Sebak tengok bangsal pasangan ini dan anak comel ini, Ustaz Ebit Lew

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Seorang tukang cuci dari Kampung Teras, Raub tidak menyangka hasratnya meminta bantuan daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian segera.

Baca juga: Biodata Ustaz Ebit Lew, Pendakwah Bebas

Diana Yazid, 32 berkata, dia menulis status di Facebook milik pendakwah terbabit Sabtu lalu, merayu bantuan membaiki dinding dan bumbung pondok didiami mereka sekeluarga yang sering dimasuki air terutama ketika musim hujan.

“Dalam tempoh 10 minit, Ustaz Ebit Lew memberikan maklum balas dan menghubungi saya, selain memberitahu akan ke pondok saya.

Ini adalah perkongsian daripada ustaz Ebit Lew di laman Instagram beliau.

Ya Allah sebak tengok bangsal pasangan ini dan anak comel ini. Dari Negeri Sembilan terus ke Kg Teras Raub Pahang. Suami kerja penoreh. Isteri kerja cleaner. Rm200 sebulan. Tapi sekarang semua kerja tiada. Musim hujan air masuk bangsal. Sedih bukan rumah. Pondok atau bangsal jer. Disitu tidur, disitu semuanya. Tandas semua begitu jer.

Baca juga: “Jangan Ada Satu Orang Pun Yang Lapar”

Tadi terbaca komen kakak ni minta tolong buatkan zink. Sebab air hujan lebat. Teruk air masuk pondok ini. Dengan nyamuk begini. Penuh nyamuk. Saya tengah cari rumah untuk mereka. Ya Allah nak menangis rasa. Terkejut ramai orang hidup begini. Ya Allah maafkanlah diriku. Ini semua salah saya. Pohon doa semua yer tengah cari rumah nak pindahkan kakak dan abang ni serta anak comel ni.
Syukur saya dibantu ketua kampung dan ramai orang kampung

“Sebaik tiba, Ustaz Ebit meninjau kawasan pondok didiami bersama suaminya, Qayyimum Norminto, 45 dan anak perempuannya, Aulia Izzatul Nissa, 1 tahun 4 bulan.

“Bagaimanapun, saya tidak menduga Ustaz Ebit mencarikan kami rumah sewa yang lebih selesa dengan kadar sewa RM500 ditanggung sepenuhnya oleh beliau,” katanya hari ini.

Malah, Diana berkata, Ustaz Ebit Lew turut menjelaskan sewa selama dua bulan selain turut menanggung bil air dan elektrik.

Katanya, dia dan suami sangat bersyukur dan tidak menyangka pendakwah terkenal itu sanggup ke kampung berkenaan bertemu mereka dan membantu keluarganya.

“Saya tidak meminta bantuan sampai ke tahap itu tapi rezeki itu datang di dalam bulan yang mulia. Syukur dan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew, jasanya akan kami kenang sampai ke akhir hayat.

“Bagaikan mimpi (dapat tinggal di rumah lebih selesa) dan ini hadiah paling bermakna buat kami sekeluarga untuk Ramadan dan Aidilfitri ini.

“Namun saya dan suami nekad untuk mencari rezeki lebih dan berusaha untuk menjelaskan sewa rumah ini nanti sendiri ,” katanya yang berasal dari Pulau Pinang dan menetap di daerah itu sejak tujuh tahun lalu.

Diana berkata, sebelum ini dia bekerja secara separuh masa di sebuah resort dengan pendapatan RM200 sebulan manakala suaminya menoreh getah dengan pendapatan kurang menentu.

Katanya, banyak pihak turut membantu keluarganya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan keluarga mereka turut terkesan dengan perintah itu.

Yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan di sini;

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

Sumber: hmetro

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!