Assalamualaikum dan salam Aidilfitri, apa khabar semua? Aidilfitri tahun ni memang agak meletihkan daripada 10 akhir Ramadhan tak berhenti bergerak. Awal Syawal pun banyak bergerak menziarahi kedua-dua orang tua di Segamat dan Sabak Bernam. Tiada apa yang lebih indah di Aidilfitri selain dapat mengucup tangan kedua ayah dan ibu, kan mereka ini jambatan Syurga untuk kita.
Aidilfitri ini memang terlalu indah untuk sebuah keluarga terutama yang sering duduk berjauhan. Memang ramai suami isteri yang duduk berjauhan kerana komitmen kerjaya dan cita-cita seperti Kak Jie. Selalunya suami atau isteri yang berjauhan akan pulang sehari sebelum Aidilfitri.
“Bro, apa hukum hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri?”
Tak pernah pulak aku dengan hukum haram hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri. Setahu aku hubungan seks suami isteri hanya haram ketika isteri haid & nifas dan haram melalui dubur. Haram juga dilakukan ketika melaksanakan puasa Ramadhan dan perlaku mesti membayar kembali dengan berpuasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan kepada 60 orang miskin. Haram juga berjimak ketika sedang berihram haji dan umrah dan jika berlaku akan dikenakan dam.
Itu dari ilmu aku yang cetek tapi tak boleh nak kongsi begitu sahaja tanpa rujukan. Sebelum nak bagi jawapan aku buat sedikit rujukan.
Mungkin para ustaz yang membaca entri ini boleh berkongsi ilmu dari sumber-sumber yang saih.
Kepada Rakan Blogger yang belum berkahwin jadikan entri ini sebagai sumber ilmu persiapan dan mungkin entri “Selamatkah seks ketika hamil” juga boleh jadi sumber ilmu.
1. Ustaz Fadli (Penasihat Syariah eQurban.com) : Pada dasar hukum, tiada dalil & hujjah yg sahih lagi kukuh dari sumber agama (alquran, hadis, ijma’ n qias) yg mengatakan haram@larangan seorg suami bersama dgn isterinya pd mlm raya krn para jaguh fiqh yang muktabar (imam malik, imam hanafi, imam syafie n imam ahmad) juga berittifaq (setuju ) bahawa dibolehkan seorg suami bersama isterinya pd semua keadaan yg dibenarkan, dan tiada larang secara mutlak dalam kalangan tokoh ahli hadis, fuqaha’ n lain2 sekiranya si suami bersama dgn istrinya pd mlm raya.
2. Ustaz Effendi (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur) : hukum jimak suami isteri adalah pada bila2 masa kecuali pada waktu iktikaf, haji, umrah, haid, nifas dan siang ramadhan sahaja. tidak ada khilaf ulama dalam bab ni. hanya ada kata2 dari sebahagian orang awan yg menyangka kalau jimak pada malam raya maka syaitan akan melekat sekali sebab mereka baru dilepaskan selepas diikat sepanjang ramadhan. itu hanya dakwaan tanpa hujah. nabi saw dah ajar doa jimak supaya dijauhi syaitan ketika berjimak. harap maklum.
3. Ustaz Azwan Muhamad : Tidaklah sampai jatuh haram utk jimak pada malam Aidilfitri. Hukumnya seperti yang telah disepakti oleh ulama adalah makruh. Antara waktu-waktu yang makruh selain 2 malam hari raya ialah pada pertengahan (tanggal 15) bulan Islam (waktu bulan mengambang). Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta. Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang. Juga makruh. Juga makruh pada malam Rabu dan antara waktu azan dan iqomah.
4. Hj Muhamad Khanafi : memang tak pernah dengar hukum camtu..dr sudut dalil al quran dan hadis..hanya ade 3 situasi saja iaitu pada waktu siang ramadhan,waktu haid dan nifas,dan waktu berihram haji dan umrah.Ketiga2 situasi itu secara jelas ade hukumnya.sy berpandangan kemungkinan sandaran hukum haram jimak suami isteri mlm adidilfitri ini berdasarkan hadis dhaif.sebenarnya hadis dhaif hanya boleh digunakan dlm soal2 fadhail amal sahaja dan bukannya soal hukum.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
214 Comments
satu perkongsian yg bermanfaat..tq
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Teguran Bukan Mengutuk
Boleh kongsi juga soal kehidupan sbg suami isteri di sini jika Zarul sudi. 😀
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Post bermanfaat ^^
Terima kasih
Curahan rasa Mike @ ..Cara Mengatasi Sakit Kepala Tanpa Obat
menarik ulasan ustaz azwan tu..kene ade tertibnya..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Kelebihan Verify Semua Langkah Google Webmaster
Tu yang lihat sama lihat boleh buta mata, ehhh…takut..nanti tak dpt lihat buat kali ke dua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
malam memang x pe pun…
Curahan rasa Weschairs @ ..Genting International Magic Festival 2012
Malam sampai ke siang tak pe jugak, jika terdaya melawannya, halal lagi dapt pahala…bro..!!!
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
dah betul laaa tu informasi yang diberikan.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Tangisan di Hari Raya Keempat
Betul tu betullah…..tapi kena ada huraian supaya org faham maksud tersirat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Menurut ane juga ga pa2 melakukan making love saai malam Idul Fitri
Curahan rasa Obat Tradisional @ ..Obat Tradisional Stroke
Obat Tradisional yang kuat tenaga batin, bagaimana ada ke??
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Wah selama ini memang belum ada yangambil kisah tentang hal ini
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
DH siarkan artikel ttg ini kena pada waktunya, cukup berkesan utk memberi penerangan yg detail.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Tulah, kalau semua dah faham baguslah dapat duduk di atas meja, memikirkan soal lain pula sebagai membantu, insan2 tertindas utk didermakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
saya masih bujang ada sesiapa yang sudi berkenalan tak hehe
Curahan rasa mizi @ ..LELAKI GIGIT ULAR TEDUNG HINGGA MATI
thanks DH untuk rujukannya
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen Herbalife Bandar Lampung
tidak ada yang melarang untuk melakukan hubungan suami istri bagi yang sudah bersuami istri..
Curahan rasa cara diet aman @ ..Terapi Penderita Stroke
melakukan hubungan pada malam iedul fitri tidak apa-apa,,,yang tidak diperbolehkan ketika siang waktu bulan ramdhan
Curahan rasa higoat @ ..Mengatasi Masalah Insomnia
Waktu2 yang dibolehkan harus dikekalkan, sebaai pra syarat utk menang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Insya Allah entri ini akan jadi rujukan tentang hal seks dan pernikahan
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri Sebagai Proses Kembali Ke Sang Maha Pencipta
karena disertai dengan penjelasan dari beberapa ustaz
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri Sebagai Proses Kembali Ke Sang Maha Pencipta
dan juga komentar dari rakan blogger tentunya
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri Sebagai Proses Kembali Ke Sang Maha Pencipta
Komen drpd para pengomen, belum tentu lagi sahih kecuali dapat huraian dgn sejelas-jelasnya tanpa ada halangan dan bekalan .
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Dalam soal hum-hakam agama, ustaz paling layak memberi jawapan ttg isu panas ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
wahh, atas umur.. hihi
Curahan rasa muazfaris @ ..Sejarah Universiti Tanta
Utk org dewasa 18 sx, kanak-kanak di bawah umur 17 kebawah, perlu mendapat keizinan drp ibu dan bapa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Terima kasih untuk infonya, suatu saat akan sangat berguna
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Membuat / Memasang Daftar Isi / Sitemap Blog Otomatis
Boleh digunakan bila kahwin nnti, mana tahu nak buat tapi masih was-was.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Baru pahamlah bab2 seperti ini
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Membuat / Memasang Daftar Isi / Sitemap Blog Otomatis
Yang belum faham cuba baca entri ini dgn sejelasnya, apabila sampai masa waktunya giliran kita pulautk diterangkan kepada anak2 kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..10 entri terbaik Denaihati
Comments are closed.