Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam pindahkan abang dari Madrasah Arabiah Kluang ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam atas permintaan untuk menyambung STAM. Selagi anak belajar kami sebagai keluarga akan sentiasa menyokong kerana berapa ramai anak-anak Melayu yang sudah putus asa untuk menyambung pelajaran pada usia muda. 28 Januari 2015 akan terjawab segala pengorbanan selama setahun. Di SAMTTAJ jugalah kali pertama aku bertemu dengan insan hebat penderma hati, bro ensem Ahmah Khariri penulis 19 episod kisah beliau menderma hati.
Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2014 akan diumumkan keluar pada Rabu 28 Januari 2015. Turut dimaklumkan juga bahawa tiada applikasi semakan secara online tersedia namun keputusan STAM hanya boleh diperoleh menerusi sekolah masing-masing atau semakan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Semakan Keputusan STAM 2014 Menerusi Sekolah
Calon boleh mendapatkan keputusan STAM 2014 menerusi sekolah pada 28 Januari 2015 bermula pada pukul 10.00 pagi. Pastikan pelajar datang ke sekolah dengan pakaian kemas bukan seperti nak pergi ke parti rock dan jangan lupa bawa kad pengenalan.
Semakan Keputusan STAM 2014 SMS
Taip STAM <jarak> AngkaGiliran dan SMS ke 15888
Semuga anak-anak calon STAM 2014 mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang gagal jangan sesekali putus asa kerana sekali gagal bukan bermakna berakhir segalanya. Cuba lagi dan cuba lagi kerana semua insan hebat berjaya telah gagal berkali-kali. Kegagalan adalah guru yang terbaik kepada mereka yang bersabar.
Terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang telah mendidik anak bangsa kerana belum tentu ibu bapa di rumah dapat mendidik anak sendiri mengikut acuan Islam yang betul. Semuga anak-anak ini bakal menjadi insan yang akan memberi manafaat kepada seluruh alam.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Tips Kerjaya untuk adik-adik yang baru dapat keputusan STAM 2014
Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini
Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya samada kerajaan atau swasta! Klik Sini
Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini
Rahsia main Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
Tarikh-tarikh penting sesi akademik 2015/2016
- Jualan Unik ID BSN Dibuka – Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015
- Sistem Permohonan UPU Dibuka – Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang
- Hebahan Keputusan SPM/STPM/STAM 2014 – Minggu pertama Mac 2015
- Tarikh Umum Keputusan SPM 2014 – 3 Mac 2015
- Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016 – Minggu pertama Mei 2015
- Pengemaskinian maklumat permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf – 1 hingga 6 Mei 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)
- Hebahan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015 – Minggu ke-2 Mei 2015
- Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Tarikh jangkaan sistem dibuka adalah pada 2 Jun 2015 (tertakluk kepada perubahan)
- Pengemaskinian permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan Matrikulasi/Asasi – 3 hingga 9 Jun 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)
- Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Minggu ke-2 Jun 2015
- Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 15 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
- Pendaftaran Pelajar ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015 – 23 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
- Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU bagi 2015 – 7 hingga 14 Julai 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
- Hebahan keputusan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – Minggu ke-2 Ogos 2015
- Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 1 hingga 2 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
- Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 6 hingga 12 September 2015 (Tarikh hebahan adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
- Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016 – 17 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)
59 Comments
Selamat menempuh liku2 berikutnya buat pelajar stam!
Setuju tu tuan dh…jasa pendidik mencorak anak bangsa seagama cukup besar
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
Tahniah untuk pelajar yang ambil peperiksaan STAM. Moga keputusan yg baik dwpat diperolehi nanti. Insya Allah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Siapa Pakar SEO Malaysia
tak sempat ambil stam.
sempat ambil SMA aje dulu.
oklah result. layak dah jadi kalau nak apply jadi ustaz sekolah rendah. hoho..
Curahan rasa titan @ ..Kisah Sontot Pemain Emas ETA 2015
Ok juga tu encik titan..asasnya penting..betul tak?
Apapun….jasa guru2 mmg terbaik!
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
asas memang penting dalam apa jua aspek sekalipun.
nak tak nak aje dari kita sebenarnya bab agama nih.
Curahan rasa titan @ ..Malaysia Best Blog 2015
dengan lahirnya pelajar STAM yang cemerlang, mereka boleh dijadikan pelapis kepada tokoh agamawan dan kepimpinan di Malaysia.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
teingat masa belajar dulu..ada exam yang selalu bikin stress..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Susu Badan Tiada, Bukan Salah Keturunan
Semoga pelajar-pelajar STAM akan mendapat keputusan yg cemerlang, lepas dapat result okay boleh la Fikir-fikir nak sambung belajar kat mana 🙂
Curahan rasa Zehn Ali @ ..Tips Temuduga (interview) Untuk Graduan
bagus jugak entry ni boleh buat rujukan kalau nak tahu tarikh penting.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Laman Web MAS Digodam
Pelajar-pelajar lepasan STAM hari ni ada peluang yang lebih cerah berbanding pelajar-pelajar yang terdahulu. Hari ni, banyak universiti yang tawarkan jurusan berkaitan syariah yang bersesuaian dengan kelayakan. Malah, bidang kerjaya juga lebih luas bila kita melihat pada industri perbankan Islam di Malaysia.
Curahan rasa Sylarius Yusof @ ..Spare the Rotan, Spoil the Anak
Setuju. Mereka kini semakin dipandang. Moga moga Islam kembali gemilang bermula dgn anak2 murid di stam menjadi pelopor penimpin.
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
Setiap calon harus alert dengan tarikh tarikh penting tu. Takut nanti terlepas dah tarikh tutup
Curahan rasa qtiechan @ ..Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya
Keputusan peperiksaan stpm penggal 3 pun akan diumumkan pada tarikh yang sama. Tetapi hanya melalui semakan di telefon sahaja
Curahan rasa qtiechan @ ..Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya
Semoga calon calon yang mengambil peperiksaan stam bakal memperolehi keputusan yang cemerlang insya Allah
Curahan rasa qtiechan @ ..Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya
Berita baik ni.. Ada seorang anak jiran saya ambil STAM tahun 2014.. Tentu dia dah tak sabar nak tahu keputusan..
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
mesti berdebar-debar tu, mak ayah pun sama juga. semoga anaknya dapat keputusan cemerlang nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Blogger Dr. Fatin Liyana dah bertunang rupanya
Good luck buat adik2 STAM 2014. Semoga keputusan yang kalian terima menambah semangat untuk terus menuntut ilmu.
Curahan rasa Laman Kerjaya @ ..Semakan Keputusan STAM 2014 Melalui SMS
“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”. Semoga semua calon berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
Amin Ya Rabbal Alamin. Sama sama la kita doakan kejayaan untuk mereka semua ya
Curahan rasa qtiechan @ ..Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya
Kita doakan mereka dapat keputusan yang cemerlang dan menjadi pengganti kepada kepimpinan negara kita 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..100 Soalan Yang Biasa Ditanya Dalam Temuduga
Sama-samalah kita doakan kejayaan calon Exam STAM 2014.. Melalui kejayaan mereka pada hari ini, dapat menyumbang kepada kejayaan negara pada masa akan datang… In Shaa Allah
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
Insya Allah. Mereka inilah harapan negara yang akan menjadi pemimpin bertanggungjawab kelak
Curahan rasa qtiechan @ ..Sporo igauan ngeri kucing dan pemiliknya
Kita doakan keputusan yg cemerlang buat semua calon-calon dan menjadi seorang yg sangat berguna pada bangsa dan tanah air.
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia Best Blog 2015
Semoga berjaya buat calon STAM. terima keputusan dgn hati terbuka dan terus sambung belajar ilmu dunia dan akhirat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Percutian Menarik di Hatyai – Part 2
In Shaa Allah.. Sama-samalah kita doakan kejayaan mereka pada hari Rabu ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer di rumah
Insya Allah. Semoga berjaya juga buat mereka. Semoga dapat bahagiakan ibu bapa dengan result mereka ini
Amiin. Semuga calon-calon STAM semua berjaya dan cemerlang dan berjaya utk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia
Comments are closed.