Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari yang mendebarkan bukan sahaja untuk Abang tetapi juga aku dan isteri. Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22/12/2011 setelah menunggu sekian lama. Calon PMR 2011 seluruh Negara boleh mengambil slip keputusan peperiksaan PMR 2011 di pejabat sekolah selepas jam 10.00am.
Mudir sekolah Abang sudah umumkan di hari akhir persekolahan 2011 yang slip keputusan peperiksaan PMR 2011 hanya boleh diambil pada 26/12/2011 serentak dengan mulanya sekolah untuk sessi 2012. Kami tahu Abang berharap sangat dapat keputusan yang baik supaya dia dapat berpindah ke SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Dengar cerita nak masuk SMKA Maahad Hamidiah ini mesti dapat PMR 8 – 9A. Kami sentiasa berdoa semuga cita-cita Abang tercapai.
Pasti tepat jam 10.00am, 22/12/2011 Abang akan semak keputusan PMR 2011 secara SMS. Sebelum ini Abang dah google cara semak keputusan PMR 2011. Abang kata Kementerian Pelajaran telah menyediakan perkhidmatan semak keputusan PMR 2011 melalui MySMS bermula jam 10.00am 22/12/2011 sehingga jam 12.00pm 28/12/2011. Mudahlah bagi Abang tak perlu nak tunggu 26/12/2011 untuk semak keputusan PMR2011.
Contoh Semak Keputusan PMR 2011 Secara SMS :
- Taip PMR SEMAK [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : PMR SEMAK 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Selama 3 tahun Abang berada di Madrasah yang terbaik dan semuga Abang mendapat keputusan yang terbaik. Kepada semua calon PMR 2011 apa juga keputusan yang diperolehi adalah ketentuan daripada ALLAH SWT yang pasti ada hikmahnya. Kepada yang berjaya tingkatan 4 bukan masa untuk honeymoon dan kepada yang kurang berjaya jangan putus asa kerana sudah banyak bukti mereka yang kurang cemerlang PMR boleh menjadi pelajar cemerlang SPM.
Ada kawan SMS katanya boleh semak keputusan PMR 2011 secara online @ Kementerian Pelajaran Malaysia
102 Comments
skrg ni dah senang ..guna SMS je utk dptkan result
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 9 – Sila merokok ditempat yang disediakan
zaman saya dulu, bangun pagi2 utk ke sekolah, lepas tu beratur kat pejabat guru besar utk ambil result. Takutnya Allah saja yg tahu, smpi tak nak bercakap dgn kwn2
Curahan rasa rosezha @ ..Aplikasi Mesej Keselamatan khas untuk wanita
serupa la kite…eheh
Curahan rasa Syarih @ ..iPad – Apple Membina Sepenuhnya Keunikan Tersendiri.
next year saya dah PMR. Mesti dapat yang terbaik!
Curahan rasa Joel Leslie @ ..TOP UP GIVEAWAY by JOEL & QIL
teknologni makin maju..semak result kat dalam tandas pun boleh..kihx3
amik result pergh… neves habis.. last skali.. boleh redha je.. thun 2006… 4a 3b 1c… hehehe..
Curahan rasa Norfa @ ..The Fact of the New Banknote Design Ringgit Malaysia 2012
teknologi yg ada sekarang byk memberi kemudahan kepada semua asal kita masih bijak utk mengabaikan yg buruknya…moga doa ayah dan ibu utk abang mencapai keputusan cemerlang dan dpt bertukar sekolah diterima Allah SWT…amin
Bagi saya amik result exam dengan slip lebih ada sentimental value….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Laptop PILIHAN HAZMANFADZIL.COM untuk tahun 2012
makin byk kemudahan seiring dengan kemajuan zaman…
semoga berjaya wat abang,.
Curahan rasa jedi @ ..Masalah Sosial: Katakan Tak Nak
harap impian abang tercapai
Curahan rasa futbol @ ..KEPUTUSAN PMR 2011
semoga berjaya abang
Curahan rasa futbol @ ..LUIS SUAREZ BERSALAH
semoga abang dapat result yg baik dan masuk sekolah yg diingini
Curahan rasa ila @ ..Nasi Lemak Daun Pisang
takde sedara amek PMR taun ni..hehehe
Curahan rasa nizam @ ..Wordless Wednesday : Cookies Punya Pasal
sama la.. takde jugak.. huhu..
Curahan rasa Norfa @ ..The Fact of the New Banknote Design Ringgit Malaysia 2012
Semoga dapat keputusan elok dan hasrat nak pindah sekolah tercapai…
Curahan rasa GreenLava @ ..How To Customize Related Posts Plugin: nRelate for Blogger
tahniah kpd yg cemerlang.. 🙂
macam mana hendak chek dalam web
Comments are closed.