Semalam aku berkesempatan membaca majalah Keluarga keluaran bulan November. Biasalah ada macam-macam topik dan gambar yang menarik untuk ditatapi. Dalam banyak-banak artikel aku tertarik dengan satu soalan di ruang Pakar kami membantu yang dikendalikan oleh Dr. Mohd Ismail Tambi.
Baca juga : Apa salahnya suami berpoligami
Selain untuk kesihatan, tujuan seks adalah untuk melahirkan zuriat tetapi tidak sedikit yang diuji Allah dengan tidak dianugerahkan zuriat. Bukan setakat manusia biasa tetapi Nabi dan Rasul juga diuji oleh Allah dengan tidak diberikan zuriat. Bagi yang belum dikurnia zuriat bersabarlah. Insyallah setiap ujian yang Allah berikan kepada kita pasti ada HIKMAHnya yang hanya Allah sahaja yang tahu kebaikannya disebalik ujian tersebut.
Bagi yang bersabar berusaha, berdoa dan bertawakal pasti ada ganjaran jika tidak di dunia PASTI di akhirat kelak.
———————————————————————
Masalah seksual pada suami menyebabkan isteri mencari makan diluar dan tidak kurang ada main dengan suami orang. Masalah begini tidak akan berlaku sekiranya suami bertindak dengan mencari penawar kepada masalah yang dihadapi.
Rahsia terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi
103 Comments
Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar.
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat.
Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3. Tidak bercakap yang sia-sia.
Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa.
Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5. Banyak membaca al-Quran.
Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
Comments are closed.