Assalamualaikum dan salam Aidilfitri, apa khabar semua? Aidilfitri tahun ni memang agak meletihkan daripada 10 akhir Ramadhan tak berhenti bergerak. Awal Syawal pun banyak bergerak menziarahi kedua-dua orang tua di Segamat dan Sabak Bernam. Tiada apa yang lebih indah di Aidilfitri selain dapat mengucup tangan kedua ayah dan ibu, kan mereka ini jambatan Syurga untuk kita.
Aidilfitri ini memang terlalu indah untuk sebuah keluarga terutama yang sering duduk berjauhan. Memang ramai suami isteri yang duduk berjauhan kerana komitmen kerjaya dan cita-cita seperti Kak Jie. Selalunya suami atau isteri yang berjauhan akan pulang sehari sebelum Aidilfitri.
“Bro, apa hukum hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri?”
Tak pernah pulak aku dengan hukum haram hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri. Setahu aku hubungan seks suami isteri hanya haram ketika isteri haid & nifas dan haram melalui dubur. Haram juga dilakukan ketika melaksanakan puasa Ramadhan dan perlaku mesti membayar kembali dengan berpuasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan kepada 60 orang miskin. Haram juga berjimak ketika sedang berihram haji dan umrah dan jika berlaku akan dikenakan dam.
Itu dari ilmu aku yang cetek tapi tak boleh nak kongsi begitu sahaja tanpa rujukan. Sebelum nak bagi jawapan aku buat sedikit rujukan.
Mungkin para ustaz yang membaca entri ini boleh berkongsi ilmu dari sumber-sumber yang saih.
Kepada Rakan Blogger yang belum berkahwin jadikan entri ini sebagai sumber ilmu persiapan dan mungkin entri “Selamatkah seks ketika hamil” juga boleh jadi sumber ilmu.
1. Ustaz Fadli (Penasihat Syariah eQurban.com) : Pada dasar hukum, tiada dalil & hujjah yg sahih lagi kukuh dari sumber agama (alquran, hadis, ijma’ n qias) yg mengatakan haram@larangan seorg suami bersama dgn isterinya pd mlm raya krn para jaguh fiqh yang muktabar (imam malik, imam hanafi, imam syafie n imam ahmad) juga berittifaq (setuju ) bahawa dibolehkan seorg suami bersama isterinya pd semua keadaan yg dibenarkan, dan tiada larang secara mutlak dalam kalangan tokoh ahli hadis, fuqaha’ n lain2 sekiranya si suami bersama dgn istrinya pd mlm raya.
2. Ustaz Effendi (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur) : hukum jimak suami isteri adalah pada bila2 masa kecuali pada waktu iktikaf, haji, umrah, haid, nifas dan siang ramadhan sahaja. tidak ada khilaf ulama dalam bab ni. hanya ada kata2 dari sebahagian orang awan yg menyangka kalau jimak pada malam raya maka syaitan akan melekat sekali sebab mereka baru dilepaskan selepas diikat sepanjang ramadhan. itu hanya dakwaan tanpa hujah. nabi saw dah ajar doa jimak supaya dijauhi syaitan ketika berjimak. harap maklum.
3. Ustaz Azwan Muhamad : Tidaklah sampai jatuh haram utk jimak pada malam Aidilfitri. Hukumnya seperti yang telah disepakti oleh ulama adalah makruh. Antara waktu-waktu yang makruh selain 2 malam hari raya ialah pada pertengahan (tanggal 15) bulan Islam (waktu bulan mengambang). Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta. Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang. Juga makruh. Juga makruh pada malam Rabu dan antara waktu azan dan iqomah.
4. Hj Muhamad Khanafi : memang tak pernah dengar hukum camtu..dr sudut dalil al quran dan hadis..hanya ade 3 situasi saja iaitu pada waktu siang ramadhan,waktu haid dan nifas,dan waktu berihram haji dan umrah.Ketiga2 situasi itu secara jelas ade hukumnya.sy berpandangan kemungkinan sandaran hukum haram jimak suami isteri mlm adidilfitri ini berdasarkan hadis dhaif.sebenarnya hadis dhaif hanya boleh digunakan dlm soal2 fadhail amal sahaja dan bukannya soal hukum.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
214 Comments
err..gua tak tahu. belum khatam lagi bab ni..
Curahan rasa titan @ ..5 Cara nak jadi penulis review yang menjual.
Kena kasih khatam la 😀
Curahan rasa anif @ ..Samsung Galaxy Beam – RM1599
Tak pernah dengar lg kata haram jimk isteri dimlm raya… Yg tak boleh waktu siang d bulan puasa.. Kalau buat kena puasa 60 hari berturut2.. Huhu..
malam raya biasa tunggu lemang masak kat rumah mentua…segan nak layan bini, elok layan bini kat rumah…
Curahan rasa keretahitam @ ..Juadah Pagi Raya Aidilfitri
Bertambah pengetahuan saya untuk masalah ini. Terimakasih ya bro !
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
Tidaklah sampai jatuh haram utk jimak pada malam Aidilfitri. Hukumnya seperti yang telah disepakti oleh ulama adalah makruh. Antara waktu-waktu yang makruh selain 2 malam hari raya ialah pada pertengahan (tanggal 15) bulan Islam (waktu bulan mengambang). Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta. Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang. Juga makruh. Juga makruh pada malam Rabu dan antara waktu azan dan iqomah.
Curahan rasa Azwan Muhamad @ ..Salam Aidilfitri 1433H
satu perkongsian yang berguna.
terima kasih, saudara azwan 🙂
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..iXoost: Peranti Apple RM35,000 Untuk Peminat Kereta Super
Inilah jawapan yang terbaik pernah saya dengar/ketahui, info ini sgt berguna buat semua, tahniah Azwan Muhamad.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 2 Pelik tapi benar, Semuanya Merah.
Nasib baik aku dan wife aku duduk serumah..hahahhaa.
Tiap2 malam tengok muka aku dan dia..
Curahan rasa Hanif @ ..Shoutbox VS Comment Box
Bercakap tentang seks sebelum perkahwinan pada setiap kali menimbulkan banyak kontroversi dalam banyak agama dan kultarah.Yang paling bersetuju bahawa ia adalah salah dan ia adalah lebih baik untuk menunggu, itu adalah mengikut peraturan, seperti yang sepatutnya.
Ada kawan aku pernah kecewa bila dgr kata isteri.. Malam maulidur rasul tak leh… Dah laa PJJ.. Ha ha..
Soalan cepumas ni…. susah nyer kalau duduk berjauhan ni kan…
Curahan rasa amirini @ ..Berakhirnya Ramadhan…
lorh soalan yang tak patut ditanya , sebab dah tau jawpannya . takpe mungkin baru dia tahu kot . hehe .
Soalan yang sangat cepu emas 🙂
Curahan rasa samdaddycool @ ..Takbir Raya bidaah
betul2. yang penting dengan istri yang syah.
btw minal aidin wal faidzin bro
Info bagus ni…..
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Wordless Wednesday-Biar Lupa Makan Jangan Lupa…
Terima kasih di atas perongsian info.. 😉
Curahan rasa ANuar @ ..Pengalaman Menikmati Malam Lailatul Qadar
yang penting x haram…:D
Alhamdulillah,…. yang penting suami isteri yang shah
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
Itu adalah salah satu syarat mutlaknya….
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
Comments are closed.