Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari yang mendebarkan bukan sahaja untuk Abang tetapi juga aku dan isteri. Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22/12/2011 setelah menunggu sekian lama. Calon PMR 2011 seluruh Negara boleh mengambil slip keputusan peperiksaan PMR 2011 di pejabat sekolah selepas jam 10.00am.
Mudir sekolah Abang sudah umumkan di hari akhir persekolahan 2011 yang slip keputusan peperiksaan PMR 2011 hanya boleh diambil pada 26/12/2011 serentak dengan mulanya sekolah untuk sessi 2012. Kami tahu Abang berharap sangat dapat keputusan yang baik supaya dia dapat berpindah ke SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Dengar cerita nak masuk SMKA Maahad Hamidiah ini mesti dapat PMR 8 – 9A. Kami sentiasa berdoa semuga cita-cita Abang tercapai.
Pasti tepat jam 10.00am, 22/12/2011 Abang akan semak keputusan PMR 2011 secara SMS. Sebelum ini Abang dah google cara semak keputusan PMR 2011. Abang kata Kementerian Pelajaran telah menyediakan perkhidmatan semak keputusan PMR 2011 melalui MySMS bermula jam 10.00am 22/12/2011 sehingga jam 12.00pm 28/12/2011. Mudahlah bagi Abang tak perlu nak tunggu 26/12/2011 untuk semak keputusan PMR2011.
Contoh Semak Keputusan PMR 2011 Secara SMS :
- Taip PMR SEMAK [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : PMR SEMAK 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Selama 3 tahun Abang berada di Madrasah yang terbaik dan semuga Abang mendapat keputusan yang terbaik. Kepada semua calon PMR 2011 apa juga keputusan yang diperolehi adalah ketentuan daripada ALLAH SWT yang pasti ada hikmahnya. Kepada yang berjaya tingkatan 4 bukan masa untuk honeymoon dan kepada yang kurang berjaya jangan putus asa kerana sudah banyak bukti mereka yang kurang cemerlang PMR boleh menjadi pelajar cemerlang SPM.
Ada kawan SMS katanya boleh semak keputusan PMR 2011 secara online @ Kementerian Pelajaran Malaysia
102 Comments
abang siapa nih??
Curahan rasa titan @ ..Evolusi Sinar Niaga 2011
lor titan ni … abang tu panggilan utk anak bro DH ni la … hehehe
Tak best la tgok keputusan sms, kna pi skolah gak sbb boleh share kegembiraan dengan kengkawan yg lain
OFF TOPIC: SILA MATIKAN FUNGSI AUTO REFRESH DI WEBSITE ANDA!! KOMEN ASYIK TERPADAM LEPAS REFRESH!!
Curahan rasa ZoOL @ ..Plastic Pulse for Windows 7 [Desktop]
Selamat taniah yang pada berjaya, dan kurang berjaya jangan mudah putus asa.
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
tahniah kat adik, dapat ..alhamdulilah, harap abang dia ni boleh bagi kata2 peransang dan semangat lagi untuk terus berjuang :)tahniah kat adik, dapat ..alhamdulilah, harap abang dia ni boleh bagi kata2 peransang dan semangat lagi untuk terus berjuang 🙂
adik lelaki pon tadi dah ambil result..keputusan cukup2 je.. bisalah lelaki ni malas sikit baca buku… huhu
Curahan rasa myvitrd @ ..Maybank2u Dalam Aplikasi Android | Saya Dah Guna Anda Bila Lagi
setuju!adik lelaki sy pon cmtu jgk..lelaki mmg slow sikit kn?huhu
adik ak result trok…waaaaaaa
Curahan rasa Syapit @ ..InDaH dI lUaR iNdAh Lg DaLaMnYa….
wahh..dunia semakin canggih kan, leh cek tru sms aje.. apapun, tahniah buat yang mencapai target, kepada yang tak, jgn bersedih, ada 2 thn utk perbaiki dan mencapai target anda..
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Belle of August & September
adoiiii…dpt 5A jer
Curahan rasa mijae @ ..Terima Kasih K-Pop Kerana Berjaya Menjahanamkan Anak Muda Melayu dan Islam
Bersyukurlah
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Movies
tahniah kepada adik2 yg mndpat keputusan cemerlang…yg x dpt keputusan yg diidamkan…jgn sedih2 ya…:p
Curahan rasa chii @ ..Sifat Yang Menghilangkan Bahagia Di Hati
tahniah buat abang ~ nanti ayah beli hadiah ye..
Curahan rasa puanbee @ ..Cara Buat Popcorn Di Rumah Senang Je !
tahniah kpd adik2 yg telah mendapat kptusan yg cemerlang…truskn usaha anda!!
Curahan rasa izah @ ..nurfarizah | about my life & my product: COCO COLLAGEN POWER PLUS
semoga cemerlang
Curahan rasa Acik @ ..Kalau Nak, Tekan Jer
Tahniah kepada yang mendapat keputusan PMR yang baik,memang betul tu,apabila amsuk ke tingkatan 4 bukan masa kita bersenang-lenang dan honeymoon,banyak pesiapan untuk mengambil SPM pula dan ianya lebih mencabar
Curahan rasa wazy @ ..Gambar Menarik #2
salam..
tahniah pada yang berjaya
yang kurang berjaya jangan
sedih2..
Curahan rasa zulkbo @ ..Terkini PMR 2011: 34,271 Dapat Gred A Semua Mata Pelajaran
Dulu waktu PMR mmg neves giler nk tnggu kptsn kluar..tpksa g ambik kat skool sbb xdpt nk cek guna sms..cuma wktu result stpm je sempat nk cek guna sms…
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
Comments are closed.