Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari yang mendebarkan bukan sahaja untuk Abang tetapi juga aku dan isteri. Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22/12/2011 setelah menunggu sekian lama. Calon PMR 2011 seluruh Negara boleh mengambil slip keputusan peperiksaan PMR 2011 di pejabat sekolah selepas jam 10.00am.
Mudir sekolah Abang sudah umumkan di hari akhir persekolahan 2011 yang slip keputusan peperiksaan PMR 2011 hanya boleh diambil pada 26/12/2011 serentak dengan mulanya sekolah untuk sessi 2012. Kami tahu Abang berharap sangat dapat keputusan yang baik supaya dia dapat berpindah ke SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Dengar cerita nak masuk SMKA Maahad Hamidiah ini mesti dapat PMR 8 – 9A. Kami sentiasa berdoa semuga cita-cita Abang tercapai.
Pasti tepat jam 10.00am, 22/12/2011 Abang akan semak keputusan PMR 2011 secara SMS. Sebelum ini Abang dah google cara semak keputusan PMR 2011. Abang kata Kementerian Pelajaran telah menyediakan perkhidmatan semak keputusan PMR 2011 melalui MySMS bermula jam 10.00am 22/12/2011 sehingga jam 12.00pm 28/12/2011. Mudahlah bagi Abang tak perlu nak tunggu 26/12/2011 untuk semak keputusan PMR2011.
Contoh Semak Keputusan PMR 2011 Secara SMS :
- Taip PMR SEMAK [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : PMR SEMAK 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Selama 3 tahun Abang berada di Madrasah yang terbaik dan semuga Abang mendapat keputusan yang terbaik. Kepada semua calon PMR 2011 apa juga keputusan yang diperolehi adalah ketentuan daripada ALLAH SWT yang pasti ada hikmahnya. Kepada yang berjaya tingkatan 4 bukan masa untuk honeymoon dan kepada yang kurang berjaya jangan putus asa kerana sudah banyak bukti mereka yang kurang cemerlang PMR boleh menjadi pelajar cemerlang SPM.
Ada kawan SMS katanya boleh semak keputusan PMR 2011 secara online @ Kementerian Pelajaran Malaysia
102 Comments
tahniah kpd semua yg berjaya. PMR ni br sekerat jalan. ramai je kawan2 saya yg xberjaya dpt semua A dlm PMR tp berjaya dpt straight As dalam SPM
Curahan rasa ekspresiruang @ ..‘Kitchen Island’ Daripada 20,000 Keping LEGO Oleh Pillard & Rossetti
Tahniah!!!
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
TAhniah kepada adik2 yang telah berjaya, kepada yang gagal tu jangan putus asa cuba lagi
Curahan rasa Syarih @ ..iPad – Apple Membina Sepenuhnya Keunikan Tersendiri.
Tahniahhh!
sy dlu pmr dpt ckit jer. tp syukurla..
TipsZones.com
maahad hamidiah?better masuk kisas kot..hehe
Skrng semua nyer senang..nk check result semua guna sms atau on9 je..dh x perlu pgi sekolah utk check
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
betul tu…
Curahan rasa Syarih @ ..iPad – Apple Membina Sepenuhnya Keunikan Tersendiri.
wah…..cam best…
tahniah buat abang…semoga berjaya mencapai apa yang dicita-citakan
Curahan rasa fauzi @ ..Bagaimana Menjana Wang Dengan Pelaburan Hartanah?
Haiiii..sangat senang bisa mampir di blog ini, salam hangat dari Denpasar Bali Indonesia
Yg tak cemerlang cuba pula SPM, 2 thn dr skrg.
Curahan rasa sensasi2020 @ .."PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN"
Yg berjaya dgn cemerlang dlm PMR, diucapkan tahniah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
senang skrg nak tahu result SMS je. Tidak ada anak yg ambil PMR tahun ni. 2 thn lagi ada. Kena belajar bermula dari skrg.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
sekedar berkunjung saja om..
eksis terus yah..
hemm semoga kita bisa menggunakan tekhnologi sebaik bainya…
teknologi memudahkan..
Curahan rasa Syarih @ ..iPad – Apple Membina Sepenuhnya Keunikan Tersendiri.
Comments are closed.