Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menyelesaikan hutang kereta yang aku beli pada tahun 2005 ni. Sembilan tahun membayar pinjaman kereta dengan berbagai pengalaman pahit dan manis. Hari ini aku dapat pegang geran kereta atas nama aku yang sudah bebas daripada hutang. Memang lega betul bila bebas daripada hutang, hanya mereka yang pernah melalui dapat merasai kemanisan pengalaman ini. Meminjam memang senang tapi nak bayar hutang memang liat, rasa sayang je nak keluar duit sehingga lupa tanggungjawab peminjam sehingga disebut dalam Al Quran.
Pepatah orang tua dahulu memang benar, susah-susah dahulu sebang-senang kemudian. Sembilan tahun dahulu aku tak mampu nak beli kereta dengan pinjaman kurang sembilan tahun walaupun aku tahu hutang yang terlalu lama akan menyusahkan. Nak dapat kereta sendiri pun aku terpaksa tunggu hampir 10 tahun selepas bekerja. Sebelum tu naik turun bas kalau nak kemana-mana kemudian ada duit sikit beli motor cup yang akhirnya kena curi pulak. Itulah antara secebis kisah kesusahan aku dahulu merangkak sendiri membina kehidupan sebab tu beruntung sangat anak-anak muda sekarang keluar U je dah mampu beli kereta. Cuma pesan aku kepada anak-anak muda jangan sesekali hidup lebih daripada kemampuan kerana ianya pasti memakan diri suatu hari nanti.
Setelah membaca banyak buku biografi jutawan, sekarang aku tidak lagi membeli kereta baru. Aku lebih suka mencari kereta terpakai yang berkualiti baik. Sebabnya pertama aku boleh dapat harga yang lebih murah dan kedua yang paling penting susut nilai kereta terpakai tidak seteruk kereta baru. Nak cari kereta terpakai yang bagus kena banyak bersabar dan perlu ada kawan-kawan dalam rangkaian menjual kereta terpakai. Lagi pun aku menggunakan kereta bukan untuk bergaya tetapi sebagai alat untuk menambah pendapatan bila tiba masa perlu tukar aku akan tukar tanpa rasa sayang. Nak sayang pada kereta pun untuk apa kerana ianya bukan alat pelaburan melainkan kalau buat bisnis sewa kereta. Aku berusaha ikut semua peraturan JPJ seperti peraturana cermin gelap dan had laju supaya tidak membazir membayar saman hanya kerana nak memuaskan nafsu sendiri.
Pengalaman susah payah menjadi aku lebih matang untuk melalui kehidupan. Kejayaan memang tiada jalan singkat. Paling penting pengalaman kekentalan melalui musim hidup ketika susah yang boleh dibawa untuk mengharungi berbagai musim kehidupan yang lain. Cara kita mencari rezeki kena berubah mengikut musim contohnya hari ini musim buat duit secara online, dua tiga tahun lagi trend mencari duit secara online mungkin sudah ketinggalan jadi dengan pengalaman kesusahan kita boleh melalui kehidupan dalam apa juga musim kehidupan. Ayat ini memang tinggi mungkin orang muda susah nak faham tetapi suatu hari nanti inshaa Allah anda akan faham apa maksudnya.
Bukan senang nak jadi senang kalau tidak bersedia menghadapi tekanan pasti akan kecewa kemudian hari. Kesenangan tak datang sekelip mata perlukan pengorbanan masa, keluarga, tenaga dan modal tetapi lebih indah apabila kesenangan datang bersama iman dan taqwa.
194 Comments
memang best kalau dah setel bayar hutang kereta…lepas habis bayar duit kereta..hanya fokuskan untuk bayar duit rumah pulak
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Tahniah bang…saya pun berharap kalau saya ada kereta nanti, saya mahu selesaikan hutang kereta cepat-cepat supaya lebih nikmat menggunakan kereta yang sudah habis dibayar… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Lega sikit kalau kita dah selesai bayar hutang kereta ini. Takdelah rasa banyak beban lagi.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
itu sangat betul..tapi kadang-kadang banyak godaan bila dah abis bayar kereta..ada je kereta baru yang cantik-cantik
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
bila dah selesai bayar hutang kereta rasa lega sebab jim 400-600 sebulan. boleh buat simpanan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
suami ada lg 4thn hutang kereta…mujur kereta masih elok dan semoga masih kekal begitu..
Curahan rasa shamiera osment @ ..Cons Project Kuala Lumpur
memang lega bila hutang dah selesai,tapi?diriku ada 8 tahun lagi hutang kereta dengan bank..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
memang rasa lega bila bebas dari hutang dan boleh manage kewangan semula mesti boleh saving lagi banyak sebab dah tak perlu bayar hutang banyak2
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
perasaan bebas dari hutang tu yg paling best. Allah je tahu nikmatnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ada yang kata lama sangat 9 tahun. tapi nak buat mcm mana dah tak mampu hehhe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
memang macam tulah bila nak memakai kereta baru..berhutang adalah satu jalan untuk memiliki kereta..bagi yang kaya..selamba je beli cash..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
yang tak berapa kaya pun boleh jugak beli cash tapi kereta 2nd hand la. hihi
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
hahah..itu betul jugak tu..kereta second hand yang bawah 10k bolehla cash..kalau atas dari tu…berpikir panjang jugaklah
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
bila dah habis semua hutang pasti hidup akan terasa lebih senang …..
kita org sendiri beli kereta terbaik dengan harga belas ribu tapi keadaan masih elok dan di jaga dengan sempurna
keadaan sekarang dengan keadaan ekonomi yang tak menentu adalah lebih baik elak daripada menambah hutang
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
lebih baik guna kereta tu selag ia msih elok. tak payah beli kereta lain lagi. jimat sikit
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kepada yang nak membuat akad jual beli dengan bank bagi mendapatkan kereta yang ingin dimiliki (BACA: bukan pinjaman konvensional ye), pastikan anda baca semua kontrak, dan anda periksa betul-betul bajet keluarga supaya anda tidak menjadi tegang dalam tempoh 7-9 tahun pembelian dan pemilikan kenderaan tersebut.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai Blogger
Kereta adalah sebuah barang yang sentiasa jatuh harganya dan susut nilainya. Oleh yang demikian, membeli kereta mewah sedangkan diri sendiri belum kaya, adalah tindakan kurang bijak. Fokus kepada perbelanjaan pada aset, dan jika sudah ada sebuah kereta, tak perlulah membazirkan wang dengan membeli kereta ke-3, apatah lagi dengan harga yang sangat mahal.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..17 Cara Buat Duit Sebagai Blogger
jadi beli lah ikut kemampuan. jangan berbelanja lebih dan jangan berhutang
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ayah saya beli kreta second jer dia beli dari kawannya katanya yang penting takde interest bayar mengikut harga jual.
beli kereta 2nd hand pun bagus. kereta terpkai tapi masih dalam keadaan baik. mcm baru. jimat.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul, saya masih dalam tempoh membayar ansuran bulanan kereta. Memang agak terbeban sebenarnya untuk membayar hutang ni. Tapi bila fikir dua kali, kereta itu sebenarnya satu keperluan juga, kena redha. Tidak mengapa, pelan-pelan membayar.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sangat setuju…bagi yang mampu..boleh bayar downpayment yang tinggi..yang biasa-biasa..kenelah berhutang kereta sampai 9 tahun..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Betul la,saya pun beli kereta 2nd ja..yg ptg condition ok lg…keta br ni koyak plastik ja pun..yg lain semua sama
Curahan rasa nord @ ..Kelebihan Kolagen Shaklee #collagenpowder
Apabila bebas dari beban hutang terasa seperti merdeka! Satu nikmat yang tidak terkata… Apa yang tuan rasa…teringin sekali saya rasai, tinggal kurang setahun jer lagi ni nak abis bayar!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
bila dah habis hutang kereta rasa hilang satu beban. tapi rasa nak tukar kereta lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.