Assalamualaikum dan salam Aidilfitri, apa khabar semua? Aidilfitri tahun ni memang agak meletihkan daripada 10 akhir Ramadhan tak berhenti bergerak. Awal Syawal pun banyak bergerak menziarahi kedua-dua orang tua di Segamat dan Sabak Bernam. Tiada apa yang lebih indah di Aidilfitri selain dapat mengucup tangan kedua ayah dan ibu, kan mereka ini jambatan Syurga untuk kita.
Aidilfitri ini memang terlalu indah untuk sebuah keluarga terutama yang sering duduk berjauhan. Memang ramai suami isteri yang duduk berjauhan kerana komitmen kerjaya dan cita-cita seperti Kak Jie. Selalunya suami atau isteri yang berjauhan akan pulang sehari sebelum Aidilfitri.
“Bro, apa hukum hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri?”
Tak pernah pulak aku dengan hukum haram hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri. Setahu aku hubungan seks suami isteri hanya haram ketika isteri haid & nifas dan haram melalui dubur. Haram juga dilakukan ketika melaksanakan puasa Ramadhan dan perlaku mesti membayar kembali dengan berpuasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan kepada 60 orang miskin. Haram juga berjimak ketika sedang berihram haji dan umrah dan jika berlaku akan dikenakan dam.
Itu dari ilmu aku yang cetek tapi tak boleh nak kongsi begitu sahaja tanpa rujukan. Sebelum nak bagi jawapan aku buat sedikit rujukan.
Mungkin para ustaz yang membaca entri ini boleh berkongsi ilmu dari sumber-sumber yang saih.
Kepada Rakan Blogger yang belum berkahwin jadikan entri ini sebagai sumber ilmu persiapan dan mungkin entri “Selamatkah seks ketika hamil” juga boleh jadi sumber ilmu.
1. Ustaz Fadli (Penasihat Syariah eQurban.com) : Pada dasar hukum, tiada dalil & hujjah yg sahih lagi kukuh dari sumber agama (alquran, hadis, ijma’ n qias) yg mengatakan haram@larangan seorg suami bersama dgn isterinya pd mlm raya krn para jaguh fiqh yang muktabar (imam malik, imam hanafi, imam syafie n imam ahmad) juga berittifaq (setuju ) bahawa dibolehkan seorg suami bersama isterinya pd semua keadaan yg dibenarkan, dan tiada larang secara mutlak dalam kalangan tokoh ahli hadis, fuqaha’ n lain2 sekiranya si suami bersama dgn istrinya pd mlm raya.
2. Ustaz Effendi (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur) : hukum jimak suami isteri adalah pada bila2 masa kecuali pada waktu iktikaf, haji, umrah, haid, nifas dan siang ramadhan sahaja. tidak ada khilaf ulama dalam bab ni. hanya ada kata2 dari sebahagian orang awan yg menyangka kalau jimak pada malam raya maka syaitan akan melekat sekali sebab mereka baru dilepaskan selepas diikat sepanjang ramadhan. itu hanya dakwaan tanpa hujah. nabi saw dah ajar doa jimak supaya dijauhi syaitan ketika berjimak. harap maklum.
3. Ustaz Azwan Muhamad : Tidaklah sampai jatuh haram utk jimak pada malam Aidilfitri. Hukumnya seperti yang telah disepakti oleh ulama adalah makruh. Antara waktu-waktu yang makruh selain 2 malam hari raya ialah pada pertengahan (tanggal 15) bulan Islam (waktu bulan mengambang). Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta. Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang. Juga makruh. Juga makruh pada malam Rabu dan antara waktu azan dan iqomah.
4. Hj Muhamad Khanafi : memang tak pernah dengar hukum camtu..dr sudut dalil al quran dan hadis..hanya ade 3 situasi saja iaitu pada waktu siang ramadhan,waktu haid dan nifas,dan waktu berihram haji dan umrah.Ketiga2 situasi itu secara jelas ade hukumnya.sy berpandangan kemungkinan sandaran hukum haram jimak suami isteri mlm adidilfitri ini berdasarkan hadis dhaif.sebenarnya hadis dhaif hanya boleh digunakan dlm soal2 fadhail amal sahaja dan bukannya soal hukum.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
214 Comments
nice share ,, ilmu yang sangat bermanfaat gan 🙂
Curahan rasa obat alternatif jantung koroner @ ..Obat Alternatif Gondok
Manfaat utk semua, asalkan mahu belajar dan mahu tahu hukum-hakam agama, ustaz2 drp rakan DH ada yang berkebolehan dan layak dikupas dan diulas dgn sejelasnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
setau saya sih, gak apa apa terkecuali sang isteri sedang haid, dan kalau sedang hamil memang gak boleh katanya sih kalau hubungan intim di mala lebaran anaknya akan budek tapi itupun hanya mitos terimakasih atas informasinya…….!
Curahan rasa wilda @ ..Obat Tradisional Radang Telinga
Ketika isteri hamil, dibolehkan jugak, tapi awas, jgn terlalu berkasar/ganas, takut menjejaskan kandungan/keguguran, tak dapat cahaya mata, lebih2 lagi utk anak sulung/kandungan yg pertama, melepas beb…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Aku hanya ambik yg harus dan wajib tu jer. 🙂
Curahan rasa shraqs @ ..Angry Birds Space – Fiery Update
Semua kena tahu, halal, haram, wajib, sunat, harus , dibolehkan dan tidak boleh supaya tiada kekeliruan yg timbul.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Assalamualaikum.
hukum jimak suami isteri adalah pada bila2 masa kecuali pada waktu iktikaf, haji, umrah, haid, nifas dan siang ramadhan sahaja. tidak ada khilaf ulama dalam bab ni. hanya ada kata2 dari sebahagian orang awan yg menyangka kalau jimak pada malam raya maka syaitan akan melekat sekali sebab mereka baru dilepaskan selepas diikat sepanjang ramadhan. itu hanya dakwaan tanpa hujah. nabi saw dah ajar doa jimak supaya dijauhi syaitan ketika berjimak. harap maklum.
betul sekali Pak Ustaz, dan itu hanya sekedar mitos belaka
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri Sebagai Proses Kembali Ke Sang Maha Pencipta
Zaman sekarang motos tidak boleh diambil kira/dipercayai, boleh mendatangkan syirik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Komen yg jelas lagi terang dan nyata, tambahan drp di atas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
thank for info
kena rujuk majlis fatwa …ermm..pertama kali dengar khilaf nih..
Curahan rasa Syarih @ ..Kereta Persona Tukar Timing Belt – Dah Cukup Masa Dah.
Cukup hanya tanya ustaz, tak payah majlis fatwa, soal jawap agama aje.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Bagus entry nie buat mengingati sesama muslim takot terlupa.
Curahan rasa hatiputera @ ..Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2012 2013
Jangan alpa dan lupa kalau nyanyok tak tahu la…gua!!
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
jgn diperbesarkan masalah yang remeh seperti ini. bagi yang sudah berumahtangga seks ini macam makan nasi shj. selagi tak memudaratkan buat aje. besok pagi beraya lagi bertambah mesra!
Yang remeh temeh jadi besar, jika tidak dikendalikan dgn sebaiknya, isteri ini macam kita bercucuk tanam, boleh disiram dan dibajai selalu, bila berbuah boleh dimakan tanpa was2.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
masih d pertengahan juga, tapi mgikutkan ap yg sy pelajari tdaklah haram. mngapa? malam aidilfitri, pertama sbb mlam, kdua kita sudah tamat berpuasa. Jd mana timbulnya isu haram? Lagi pun suami isteri sudah tentu tdak haram mlaikan pada waktu dan ketika sperti penulis nyatakan dalam entri.
Betulkan sy jika salah, sbb itu serba sdikit yg sy tahu. Jika mahu lebih jelas apa kata bertanya kepada Ustaz Azhar Idrus, beliau mungkin boleh mmberikan jawapan yg jelas kpd kita smua.
Curahan rasa Kazen @ ..Travelog : Secawan kopi atau sepucuk pistol
Ni ustaz Udrus yg pakar dlm soal jawab agama, katanya korek hidung tidak batal?? Apakata ustaz lainnya.???
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
bagus entri ni.. sangat bagus.. hehe..
betul Bang memang bagus karena sarat akan ilmu
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri Sebagai Proses Kembali Ke Sang Maha Pencipta
Sangat bagus, sbb bro akan melangsungkan perkahwinan dgn gadis pilihan (Suraya) pada 31 Ogos nanti di kelate.Tahniah….!!!
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
mungkin jawapan aku nih nanti agak berseloroh..tapi sebenarnya apa yang saudara sampaikan itu..itulah jawapan kepada soalan yang ditanya..tapi kalau soalan tuh ditanya pada aku..akan muncul 2 jawapan..
1. Harus – kalau suami isteri tuh duduk sebumbung..kemudian sudah agak lama tak melakukan hubungan. Maka HARUSlah si isteri mengajak suami dia ke bilik tidur untuk..ehem..ehem..
2. Wajib – kalu suami isteri duduk berjauhan..nih memang confirm wajib..pernah kawan-kawan kata..yang lelaki kalu outstation..balik rumah..kene..yang isteri plak..bila suami balik dari outstation..wajib kene..haha
Isu yang hangat tapi dibolehkan bertukar pendapat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 2 Pelik tapi benar, Semuanya Merah.
Dari dulu lagi isu ini diketahui, ada ustaz yg kata halal dan ada yg kata haram, sampai skrg masih tertanya-tanya?? 😀
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 2 Pelik tapi benar, Semuanya Merah.
tajuk cm ada kontroversi, tp sbnrnya sgt berguna utk difikirkan bersama. kdg2 masyarakat kita ‘terlebih malu’ dalam nk bersoal jawab hal2 sebegini.
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..iXoost: Peranti Apple RM35,000 Untuk Peminat Kereta Super
first time dengar persoalan ni.anyway, thank sebab menmabah ilmu saya dgn persoalan begini..wallahualam
Kenapa DH tidak buat entri ttg yang membatalkan puasa, spt korek, hidung atau telinga ke, mandi dlm kolam ke, tidur lama di siang hari ke, tidak bersahur dll.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Comments are closed.