Operasi kilang haram antara punca masalah air di Selangor

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Masalah air di Selangor semakin hangat diperkatakan apabila masalah ini terus-menerus berlaku di Negeri Selangor.

Puncanya daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan perlu segera dibendung, kalau tidak masalah air di Selangor boleh jadi berpanjangan.

kredit foto: astro awani


Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui operasi kilang haram di sekitar kawasan sungai memberi cabaran buat pihaknya memantau pencemaran sungai yang berlaku.

Bagaimanapun jelasnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah ditugaskan untuk memantau sepanjang masa sebarang aktiviti pembuangan sisa tercemar di sepanjang Sungai Selangor.

Berlaku Di Luar Jangkaan

“Mereka (JAS) beroperasi 24 jam cuma kawasan mana perlu kita kawal, kawasan kita syaki kita beri perhatian tetapi kawasan di luar jangkaan kita ini kadang-kadang berlaku.

“Oleh kerana kawasan kita luas, dan kawasan kita syaki kilang-kilang berlesen di bawah JAS, jadi kita tidak ada masalah sebab kita tahu operasi mereka ikut waktu.

Tetapi di luar kilang tidak berdaftar, kilang-kilang haram sebagai contoh, dimana pembuangan sisa tercemar ini oleh yang individu tidak dikenal pasti.

Suspek dari Negeri Lain

Baru-baru ini kita tahan (suspek) walaupun kes berlaku di Nilai, Negeri Sembilan tetapi kita tangkap di Kelantan. Mungkin mereka ambil barang dari tempat lain, buang di tempat lain.

“Jadi ini cabaran, pihak kementerian juga menambah beberapa inisiatif termasuk river trail sepanjang sungai terpilih supaya masyarakat sentiasa beri perhatian,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

kredit foto: Malaymail

Bantuan Orang Ramai

Justeru, beliau meminta orang ramai agar dapat membantu pihaknya memantau sebarang pencemaran sungai yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab demi keselamatan bersama.

Sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah empat Loji Rawatan Air Sungai Selangor dihenti tugas, ekoran pencemaran sumber air mentah hari ini.

Pencemaran sumber air mentah itu dikesan pada pukul 2 pagi tadi dan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

Sumber: Awani


Spread the love

5 Comments

  1. Boleh dikatakan operasi kilang haram antara punca masalah air di Selangor. Namun pelik juga dalam tempoh sebulan kedengaran berulang kali masalah air berlaku di Selangor tetapi di negeri lain seolah sunyi sepi. Perlu penelitian yang sejelasnya, di musim COVID-19 ini sangat bahaya jika orang ramai keluar berpusu-pusu untuk mendapatkan bekalan air tanpa pematuhan SOP.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!