Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menyelesaikan hutang kereta yang aku beli pada tahun 2005 ni. Sembilan tahun membayar pinjaman kereta dengan berbagai pengalaman pahit dan manis. Hari ini aku dapat pegang geran kereta atas nama aku yang sudah bebas daripada hutang. Memang lega betul bila bebas daripada hutang, hanya mereka yang pernah melalui dapat merasai kemanisan pengalaman ini. Meminjam memang senang tapi nak bayar hutang memang liat, rasa sayang je nak keluar duit sehingga lupa tanggungjawab peminjam sehingga disebut dalam Al Quran.
Pepatah orang tua dahulu memang benar, susah-susah dahulu sebang-senang kemudian. Sembilan tahun dahulu aku tak mampu nak beli kereta dengan pinjaman kurang sembilan tahun walaupun aku tahu hutang yang terlalu lama akan menyusahkan. Nak dapat kereta sendiri pun aku terpaksa tunggu hampir 10 tahun selepas bekerja. Sebelum tu naik turun bas kalau nak kemana-mana kemudian ada duit sikit beli motor cup yang akhirnya kena curi pulak. Itulah antara secebis kisah kesusahan aku dahulu merangkak sendiri membina kehidupan sebab tu beruntung sangat anak-anak muda sekarang keluar U je dah mampu beli kereta. Cuma pesan aku kepada anak-anak muda jangan sesekali hidup lebih daripada kemampuan kerana ianya pasti memakan diri suatu hari nanti.
Setelah membaca banyak buku biografi jutawan, sekarang aku tidak lagi membeli kereta baru. Aku lebih suka mencari kereta terpakai yang berkualiti baik. Sebabnya pertama aku boleh dapat harga yang lebih murah dan kedua yang paling penting susut nilai kereta terpakai tidak seteruk kereta baru. Nak cari kereta terpakai yang bagus kena banyak bersabar dan perlu ada kawan-kawan dalam rangkaian menjual kereta terpakai. Lagi pun aku menggunakan kereta bukan untuk bergaya tetapi sebagai alat untuk menambah pendapatan bila tiba masa perlu tukar aku akan tukar tanpa rasa sayang. Nak sayang pada kereta pun untuk apa kerana ianya bukan alat pelaburan melainkan kalau buat bisnis sewa kereta. Aku berusaha ikut semua peraturan JPJ seperti peraturana cermin gelap dan had laju supaya tidak membazir membayar saman hanya kerana nak memuaskan nafsu sendiri.
Pengalaman susah payah menjadi aku lebih matang untuk melalui kehidupan. Kejayaan memang tiada jalan singkat. Paling penting pengalaman kekentalan melalui musim hidup ketika susah yang boleh dibawa untuk mengharungi berbagai musim kehidupan yang lain. Cara kita mencari rezeki kena berubah mengikut musim contohnya hari ini musim buat duit secara online, dua tiga tahun lagi trend mencari duit secara online mungkin sudah ketinggalan jadi dengan pengalaman kesusahan kita boleh melalui kehidupan dalam apa juga musim kehidupan. Ayat ini memang tinggi mungkin orang muda susah nak faham tetapi suatu hari nanti inshaa Allah anda akan faham apa maksudnya.
Bukan senang nak jadi senang kalau tidak bersedia menghadapi tekanan pasti akan kecewa kemudian hari. Kesenangan tak datang sekelip mata perlukan pengorbanan masa, keluarga, tenaga dan modal tetapi lebih indah apabila kesenangan datang bersama iman dan taqwa.
194 Comments
Saya belum pernah hutang untuk kendaraan. Sehingga sampai sekarang belum memiliki kendaraan sendiri, baik mobil ataupun motor. Tapi untuk keperluan yang lainnya termasuk biaya sekolah anak, adakalanya saya pun mencari pinjaman.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Tidak Perlu SKCK, Kartu Kuning dan Surat Keterangan Sehat
semoga kang dadan berjaya miliki kenderaan sendiri nanti. jika pengangkutan awam cukup baik disana, mungkin kurang kepentingannya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
Tengah fikir nak guna kereta apa sekarang. Sebab kereta sebelum ni terpaksa jual sebab selalu ada masalah. Tapi sejak jual, dok guna motor pun ok juga sebab duit banyak boleh jimat.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..El-Nino Penyebab Demam Denggi Meningkat
kalau kereta baru, sekarang ada banyak promosi/rebat besar sebelum raya, bolehlah tinjau-tinjau.
Curahan rasa Denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
saya hutang kereta tinggal lagi 3 tahun lebih dan hutang motor baru ja habis didalam bulan ni. terasa sikit lega
Curahan rasa myrujukan @ ..Cara Buat Jualan Online Dengan Produk Orang Lain
wah seronoknya dah habis bayar..sebab baget tu dah boleh guna untuk keperluan lain.. 🙂
Curahan rasa myvitrd @ ..Sekitar Majlis Kenduri Aqiqah Anak Saudara Di Penang
ansuran bulanan kereta biasanya besar, memang macam-macam perancangan boleh buat bila dah habis bayar, lebihkan simpanan, beli rumah, tanah, macam-macam lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wordfence Sistem Keselamatan WordPress
Insyallah bulan Mei akan selesai hutang kereta.
Curahan rasa akubiomed @ ..Mencari ketenangan di Bagan Lalang
Alhamdulillah. selesai sudah hutang kereta. Laga bila dah habis bayar kan 🙂
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..CPUV Earning Nuffnang – Whisper Mesh & Cotton
Saya setuju sangat dengan pendapat kereta adalah harta yang nilainya semakin hari semakin susut. Pada saya, majoriti masyarakat kita terlalu obses pada kereta hinggakan sanggup berhutang membeli kereta hingga melebihi tahap kemampuan diri adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Hutang kereta mahal sangat satu hal, bermodal besar mekap kereta sampai sanggup buat personal loan lagi satu malapetaka.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Wordless Wednesday: Kisah Pemaju Tindas Rakyat
make up kereta sampai buat personal loan memang tak rasional rasanya, lainlah ada sponsor untuk tujuan pertunjukan, ada juga faedahnya dan mungkin ada pendapatan kat situ.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 Brazil pasukan pilihan
Kereta cukup sekadar keperluan untuk bergerak ke mana-mana dah cukup pada saya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan 8Share
Alhamdulillah tahniah saudara kerana dah bebas hutang kereta..sy dlm setahun lg nak hadap ni..kereta saya ni susah senang bersama sy..mase plan nk beli kerete, sy br hbs belajar kerja sebagai RA gaji 700 je..sy simpan rm100 setiap bulan..agknye dlm 2 tahun juga kumpul duit muka..dah ready br sy ambik lesen memandu.
Curahan rasa zara @ ..Tips Atasi Masalah Letih Dan Lesu Semasa Hamil
Baguslah macam tu buat perancanagan awal.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan 8Share
Alhamdulillah..dah kurang satu liabiliti bro..duit yang sepatutnya digunakan untuk bayar ansuran kereta tiap2 bulan tu, sekarang dah boleh digunakan untuk tujuan lain..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Hijabterkini.com – Tempat Beli Shawl Secara Online
Tahniah!!! Wawasan tu penting…
Curahan rasa kerje.com @ ..Pembantu tadika
Alhamdulillah dah selesai. saya lagi sebulan pun akan habis hutang 7tahun kereta. hehehe! Leganya kalau dah habis bayar kereta. duit kereta boleh invest.hahahah!
Curahan rasa Lizz @ ..PROGRAM WAKAF AL-QURAN RAMADHAN
Kereta yg dah abis hutang boleh jadi modal untuk beli kereta lain jadi hutang akan lebih murah dan lebihan boleh guna untuk investment … tak gitu!!
Curahan rasa denaihati @ ..Menjejaki Kembara Israk Rasulullah SAW untuk Mikraj
Sebaik jer habis hutang kereta 9 tahun, kita dalam dilema sekali lagi samada nak pakai kereta yg sama yg dah nak cecah usia 10 tahun (yg gerenti akan semakin uzur & jatuh harga) atau kembali cari kereta baru (maka terikat lagi hutang 9 tahun)..harga kereta semakin mahal, tapi rakyat semakin mudah mendapatkannya sehingga ada yg 0% downpayment..tak hairan lah jalan semakin sesak & hutang isi rumah di Malaysia semakin bertambah..hanya di Malaysia..
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
Ni sahaja kereta aku yg bertahan 9 tahun yang lain semua paling lama 3 tahun dah kena tukar ke modal yg lebi baru kalau tak abis merudum jatuh harga.
Curahan rasa denaihati @ ..Status Halal Coklat Pepero
Actually kereta yg dijaga baik memang boleh bertahan walau lebih 10 tahun..tapi insuran pula kenakan caj yg bukan2 utk kereta atas 10 tahun dan ada had minimum RM (cth rm10k~rm15k min cover) pula tak ikut harga semasa kenderaan. Padahal kereta baru keluar kedai pun kalau dia nak rosak, dia rosak jugak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
Kereta tak syak lagi satu keperluan tambah pulak yang dah berkeluarga. Masih terbayang jerit perih saya menghabiskan hutang kereta yang tinggal lagi 2 tahun masa tu. Kalau zaman bujang dulu, naik basikal gi opis pun saya tak kisah.
Tapi, bila dah beranak kecil ni kena fikirkan keselesaan mereka. Alhamdulillah, kini semuanya telah selesai dan kereta kebal biru itu sah menjadi milik saya hehe.
Apapun, memang diakui agak tertekan jugakla sepanjang proses nak menghabiskan hutang kereta tu hehe. Tengok kereta baru pun dah takda perasaan dah! hehe 😀
Curahan rasa Hanim a.k.a Kenit @ ..Yang Paling Simple & Paling Sedap!
kekadang yeop malas buat pinjaman bank, dengan bunga yang agak tinggi dengan bayaran selama 10 tahun maksimum.
gaji kecik je, kalau gaji RM3k takpelah jugak.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Realiti Blogger Jadi Artis Jadi Blogger
Kita bermula dengan apa yg kita mampu .. kalau mampu motor mula dengan motor guna motor tapi pastikan motor itu boleh bantu tambah pendapatan kemudian boleh tukar kepada kereta terpakai yg murah tapi kualiti bagus. Hidup kita, kita sahaja yg mampu mengubah dengan izin ALLAH.
Curahan rasa denaihati @ ..Batas bersosial di sosial media
Sekarang harga motor pun dah nak sama harga kereta..baik pakai kereta jer biarpun murah jika pakai motor mahal2 pun dok bawah jambatan juga bila hari hujan..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
macam-macam alkisahnya kan.. saya pun dah habis bayar kereta lama tu.. Motor dah tak pakai, tinggal kenangan je.. hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Abang Badan Sasa
Bijak pandai berkata kalau nak berjaya kita perlu melakukan kesilapan tetapi umur kita terlalu pendek utk melakukan semua kesilapan jadi bagus kita belajar kesilapan dari mereka yg sudah berjaya supaya kita tidaj mengulangi kesilapan yg sama.
Curahan rasa denaihati @ ..Operasi cermin gelap kereta bukan kekasih gelap
Comments are closed.