Selesai bayar hutang kereta sembilan tahun

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menyelesaikan hutang kereta yang aku beli pada tahun 2005 ni. Sembilan tahun membayar pinjaman kereta dengan berbagai pengalaman pahit dan manis. Hari ini aku dapat pegang geran kereta atas nama aku yang sudah bebas daripada hutang. Memang lega betul bila bebas daripada hutang, hanya mereka yang pernah melalui dapat merasai kemanisan pengalaman ini. Meminjam memang senang tapi nak bayar hutang memang liat, rasa sayang je nak keluar duit sehingga lupa tanggungjawab peminjam sehingga disebut dalam Al Quran.

geran kereta original

Pepatah orang tua dahulu memang benar, susah-susah dahulu sebang-senang kemudian. Sembilan tahun dahulu aku tak mampu nak beli kereta dengan pinjaman kurang sembilan tahun walaupun aku tahu hutang yang terlalu lama akan menyusahkan. Nak dapat kereta sendiri pun aku terpaksa tunggu hampir 10 tahun selepas bekerja. Sebelum tu naik turun bas kalau nak kemana-mana kemudian ada duit sikit beli motor cup yang akhirnya kena curi pulak. Itulah antara secebis kisah kesusahan aku dahulu merangkak sendiri membina kehidupan sebab tu beruntung sangat anak-anak muda sekarang keluar U je dah mampu beli kereta. Cuma pesan aku kepada anak-anak muda jangan sesekali hidup lebih daripada kemampuan kerana ianya pasti memakan diri suatu hari nanti.

gambar kereta honda civic

Setelah membaca banyak buku biografi jutawan, sekarang aku tidak lagi membeli kereta baru. Aku lebih suka mencari kereta terpakai yang berkualiti baik. Sebabnya pertama aku boleh dapat harga yang lebih murah dan kedua yang paling penting susut nilai kereta terpakai tidak seteruk kereta baru. Nak cari kereta terpakai yang bagus kena banyak bersabar dan perlu ada kawan-kawan dalam rangkaian menjual kereta terpakai. Lagi pun aku menggunakan kereta bukan untuk bergaya tetapi sebagai alat untuk menambah pendapatan bila tiba masa perlu tukar aku akan tukar tanpa rasa sayang. Nak sayang pada kereta pun untuk apa kerana ianya bukan alat pelaburan melainkan kalau buat bisnis sewa kereta. Aku berusaha ikut semua peraturan JPJ seperti peraturana cermin gelap dan had laju supaya tidak membazir membayar saman hanya kerana nak memuaskan nafsu sendiri.

gambar peraturan baru cermin gelap kereta
Peraturan baru cermin gelap JPJ bermula JUn 2014.

Pengalaman susah payah menjadi aku lebih matang untuk melalui kehidupan. Kejayaan memang tiada jalan singkat. Paling penting pengalaman kekentalan melalui musim hidup ketika susah yang boleh dibawa untuk mengharungi berbagai musim kehidupan yang lain. Cara kita mencari rezeki kena berubah mengikut musim contohnya hari ini musim buat duit secara online, dua tiga tahun lagi trend mencari duit secara online mungkin sudah ketinggalan jadi dengan pengalaman kesusahan kita boleh melalui kehidupan dalam apa juga musim kehidupan. Ayat ini memang tinggi mungkin orang muda susah nak faham tetapi suatu hari nanti inshaa Allah anda akan faham apa maksudnya.

Bukan senang nak jadi senang kalau tidak bersedia menghadapi tekanan pasti akan kecewa kemudian hari. Kesenangan tak datang sekelip mata perlukan pengorbanan masa, keluarga, tenaga dan modal tetapi lebih indah apabila kesenangan datang bersama iman dan taqwa.


Spread the love

194 Comments

  1. masa JPJ nak buat kuatkuasa cermin gelap tu, banyak bantahan terutamanya dari golongan hawa.
    yalah, mereka pun risau pasal keselamatan mereka lagi2 banyak kes jenayah sekarang ni

  2. Sokong entri ini.. Dulu masa umpa tuan Denaihati ada mention tentang beli kereta 2nd…
    Sejak tue, saya target kereta 2nd je bila nak beli…
    Tapi so far tak beli lagi.. cuma next time aku ikut tips ini.. TQ…
    Curahan rasa fazrol @ ..Blogger yang makan Cadburry!My Profile

  3. Walaupun saya orang muda (hahaha.. perasan sekejap), tapi saya faham apa yang abang DH maksudkan, kerana saya pun dah banyak melalui kesusahan.. Insya Allah ia adalah satu pengalaman berharga buat saya.. Dan saya bersyukur kerana Allah pilih saya untuk berikan kesusahan kerana menjadikan saya lebih bersyukur dengan apa yang saya perolehi..
    Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk BerpantangMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!