“Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan”, terima kasih Ustaz Ebit Lew

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rasa sayu hati tengok usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew membantu penduduk di area pinggiran Batu Caves.

Baca juga: Biodata Ustaz Ebit Lew, Pendakwah Bebas

Usaha yang dilakukan oleh Ustaz memang sungguh luar biasa. Sanggup membeli dua buah lori air untuk diagihkan kepada penduduk di sana. Alhamdulillah.

Berikut merupakan status terkini bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan

Baca juga: Operasi kilang haram antara punca masalah air di Selangor

Ramai netizen memuji usaha yang ditunjukkan oleh Ustaz.

Perkongsian daripada Facebook Page Ustaz Ebit Lew

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area Pinggiran Batu Caves.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.

Instagram Ustaz Ebit Lew

Terima kasih Ustaz Ebit Lew.

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!