengan insan hebat penderma hati, bro ensem Ahmah Khariri penulis 19 episod kisah beliau menderma hati.
Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2014 akan diumumkan keluar pada Rabu 28 Januari 2015. Turut dimaklumkan juga bahawa tiada applikasi semakan secara online tersedia namun keputusan STAM hanya boleh diperoleh menerusi sekolah masing-masing atau semakan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Semakan Keputusan STAM 2014 Menerusi Sekolah
Calon boleh mendapatkan keputusan STAM 2014 menerusi sekolah pada 28 Januari 2015 bermula pada pukul 10.00 pagi. Pastikan pelajar datang ke sekolah dengan pakaian kemas bukan seperti nak pergi ke parti rock dan jangan lupa bawa kad pengenalan.
Semakan Keputusan STAM 2014 SMS
Taip STAM <jarak> AngkaGiliran dan SMS ke 15888
Semuga anak-anak calon STAM 2014 mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang gagal jangan sesekali putus asa kerana sekali gagal bukan bermakna berakhir segalanya. Cuba lagi dan cuba lagi kerana semua insan hebat berjaya telah gagal berkali-kali. Kegagalan adalah guru yang terbaik kepada mereka yang bersabar.
Terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang telah mendidik anak bangsa kerana belum tentu ibu bapa di rumah dapat mendidik anak sendiri mengikut acuan Islam yang betul. Semuga anak-anak ini bakal menjadi insan yang akan memberi manafaat kepada seluruh alam.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Tips Kerjaya untuk adik-adik yang baru dapat keputusan STAM 2014
Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini
Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya samada kerajaan atau swasta! Klik Sini
Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini
Rahsia main Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
Tarikh-tarikh penting sesi akademik 2015/2016
- Jualan Unik ID BSN Dibuka – Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015
- Sistem Permohonan UPU Dibuka – Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang
- Hebahan Keputusan SPM/STPM/STAM 2014 – Minggu pertama Mac 2015
- Tarikh Umum Keputusan SPM 2014 – 3 Mac 2015
- Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016 – Minggu pertama Mei 2015
- Pengemaskinian maklumat permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf – 1 hingga 6 Mei 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)
- Hebahan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015 – Minggu ke-2 Mei 2015
- Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Tarikh jangkaan sistem dibuka adalah pada 2 Jun 2015 (tertakluk kepada perubahan)
- Pengemaskinian permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan Matrikulasi/Asasi – 3 hingga 9 Jun 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)
- Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Minggu ke-2 Jun 2015
- Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 15 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
- Pendaftaran Pelajar ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015 – 23 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
- Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU bagi 2015 – 7 hingga 14 Julai 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
- Hebahan keputusan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Minggu ke-2 Ogos 2015
- Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 1 hingga 2 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
- Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 6 hingga 12 September 2015 (Tarikh hebahan adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
- Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 17 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
59 Comments
Semoga mereka yang menunggu keputusan peperiksaan STAM akan mendapat keputusan cemerlang ye. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik
Mesti berdebar sangat waktu menunggu keputusan peperiksaan STAM 2014 ni keluar ye, Hehe ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik
Hari ini ya ada hasilnya semoga berhasil abang mungkin berdebar hati menunggu keluarnya hasil peperiksaan ini
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Ikhwan Berhenti Merokok (Fatwa Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Seputar Hukum Rokok)
oo ..baru pula Aya tahu ada peperiksaan STAM.. sgtlah aya xup to date
Curahan rasa Aya @ ..Malaysia Best Blog 2015 – 10 Blog Pilihan Terbaik
semoga adik-adik yang menunggu keputusan peperiksaan STAM akan mendapat keputusan cemerlang.
yang mendapat keputusan kurang tu jangan berputus asa. perlu berusaha lebih gigih
Curahan rasa zool @ ..Jalan-jalan Shah Alam 2015
all the best untuk semua calon stam esok… kalau cemerlang tahniah diucapkan.. kalau sebaliknya jangan sedih.. untuk berjaya ada cara lain , kita kena usahakan tuh … insyallah..
Curahan rasa zik @ ..Cara nak semak keputusan peperiksaan STAM 2014, melalui sms online
menuntut la ilmu sebanyak yang mungkin untuk menambahkan pengetahuan di dunia dan di akhirat…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Tempoh Sejam Mendebarkan Facebook dan Instagram Alami Masalah Teknikal
semoga semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang..mesti tengah berdebar adik-adik semau tu menunggu keputusan exam
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Malaysia Best Blog 2015
Semoga berjaya adik-adik dan mendapat keputusan yang cemerlang, banyakkan berdoa.
Curahan rasa Nurul @ ..Cara Mudah Buat Popcorn
goodluck untuk adik2…bljr rajin2 ya…tiba2 kan rasa rndu pulak nak belajar.. hehe
Curahan rasa zazazehra @ ..Salad Buah-Buahan Menu Diet Ringkas
semoga berjaya ye adik2 STAM…. Inilah bakal2 pemimpin agama pada masa hadapan
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Planning Your Business, Turning Ideas Into Actionable Steps.
all the best buat yg berjaya ya..yang tak berapa ok boleh ke bidang kemahiran
Curahan rasa adna2029 @ ..Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my
baru tahu ttg stam ni..nmpaksgt xambik tahu pasal ni..smoga anak2 yg ambil stam memperolehi kptusan yg memuaskan..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..The Last: Naruto The Movie Di Pawagam
saya pun baru dengar 1st time..semoga calon2 mendapat keputusan yg baik insyaallah
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Vimax 3D Izon Hologram
Kagum dgn anak2 muda yg pandai berbahasa arab kerana sy tau bahasa arab mmg susah. Saya belajar bahasa arab ms sekolah rendah pun dah susah..huhuhuhu .. Semoga berjaya semua
Curahan rasa Mama Olin @ ..Rahsia MUDAH untuk awet muda terbongkar !!!
Generasi pelapis utk masa depan. Mudahan lebih ramai lagi remaja mendalami dalam bidang ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia
ada seorang ex student saya ambil STAM…good luck pada semua yang sedang menunggu result!
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Pertama Tahun 2015
hehehehe …ku x smpai lagi ke arah ini ….sedih2 ..apa kan daya nk smpai ke kecundang di tgh jln
Saya pun tak pernah merasa ambil peperiksaan STAM.. Tak tahulah macam mana tahap kesukarannya. . Adakah lebih susah daripada STPM?
Curahan rasa anuar @ ..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
peperiksaan STAM mula tahun 2000, memang takde dulu2….
Wikipedia – Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar. Ia bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.
Curahan rasa Denaihati @ ..Charlie Hebdo lukis lagi kartun Rasulullah
STAM seratus peratus dalam bahasa arab jadi kalau tak mahir bahasa arab memang susah amat
Curahan rasa denaihati @ ..Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia
Comments are closed.