Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari yang mendebarkan bukan sahaja untuk Abang tetapi juga aku dan isteri. Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22/12/2011 setelah menunggu sekian lama. Calon PMR 2011 seluruh Negara boleh mengambil slip keputusan peperiksaan PMR 2011 di pejabat sekolah selepas jam 10.00am.
Mudir sekolah Abang sudah umumkan di hari akhir persekolahan 2011 yang slip keputusan peperiksaan PMR 2011 hanya boleh diambil pada 26/12/2011 serentak dengan mulanya sekolah untuk sessi 2012. Kami tahu Abang berharap sangat dapat keputusan yang baik supaya dia dapat berpindah ke SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Dengar cerita nak masuk SMKA Maahad Hamidiah ini mesti dapat PMR 8 – 9A. Kami sentiasa berdoa semuga cita-cita Abang tercapai.
Pasti tepat jam 10.00am, 22/12/2011 Abang akan semak keputusan PMR 2011 secara SMS. Sebelum ini Abang dah google cara semak keputusan PMR 2011. Abang kata Kementerian Pelajaran telah menyediakan perkhidmatan semak keputusan PMR 2011 melalui MySMS bermula jam 10.00am 22/12/2011 sehingga jam 12.00pm 28/12/2011. Mudahlah bagi Abang tak perlu nak tunggu 26/12/2011 untuk semak keputusan PMR2011.
Contoh Semak Keputusan PMR 2011 Secara SMS :
- Taip PMR SEMAK [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : PMR SEMAK 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Selama 3 tahun Abang berada di Madrasah yang terbaik dan semuga Abang mendapat keputusan yang terbaik. Kepada semua calon PMR 2011 apa juga keputusan yang diperolehi adalah ketentuan daripada ALLAH SWT yang pasti ada hikmahnya. Kepada yang berjaya tingkatan 4 bukan masa untuk honeymoon dan kepada yang kurang berjaya jangan putus asa kerana sudah banyak bukti mereka yang kurang cemerlang PMR boleh menjadi pelajar cemerlang SPM.
Ada kawan SMS katanya boleh semak keputusan PMR 2011 secara online @ Kementerian Pelajaran Malaysia
102 Comments
Semakin canggih teknologi dan kemudahan yang sedia ada, sama-sama manfaatkannya. Gunakan peluang menambah baik kemahiran yang sedia ada.
Curahan rasa lo @ ..Forthcoming Events and Training
ramai calun dari MRSM tidak dapat 8A disebabkan bahasa inggeris…..apa sudah jadi dengan MRSM
Curahan rasa Homestay Melaka @ ..Muzium Kapal Selam di bumi Hang Tuah
mesti dpt keputusan terbaik nih… tahniah. semoga tercapai yg dicita2kan..
Curahan rasa kakyong @ ..Jom kenali saya @ Contest kenali blogger
kemajuan teknologi semakin memberikan kemudahan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Happy Holidays From Google
terutama kemajuan dalam bidang teknologi informasi tentunya
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Happy Holidays From Google
senang…
Curahan rasa Liyana Ahmad @ ..Elaun Wad+Operation Dah Diterima
boleh cek pkai sms..ni baek ni..
kalau saya sih mbak ikutan exkul PKS
Curahan rasa obat herbal penyakit gagal ginjal @ ..Cara ampuh mengobati Kanker Kelenjar Getah Bening
zaman skrg ni sng jer semua di hujung jari kan …
tp masih best pegi check result ramai2 kat skolah .. dpt tgk macam2 gelagat dan ragam … 🙂 *kenangan manis ambik result dolu2 … :p
Abang mesti dpt result baek punyaaa …
sy yg xbrape pndai ni pun dpt 9A alhmdulillah … tp SPM xpulak straight A .. tu sbb jd surirumah je kot? hihi … xdelah…xdekaitan sume tu …
moga2 Abang dpt teruskn di Madrasah terbaik juga lepas ni 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Baby Cute Contest
adik saya dapat 6A 2B..
Curahan rasa lin azlina @ ..Bedak RONASUTRA best ker???
thniah utk adik lin .. 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Baby Cute Contest
makin hari makin ramai orang yg pandai… moga negara kita makin maju… jgn bila dah maju akademik makin mundur akhlak… sama2 kita berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan negara yg tercinta.
Curahan rasa saiful @ ..Gambar Orang Diterkam Harimau Bintang Antara Gambar Terbaik Dari Boston dot com (12 Gambar)
semua di hujung jari kan…
so camana result? mesti abg teror cam daddy dia kan…
pasni leh try abg uat blog lak, lawan daddy …heehee
Curahan rasa noriz @ ..Busy seminggu – cuti, SBPA, keje, ASB & dinner Arabian..
pmr je,SPM ka ade.. 🙂
mesti ada punyalah, tapi nanti la dah nak dekat keluar dia akan umukan..
Curahan rasa CMRatu @ ..Tak Nak Merokok!
hehe.. mudah betul sekarang ni.. tak boleh sorok dari mak ayah keputusan..
Curahan rasa CMRatu @ ..Tak Nak Merokok!
semak melalui sms memang mudah tapi kalau gi amik sendiri baru feel.. neves abis
Curahan rasa penulisblogdotcom @ ..Imej-Mesra Pembaca
Comments are closed.